Tuesday, August 10, 2010

Kejayaan membanggakan


Di dalam pertandingan Robotik peringkat negeri Perak 2010 yang berlangsung pada 27 hingga 29 Julai lalu, di SMK Doktor Burhanuddin, Taiping, pasukan menengah rendah sekolah kami berjaya menduduki tempat ke-4 daripada 58 buah pasukan yang mengambil bahagian.

Wah ini satu kejayaan yang membanggakan sekolah. Setelah pada tahun 2008 pasukan sekolah ini pernah mencapai kejayaan tempat ke-2 di peringkat negeri dan pada tahun 2009 pula satu pasukan sekolah meraih kedudukan tempat ke-3 dalam pertandingan yang sama.

Kejayaan ini menjadikan para pelajar dan guru-guru satu suntikan semangat yang tinggi walaupun kami di luar bandar, namun tiada yang mustahil jika semua orang berusaha bersungguh-sungguh. Ini kerana pasukan robotik ini telah menjalani latihan selama hampir 4 bulan sejak bulan Mac dulu kagi. Pasukan-pasukan yang dikalahkan termasuklah pasukan dari sekolah-sekolah berasrama penuh seperti MCKK, SBPI Gopeng dan STAR.

Semoga kejayaan ini boleh terus dikekalkan di tahun-tahun akan datang dan robotik ini boleh menjadi satu 'watak' SMK Sultan Tajul Ariffin...

Tahniah diucapkan kepada cikgu Halimhusairi dan para pelajar yang berjaya...

Gambar menunjukkan pasukan sekolah yang meraih kejayaan tersebut...
.

1 comment: