Eh kenapa dengan gambar burung-burung merpati yang banyak ini? Dah tak ada cerita nak dikongsi lagi ke? Sebenarnya di beberapa tempat di sekeliling masjidil haram yang besar lagi luas ini, terdapat beberapa tempat di mana burung-burung merpati suka datang. Sebabnya mudah saja. Kerana ada makanan dan ada orang yang memberi burung-burung itu makan.
Lihatlah berapa punya banyak burung merpati yang ada?
Bila kita melalui kawasan yang banyak burung ini, kita akan mendengar suara, Hamamah! Hamamah! Sadakah! Satu riyal!!! Itulah suara orang kulit hitam yang menjual gandum apabila melihat jemaah haji Malaysia. Atau apabila melihat jemaah haji dari negara lain dia akan cakap ....dos riyal, one riyal atau sebagainya... Mereka menjual gandum bagi makanan burung merpati dalam bungkusan satu riyal atau dua riyal. Biasanya pengunjung-pengunjung membeli gandum itu dan terus menaburkan gandum itu ke dataran supaya burung-burung itu memakannya.
Suatu hari seorang kawan dari kumpulan pakej saya membeli gandum itu dan terus menaburkan di dataran untuk memberi burung-burung itu makan. Apabila saya bertanya, dia kata, ada orang dari kampungnya yang berkirim kepadanya agar bersedekah kepada burung-burung merpati itu....
Bukan apa, pada saya buat apa beri makan burung-burung itu, nanti dia akan membiak banyak dan mengotorkan kawasan masjid. Bukankah lebih baik bersedekah kepada manusia lain seperti peminta sedekah, orang musafir yang keputusan wang ataupun kepada pekerja-pekerja pembersihan masjidil haram itu sendiri.
Memanglah membuat kebajikan di masjidilharam ini dijanjikan mendapat ganjaran ”sepuluh ribu kebaikan”, tetapi tak pulak saya pasti memberi makan burung yang boleh mengotorkan kawasan masjid akan mendapat ganjaran kebajikan itu...Kita sendiri boleh lihat pekerja-pekerja pembersihan masjidil haram itu sentiasa membersihkan kawasan sekeliling masjid. Mereka juga membersih dan menyapu gandum-gandum yang ditaburkan di dataran masjid... WaLlahu aklam!
Friday, July 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum ustaz....ana pergi ke Makkah Mei 2012....memang banyak burung merpati di sana ustaz tapi ana hairan 1 sahaja....ana langsung tak nampak najis burung merpati itu....langsung tak nampak sepanjang 8 hari ana di Makkah....takpe lah ustaz biarlah dia bersedekah kepada burung merpati tu...kan burung itu makhluk Allah jugak....
ReplyDelete