Friday, August 20, 2010

Moreh TNB

Malam ini tadi saya menghadiri program berbuka puasa anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) di masjid kampung saya, Masjid Sultan Yusuf Kg. Jeliang. Majlis ini dinamakan Majlis Ehya Ramadhan TNB peringkat negeri Perak. Rupa-nya TNB mengadakan majlis-majlis seumpama ini di setiap negeri di Malaysia dan di negeri Perak ianya diadakan di kampung saya malam ini.

Majlis yang bermula kira-kira jam 6.30 petang itu dihadiri oleh kira-kira 300 orang yang terdiri daripada penduduk kampung saya dan kakitangan TNB. Antara orang kenamaan yang hadir ialah Dato’ Ramly Zahari ADUN Manong, Dato Mohd. Ghazali Jalal Pegawai Daerah K.Kangsar dan Dato Mohd Zahir Md Nagor, Pengurus Besar TNB Negeri Perak.

Selepas solat maghrib diadakan pula majlis ringkas berupa ucapan dari pengurus TNB Perak. Kemudian diadakan pula majlis penyampaian saguhati kepada 38 orang anak-anak yatim serta anak-anak miskin kampung ini.

Program anjuran TNB ini tamat selepas solat sunat tarawih. Saya mewakili AJK Masjid Sultan Yusuf amat berbesar hati dan berterima kasih kepada TNB Negeri Perak yang memilih kariah kami untuk program Ehya Ramadhan mereka pada tahun ini.



.

No comments:

Post a Comment