Malam semalam saya dikejutkan dengan berita kemalangan jalan raya anak kepada sepupu saya, Pn Aishah bt Hj. Abd Aziz. Selain sepupu, Pn Aishah juga merupakan jiran yang paling dekat dengan saya kerana rumah kami sangat berhampiran. Pada mulanya saya mendapat panggilan telefon mengatakan 4 orang anak dan cucunya telah meninggal dunia dalam kemalangan itu, tetapi selepas itu barulah dikhabarkan sebenarnya hanya seorang sahaja yang meninggal dunia, manakala 3 lagi cedera dan dua orang tidak cedera apa-apa. Kesemuanya enam orang berada di dalam kereta yang terlibat dengan kemalangan tersebut.
Hari ini sejak dari pagi lagi saya menziarahi anak saudara saya Abdul Fatah bin Abdul Latif yang kembali ke rahmatuLlah di tempat kejadian dalam kemalangan di Simpang Pulai, Ipoh. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya dan memberi kesabaran kepada ibu dan adik-adik beradiknya yang lain. Didoakan juga semoga kakak Abdul Fatah iaitu Suriani dan dua anaknya yang masih dirawat di hospital Ipoh cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala. Amin!
Berita kemalangan ini juga ada dikeluarkan di dalam akhbar-akhbar tempatan dan akhbar on-line pada hari ini.
Berita 1: (Laporan BERNAMA)
Pemandu maut, 3 termasuk bayi cedera dalam kemalangan
2011/05/14
IPOH: Seorang maut manakala tiga lagi termasuk seorang bayi parah apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Km 290 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Simpang Pulai di sini malam tadi.
Pemandu kereta terbabit, Abdul Fatah Abdul Latif, 27, yang bertugas di Universiti Perguruan Sultan Idris Shah (UPSI) Tanjung Malim cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian.
Mereka yang cedera parah ialah kakak Abdul Fatah iaitu Suriani, 31, dan dua anaknya iaitu Nik Fawas Mohd Fazli, 5, dan Nik Norfarwizah Arbiah Mohd Fazli, tiga bulan.
Kesemua mereka dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, manakala seorang lagi anak perempuan Suriani berusia dua tahun yang turut berada dalam kereta itu tidak cedera, kata Ketua Polis Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Mohd Rodzi Rejab.
Beliau berkata, dalam kejadian jam 9 malam tadi itu, Suriani dan anak-anaknya menumpang kereta adiknya untuk pulang ke rumah mereka di Manong, Kuala Kangsar.
Kereta jenis Honda Civic yang dipandu Abdul Fatah dalam perjalanan dari Tanjung Malim ke Kuala Kangsar itu dikatakan gagal dikawal lalu terbabas ke kiri jalan menyebabkan kenderaan itu remuk, katanya.- BERNAMA
Berita 2:
Bayi Terselamat – Tercampak Keluar Dari Kereta
By ondscene on May 14th, 2011
KM 290
Lebuhraya Utara Selatan
Simpang Pulai, Perak
13 Mei 2011
Walaupun tercampak keluar beberapa meter dari kereta yang dinaiki setelah terbabit dalam kemalangan, nyawa bayi ini masih panjang.
Nik Norfarwizah Arbiah Mohd Fazli, 3 bulan, yang terlepas dari dakapan ibunya, ditemui menangis di atas jalan raya sebelum dihantar segera ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Dia mengalami keretakan kecil di belakang kepala selain luka ringan di dahi.
Ketika kejadian, ibu mangsa, Suriani Abdul Latif, 31, cedera parah , manakala adik Suriani, Abdul Fatah Abdul Latif, 27, yang memandu kereta , maut di tempat kejadian.
Kemalangan kira-kira 9 malam dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Abdul Fatah gagal dikawal sebelum terbabas melanggar besi penghadang tepi lebuh raya.
Sebelum itu, Abdul Fatah, kerani di Universiti Perguruan Sultan Idris Shah (UPSI) Tanjung Malim, mengambilnya di rumah di Bukit Beruntung, Selangor, untuk pulang ke kampung di Manong, Kuala Kangsar.
Suriani hanya tersedar pagi ini di katil hospital dengan keadaan kulit kepala terkoyak dan mulut pecah.
Anaknya , Nik Fawas Iskandar Mohd Fazli, 5, ketika itu duduk di bahagian belakang ,patah kaki kiri dan retak belakang tempurung kepala menyebabkan ada pendarahan dalaman.
Suami mangsa, Nik Mohd Fadhli Nik Mohd Hasnuddin, 33, yang sedang menjalani kursus di Kem Sungai Udang Melaka.dimaklumkan kemalangan itu oleh seorang anggota polis trafik Ipoh kira-kira 10 malam dan bergegas ke Ipoh
Dua lagi anaknya, Nik Nur Farah Aliya , 4, dan Nik Nur Farahana, 2, bagaimanapun terselamat berikutan berada di kampung.
.
al-fatihah
ReplyDeleteTerima kasih abg A. Dapat juga tgk gambo2 deme walaupun tak dapat balik.. terasa betoi kehilangannya. al fatihah.
ReplyDeletepakcu li
Alfatihah... banyak kenangan saya dengan arwah... smoga roh arwah fatah di cucuri rahmat...
ReplyDeleteAl-Fatihah! moga Allah menempatkan rohnya di kalangan solihin n muqarrobin amin! trma ksh atas makluman. sy jmpa blog ni dr eshraq - salim, Lyg2 Kiri.
ReplyDeleteal-fatihah semoga allah mencucuri rahmat keatas adikku abdul fatah amin...
ReplyDelete