Gambar-gambar kejadian ribut di pasar Ramadhan Jasin Melaka. Bagi orang-orang yang berfikir, mungkinkah kejadian itu satu amaran dari Allah?
Cuba kita fikirkan matlamat puasa di bulan Ramadhan. Adakah bulan itu untuk kita berlumba-lumba menjalankan perniagaan? Memang tidak salah untuk berniaga juadah berbuka puasa jika niat kita betul untuk memudahkan orang lain berbuka puasa. Tetapi para peniaga pula janganlah sampai meninggalkan ibadat itu pula semata-mata kerana hendakkan 'power' menjalankan perniagaan? Lebih teruk lagi janganlah kerana menjalankan perrniagaan tersebut, mereka pula meninggalkan ibadat solat terutama solat Asar dan Maghrib...
Saya tidak mahu berburuk sangka. Tetapi seorang rakan saya yang berniaga pasar ramadhan memberitahu saya, SANGAT SEDIKIT peniaga pasar Ramadhan di tempat beliau berniaga yang solat Asar. Alasan diberikan kerana sibuk menjalankan urusniaga tersebut. Kalau berghenti untuk solat Asar, nanti pelanggan lari ke gerai lain.
Kita tak mahu membicarakan adakah mereka ini solat sunat tarawih, solat subuh atau melaksanakan sunat-sunat puasa yang lain kerana kita berbaik sangka.
Dalam pada Allah menyediakan tawaran yang begitu besar untuk orang-orang yang beriman dengan janji pahala yang begitu banyak, sesetengah kita masih menganggap peluang-peluang kecil lain seperti berniaga ini sebagai yang utama.
Semoga kejadian ribut yang melanda pasar ramadhan di Jasin itu menjadi bahan berfikir untuk kita. Tidak mustahil untuk Allah menurunkan 'bala' yang lebih besar jika kita lupa akan tujuan ibadat puasa ini. WaLlahu Aklam....
Saya dapat kesan buruk dari peniaga yang terok ni: iaitu saya dijual kuih yang keras yang amat pastinya kuih semalamyang tak laku.
ReplyDeleteItu la kali terakhir aku beli koi denye.