.
Petang tadi saya ke supermarket. Konon-konon nak beli hadiah untuk hari guru. Deme kata kalau tak ada sesiapa nak beri hadiah kepada cikgu-cikgu, eloklah , cikgu A beri hadiah kat cikgu B, dan cikgu B beli pulak hadiah kat cikgu A… ‘tuko-tuko’, Masa tu ucaplah tahniah antara satu sama lain...! Bila bawa balik ke rumah, nanti orang lain tengok si cikgu ni dapat banyak hadiah…. Seronoknya jadi cikgu...!
Di supermarket itu, secara kebetulan saya terserempak dengan sebuah keluarga juga sedang membeli hadiah hari guru untuk anaknya yang masih di sekolah rendah. Saya memerhatikan sibapa dan si emak memilih hadiah-hadiah itu… dia kemudian bertanya kepada si anak.. Si anak menjawab, “ 18 cikgu semuanya” Si bapa terus memilih hadiah yang 'serupa' sahaja agar cikgu-cikgunya nanti tak le pulak berkecil hati, ada yang dapat beso dan ada pulak yang dapat kecik…
Kemudian mereka ke kaunter untuk membayar. Si anak nampak puas. Esok dia akan menyampaikan hadiah-hadiah ni kepada cikgu-cikgu kesayangannya…. Lihatlah gambar ini. Saya ambil secara curi …
Apa pun, jangan ambil hati sangat cerita di atas… Selamat Hari Guru!
.
Sunday, May 15, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
assalamualaikum...selamat hari guru cikgu...
ReplyDeleteSelamat Hari Guru dan selamat pindah depan rumah je...
ReplyDelete