Sunday, May 8, 2011

Bengkel Perkasa Solat

.


Hujung minggu ini, pihak sekolah saya terus menjalankan program mendidik anak-anak pelajar. Kali ini Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah menganjurkan Kem Perkasa Solat kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5. Seramai 146 orang pelajar hadir dalam program 2 hari satu malam iaitu pada 6 dan 7 Mei 2011. Terdapat ramai lagi pelajar khususnya dari tingkatan 5 yang tidak hadir atas alasan masing-masing.

Bagi melaksanakan bengkel ini, pihak sekolah berbesar hati menjemput 21 orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar-pelajar Diploma Syariah Kolej Islam Perak (KISDAR) Kuala Kangsar. Nampaknya semua peserta hadir begitu seronok mengikuti program yang dibimbing oleh abang-abang dan kakak-kakak fasi ini.

Semasa saya berbual dengan fasilitator-fasilitator ini, mereka menyatakan terdapat ramai juga pelajar-pelajar ini yang masih tak betul membaca surah Al-Fatihah dan mengucap 2 kalimah syahadah. Saya hanya menggeleng-gelengkan kepala, namun dalam hati saya, memang saya tahu benda ini kerana Ustaz dan Ustazah selalu bercerita mengenainya. Kalaulah semua pelajar tingkatan 3 dan 5 ini hadir, tentulah lebih ramai pelajar yang dapat dikesan tak betul membaca Fatihah. Sedangkan yang datang ke kem ini pelajar yang baik-baik pun dapat dikesan ramai yang tak betul bacaannya, bagaimana pula pelajar lain yang tak datang yang tak mahu ditunjukajar itu….

Apa pun semoga objektif program ini untuk menerap nilai-nilai keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT akan tercapai. Semoga pelajar-pelajar ini tidak meninggalkan solat yang menjadi kewajiban semua umat Islam. Jika dah rajin mendirikan solat, barulah senang ilmu pelajaran masuk, barulah akhlak menjadi baik, barulah boleh menjadi orang Islam yang sebenar-benarnya….















No comments:

Post a Comment