Thursday, August 19, 2010

Selamat Berjuang

Hari ini bermulalah peperiksaan percubaan SPM 2010 bagi seluruh sekolah menengah di negeri Perak. Peperiksaan selaras ini bermula dengan kertas Bahasa Melayu 1 pada jam 8.00 pagi.


Gambar menunjukkan para pelajar ting. 5 sekolah saya sedang menduduki ujian pada pagi tadi.
Eh, eh, kenapa peperiksaan ini dijalankan di dewan blok G sahaja dan tidak di dewan besar yang baru? Oh mungkin ada sebablah agaknya....

Walau apa pun, tempat peperiksaan bukan faktor penentu kejayaan sesaorang. Sebaliknya yang menentukan kejayaan ialah apa yang calon itu tuliskan di dalam kertas jawapan. Yakni jawapan yang betul hasil dari pembelajaran yang diterima semasa di sekolah. Tak kisahkah samada tempat peperiksaan itu di dewan besar, atau di dewan kecil atau di bilik-bilik darjah... Ingattak dulu saya pernah siarkan gambar suasana peperiksaan di suatu tempat di Afghanistan? Tak guna kerusi dan meja pun. Itu pun boleh, asal ada calon, ada kertas soalan dan ada guru pengawas.

Kalau dah lupa klik sini

http://zuhairimanong.blogspot.com/2009/08/peperiksaan-di-smksta-dan-di-sm_12.html

Saya ambil kesempatan nak ucapkan selamat berjuang kepada wira-wira 5RT dalam gambar di atas yang menghadapi peperiksaan ini. Jawablah soalan peperiksaan itu betul-betul mengikut apa yang kome dah ’belajo’. Kalau tak dapat jawab, salahkan lah diri sendiri.... Jangan salahkan guru-guru mata pelajaran kelas itu yang rajin-rajin belaka. Itulah masa waktu P&P asyik nak lari... main kejo-kejo dengan guru disiplin.... Tapi tak apa, ini belum betul-betul... baru ’cubaan’... masih ada masa untuk berubah!


.

1 comment:

  1. teringat semasa mengajar mereka last year...aishh nk marah ada nk gelak pun ada...kenangan semua tu...semoga mereka menjadi pelajar yg berjaya...

    ReplyDelete