Sekali pandang gambar ini macam payung terjun yang sangkut di pokok. Cuba lihat betul-betul. Macam khemah pula. Ya, ya, memang khemah! Tapi ini bukan khemah yang terbang kena ribut di Jasin tempoh hari…
Sebenarnya ini ialah khemah kepunyaan sekolah kami yang diterbangkan oleh angin ribut pada malam semalam. Khemah ini dipasangkan di dataran blok G bersebelahan padang sekolah. Sebanyak dua buah khemah didirikan semasa program PEGUP tempoh hari. Khemah-khemah ini tidak disimpan-simpan lagi sejak program itu diadakan beberapa minggu lepas. Terdapat guru-guru meneduhkan kereta mereka di bawah khemah-khemah ini semasa waktu persekolahan. Ya lah, benda dah ada...
Petang semalam hujan turun dengan lebatnya di Manong ini. Rupa-rupanya hujan itu disertai pula oleh angin kencang. Angin inilah yang menerbangkan khemah yang satu ini sehingga tersangkut di pokok-pokok di tanah orang sebelah. Khemah yang kedua tidak diterbangkan mungkin kerana terlindung dengan blok bangunan sekolah. Lihatlah pagar setinggi 5 kaki yang menjadi sempadan itu tidak tersangkut pun oleh khemah itu. Masya-Allah!!
Setiap suatu kejadian mungkin ada sebab musababnya. Saya bertanya beberapa orang guru lain mengapa ini boleh berlaku. Ada seorang mengatakan, sebab ada angin yang terlalu kuat, lebih kurang ribut taupan. Seorang lagi mengatakan sebab ada pelajar tak puasa di sekolah ini dan Allah marah lalu tunjukkan bala’.
Namun, saya pasti jika sebab ketiga ini dilakukan, kejadian ini tidak berlaku. Sebabnya khemah itu tidak disimpan semula selepas digunakan tempoh hari. Kalau dah disimpan, khemah itu taklah terbang dan sangkut dalam semak seperti ini....

Tetapi tak apa, selepas dikeluarkan oleh pekerja-pekerja sekolah nanti, kita repair balik khemah ini agar boleh digunakan semula, tak gitu ?
.
No comments:
Post a Comment