.
Hari Jumaat lepas saya ke TM Point Kuala Kangsar kerana berbincang mengenai perkhidmatan telefon dan streamyx yang selalu sangat terganggu di rumah saya. Selepas berbincang dengan pegawai itu saya membuat keputusan menamatkan perkhidmatan telefon dan streamyx tersebut.
Tindakan ini kerana saya geram dengan perangai ‘si pencuri kabel’ yang menjadi-jadi mencuri kabel telefon di kampong saya. Sejak bulan Disember 2011, rasanya sudah lebih 2o kali saya membuat aduan ke nombor 100 TM kerana masalah putus perkhidmatan telefon dan streamyx. Setiap kali saya membuat aduan, pihak telekom Manong berusaha menyambung semula talian itu. Namun bila disambung, tak lama kemudian ada lagi kecurian kabel yang menyebabkan perkhidmatan streamyx tidak dapat digunakan.
Terbaru, pihak telekom Manong menyambung talian ke rumah saya pada 27 April 2011. Malangnya dua hari selepas itu iaitu pada 29 April, talian itu putus lagi kerana ada kecurian kabel dekat kampong itu. Saya buat aduan lagi. Pada 2 Mei, phak Telekom Manong menyambung lagi talian dan saya dapat menggunakan streamyx seperti biasa. Tetapi esok paginya, 3 Mei, saya dapati talian itu sudah tidak boleh digunakan lagi kerana ada lagi kabel yang dipotong.
Malas saya memikirkan lagi. Saya rasa saya lebih banyak tak dapat menggunakan telefon dan streamyx dari dapat menggunakannya. Sedangkan setiap bulan saya membayar bil telefon tersebut. Hari ini saya buat keputusan saya men’terminate’ kan bekalan telefon ke rumah saya. Walaupun berat rasanya, kerana telefon ke rumah saya telah saya gunakan semenjak tahun 1989 lagi iaitu semasa di rumah lama saya pada 22 tahun yang lalu.
Saya doakan si pencuri itu mendapat petunjuk dari Allah dan kembali ke jalan yang diredhai. Jangan lagi hendaknya sumber pendapatan orang itu dari hasil curi yang tak seberapa. Jangan lagi hendaknya dia menyusahkan orang lain... Dunia dah maju ke hadapan. Kita balik zaman Jepun tak ada telefon!
.
Saturday, May 7, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment