Saturday, May 7, 2011

Deklarasi Merealisasikan Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan

.
Deklarasi di bawah disepakati oleh semua peserta Program Merealisasikan Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan yang berhimpun di Dewan Banquet Bangunan Perak Darul Riduan pada 28 April 2011.

“ Bahawa sesungguhnya kami warga pendidikan negeri Perak yang berhimpun di Dewan Banquet, Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 28 April 2011 dengan ini menzahirkan iltizam:

1. Bersepakat, berseia dan bersekata sebagai satu pasukan dengan satu haluan di bawah pimpinan Pengarah Pelajaran Perak untuk berusaha, merencana dan berikhtiar melaksana pelan tindakan strategik era transformasi pendidikan melalui Visi Jabatan Pelajaran Perak yang berikut:
1.1 Melonjakkan Kecemerlangan Akademik,
1.2 Melonjakkan Kecemerlangan Kokurikulum, dan
1.3 Merekayasa imej Organisasi.

2. Menyokong dan menjulang Pelan Pembangunan PERAK AMAN JAYA bagi menjana masyarakat berkemahiran, berilmu dan beretika.

3. Menyokong dan melaksana gagasan 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Semua warga pendidikan Perak bersetuju menerima dan melaksanakan amanah tersebut menerusi kerja-kerja pendidikan berencana berdasarkan misi:

1. Memperkasa kepimpinan instruksional dan transformasional melalui budaya kerja cemerlang, perkongsian profesionalisme dan penyediaan barisan pelapis berkualiti.

2. Membangun dan meningkatkan kualiti warga pendidikan dengan pembentukan Pasukan Amalan Strategik Asas Kualiti – PASAK X-PLUS dan Program Berkembar,

3. Membudayakan head-count melalui penggunaan menyeluruh, aplikasi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), dalam kalangan warga pendidikan negeri Perak.

4. Melaksanakan pemantauan dan penyeliaan secara bersepadu melalui pengujudan task force di pelbagai peringkat, dan

5. Memantapkan pelaksanaan program kecemerlangan dan program khas melalui pendekatan ‘Moh kite ke Sekolah’ (MKKS).

Untuk itu semua jentera pendidikan negeri Perak akan dipacu melalui budaya kerja kreatif dan inovatif bagi memastikan Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan.
Sekian, terima kasih.

(Nota: Deklarasi di atas saya salin dari nota yang diberikan oleh Tn. Pengetua kepada saya)

No comments:

Post a Comment