Wednesday, August 25, 2010

Cuti 13 hari

Sejak awal puasa lagi saya sering ditanya oleh guru-guru dan juga para pelajar mengenai cuti hari raya aidilfitri akan datang ini. Berapa hari cutinya? Saya katakan sekolah hanya dapat cuti sehari sahaja iaitu hari Isnin 13 September. Cuti itu pun kita telah ganti pada hari Sabtu 24 April yang lepas. Sekolah akan dibuka semula pada hari raya ke-5 iaitu hari Selasa. Nampaknya ramai yang tak yakin dengan jawapan itu. Takkan lah tak boleh sambung hingga hari Khamis 16 September. Hari Khamis itu cuti Hari Malaysia. Saya kata, kita tunggu dulu mungkin ada pengumuman lain oleh pihak kementerian pelajaran.

Segala persoalan itu terjawab hari ini apabila kita menerima surat dari pihak JPN. Kandungan surat itu membenarkan sekolah memohon cuti peristiwa dan cuti berganti bagi menggantikan hari Selasa dan Rabu (14 dan 15 September). Ini bermakna, ditambah dengan cuti pertengahan penggal 2, bilangan cuti kita adalah sebanyak 13 hari.

4 – 12 September (9 hari) = Cuti Pertengahan Penggal 2
13 September = Cuti berganti pada 24 April 2010
14 September = Cuti Peristiwa Hari Raya Aidilfitri
15 September = Cuti berganti pada 9 Oktober 2010
16 September = Cuti Hari Malaysia
Jumlah = 13 hari

Tak cukup lagi?

No comments:

Post a Comment