Mulai 2 Mei lepas, pelajar lepasan SPM 2010 boleh menyemak keputusan samada mereka layak dan ditawarkan ke tingkatan 6 Bawah atau pun tidak melalui internet. Ini kali pertama KPM menyediakan secara talian (online) untuk para pelajar melihat status mereka samada layak memasuki ting. 6 Bawah atau tidak. Dulu pihak KPM hanya mengeluarkan senarai nama pelajar yang layak dan dihantar ke sekolah-sekolah asal mereka. Dengan adanya kaedah menyemak secara online ini, kita dapat membuat semakan jika kita mempunyai nombor Kad Pengenalan pelajar berkenaan.
Saya telah menyemak sebahagian nama pelajar sekolah saya dengan menggunakan nombor KP mereka. Kemudian saya meminta guru kaunselor pula menyambungnya. Kami nak tahu berapa orang bekas pelajar sekolah ini yang dapat memasuki ting. 6 Bawah itu.
Setelah semakan dibuat, didapati seramai 78 orang pelajar daripada jumlah 150 calon SPM tahun lepas layak memasuki tingkatan 6 Bawah di sekolah-sekolah di Kuala Kangsar. 74 daripadanya ke SMK RMM manakala 4 lagi ke SMK Clifford. Kesemua mereka ini dikehendaki mendaftar diri ke sekolah berkenaan pada 9 Mei akan datang.
Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang berkenaan. Saya harapkan para pelajar ini meneruskan perjuangan dengan belajar di sana dan insyaAllah mereka akan dapat memasuki menara gading pula dalam tempoh 2 tahun lagi. Sabarlah dulu untuk memasuki alam pekerjaan kerana umur anda masih muda. Lagi pun peluang sebegini janganlah ditolak kerana walau pun di aliran kemanusiaan, peluang memasuki Universiti masih terbuka luas apabila kita ada STPM nanti.
Kepada yang belum membuat semakan status kelayakan ke tingkatan 6 Bawah, bolehlah membuat semakan dengan klik ke alamat di bawah:
http://apps.moe.gov.my/sst6/semakant62011/
.
Thursday, May 5, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tak syio deme ke SMK Bkt Mercu kat sekolah awok yak.
ReplyDelete