Wednesday, September 29, 2010
Persoalan Puasa 6
Saya copy daripada : Drmaza.com
1. Asas kepada amalan puasa enam hari pada Bulan Syawwal ini ialah sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang berpuasa ramadhan, kemudian dia susulinya dengan enam hari dari Bulan Syawwal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)” (Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dll).
2. Berdasarkan hadis di atas jelas bahawa puasa enam hari pada Bulan Syawwal adalah sunat. Walaupun al-Imam Malik bin Anas (meninggal 179H) menganggap makruh puasa enam hari pada Bulan Syawwal, namun pendapat tersebut dianggap tidak kuat. Dalam al-Muwatta riwayat al-Imam Malik bin Anas disebutkan:
“Malik berpendapat mengenai puasa enam hari selepas Idil Fitri bahawa beliau tidak pernah melihat ilmuwan dan ahli fekah melakukan puasa tersebut. Tidak sampai kepadanya apa-apa riwayat daripada ulama salaf mengenai hal itu. Ilmuwan memakruhkan puasa tersebut. Mereka bimbang kebidahannya. Bimbang golongan jahil mengaitkannya dengan Ramadan”. (al-Muwatta’, 1/330 –bil: 857. Beirut: Muassasah al-Risalah).
Maksudnya, beliau menyatakan makruh sebab beliau tidak melihat ahli ilmuwan di Madinah ketika itu mengamalkannya dan bimbang puasa tersebut dianggap wajib oleh mereka yang jahil. Adapun riwayat hadis di atas yang menggalakkan puasa enam hari Syawwal dianggap tidak kukuh disebabkan rawi Sa’d bin Sa’id bin Qais adalah masalah hafalan maka dianggap tidak kuat jika dia bersendirian (infirad) dalam riwayat. Di samping itu al-Imam Malik mengukurnya dengan amalan ilmuwan Madinah pada zamannya yang beliau dapati tidak mengamalkannya.
3. Namun hadis ini dianggap sahih oleh majoriti ilmuwan hadis. Walaupun Sa’d bin Said bin Qais mempunyai sedikit masalah, tetapi hadis ini ada mutaba’ah (jalur rawi yang lain) seperti Sofwan bin Sulaim dan selainnya. Maka hadis ini sahih dari segi ilmu hadis. Ketika mengulas kenyataan al-Imam Malik yang melihat tiada ilmuwan pada zamannya mengamalkan puasa enam tersebut, al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) berkata:
“Apabila sunnah itu telah sabit, maka ia tidak ditinggalkan hanya kerana ia tidak diamalkan oleh sebahagian, atau kebanyakan atau semua orang sekalipun” (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 8/238, Beirut: Dar al-Khair).
Maksud al-Imam al-Nawawi, kita tidak patut meninggalkan sesuatu sunnah Nabi s.a.w hanya kerana melihat orang lain tidak mengamalkannya sedangkan ia telah terbukti sahih riwayat tersebut di sisi ilmuwan hadis dan tiada nas sahih lain yang boleh menolak amalan tersebut. Inilah pendirian sepatutnya terhadap sunnah-sunnah Nabi s.a.w. Jika para ulama di Madinah pada masa al-Imam Malik bin Anas yang ketika masih ramai tabi’in dan sarjana-sarjana besar tidak dijadikan hujah bagi menolak amalan sunnah, apakah kita hari ini kita menolak sesuatu hadis hanya kerana orang Malaysia tidak mengamalkannya, atau ulama Malaysia tidak mengamalkanya? Sudah pasti itu dilakukan, maka terhapuskan banyak sunnah-sunnah Nabi s.a.w.
4. Berasaskan hadis ini maka kita dapat fahami bahawa sesiapa yang melakukan dua perkara; pertama, berpuasa pada bulan Ramadan. Kedua, berpuasa enam hari pada Bulan Syawwal. Maka ganjarannya seperti dia berpuasa setahun. Ertinya, jika dia hanya berpuasa Ramadan sahaja tanpa enam hari pada bulan Syawwal, dia tidak memperolehi fadilat ini. Demikian juga jika dia hanya berpuasa enam hari pada bulan Syawwal tanpa diselesaikan puasa Ramadan, maka dia juga tidak memperolehi fadilat ini.
5. Berdasarkan aturan ungkapan dalam hadis ini, maka yang terbaik seseorang yang mempunyai qada puasa Ramadan, sebaiknya hendaklah menyelesaikan qada (gantian) Ramadan dahulu kemudian diikuti enam hari pada Bulan Syawwal. Jika tidak berkesempatan lalu berpuasa enam dahulu dan qada selepas itu, mudah-mudahan amalan itu tetap diterima Allah kerana secara umumnya dia menunai keduanya, cuma tidak berdasar susunan sahaja.
6. Terdapat perbezaan dalam kalangan ulama; apakah afdal ditunai puasa enam hari pada bulan Syawwal itu sebaik sahaja selepas hari raya secara berturut-turut, atau mana-mana enam hari pada bulan Syawwal itu sama sahaja. Pendapat Mazhab Ahmad samada ditunaikan berturut-turut atau tidak adalah sama sahaja. Pendapat Mazhab Hanafi dan Syafi’i: Afdalnya berturut-turut selepas hariraya (lihat: Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah 1/380, Beirut: Dar al-Fikr).
7. Walaupun di sana ada yang berpendapat yang afdalnya adalah berturutan selepas hariraya disebabkan ungkapan ‘kemudian dia susulinya’, namun fadhilat puasa enam ini tetap diperolehi oleh sesiapa sahaja yang berpuasa enam hari tersebut dalam bulan Syawwal sekalipun bukan berturut-turut selepas hari raya. Kata al-Imam al-Nawawi:
“Afdalnya dilakukan puasa enam hari berturut selepas hari raya. Jika dilewatkan sehingga akhir Syawwal tetap mendapat fadilat ‘disusuli enam hari’ kerana ia menyusuli enam hari dalam bulan Syawwal” (Syarh Sahih Muslim, 8/238).
8. Lajnah Fatwa Tetap Arab Saudi ketika menjawab persoalan tentang mestikah puasa enam Syawwal itu berturut-turut selepas hari raya atau tidak, berkata:
“Tidak semestinya dia berpuasa terus selepas hari raya. Bahkan harus untuk dia memulakan sehari atau beberapa hari selepas hari raya. Samada dia hendak berpuasa bersambungan ataupun berpecah-pecah dalam bulan Syawwal. Ia berdasarkan apa yang mudah baginya. Perkara ini luas (pilihannya)”. (Fatawa al-Lajnah al-Daimah li al-Buhuth al-‘Ilmiyyah, 10/391).
9. Oleh kerana hari-hari puasa enam Syawwal itu ada pilihan, sementara kadang-kadang waktu kemeriahan keluarga itu sukar diperolehi melainkan seperti pertemuan semasa cuti hari raya ini, maka eloklah seseorang tidak berpuasa sunat pada hari kaum keluarga atau sahabat handai menjamu selera. Dia boleh berpuasa pada hari-hari lain yang masih berbaki. Puasa sunnat digalakkan, namun menjaga hubungan silaturrahim dan perasaan kaum keluarga juga amat penting. Ini bersesuaian dengan hadis Nabi s.a.w, daripada Abu Sa’id al-Khudri katanya:
“Aku telah menyediakan makanan untuk Rasulullah s.a.w. Maka baginda dan sahabat-sahabatnya pun datang ke tempatku. Apabila makanan dihidangkan, seorang lelaki dalam kalangan mereka berkata: “Aku berpuasa”. Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu”. Kemudian baginda berkata kepada lelaki itu: “Bukalah puasa, dan berpuasalah satu hari lain sebagai ganti –jika mahu” (Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, dinilai hasan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari).
Dalam riwayat lain oleh al-Tabarani dalam al-Ausad baginda mengkritik lelaki tersebut dengan bersabda: “saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu kemudian kamu berkata ‘aku berpuasa!!). Jelas, baginda tidak menggalakkan berpuasa jika ada jamuan demi menjaga perasaan sahabat handai. Maka menjaga perasaan kaum keluarga lebih utama.
10. Tiada dalam Islam apa yang dinamakan dengan ‘hariraya puasa enam’. Tiada juga ibadat khusus hari raya puasa enam Syawwal seperti ‘solat tasbih hariraya puasa enam’ yang dibuat di sesetengah tempat. Ini semua perkara yang diada-adakan yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda. Sabda Nabi s.a.w.:
“Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ia tertolak”. (Riwayat Muslim).
Solat tasbih jika hendak dilakukan, jangan dikaitkan dengan hariraya puasa enam atau sebagainya.

Amanat PPD
Hari Selasa 28 September 2010, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Kangsar, Tn Hj Marazlan b. Amran telah membuat pemantauan mengejut ke sekolah kami. Dalam pemantauan itu beliau meminta saya mengumpulkan semua pelajar ting. 3 beserta guru-guru mata pelajaran ting. 3 kerana beliau nak menyampaikan amanatnya sebelum peperiksaan PMR berlangsung.
Setelah semua pelajar dan guru tersebut berkumpul di dewan besar, beliau tampil menyampaikan ucapan yang pada saya merupakan nasihat dari “seorang ayah kepada anak-anaknya”. Bermula dengan menceritakan pengalamannya sebagai seorang pelajar di sekolah ini beliau kemudian menasihati pelajar-pelajar agar menggunakan masa dengan sepatutnya dalam seminggu ini untuk membuat persediaan akhir bagi menghadapi peperiksaan PMR. Beliau kemudian menyatakan harapannya dan harapan Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Perak agar calon-calon PMR sekolah ini akan mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.
Beliau juga berdiskusi dengan sebahagian guru mengenai harapan guru-guru berdasarkan headcount yang dibina. Di akhir ucapan selama 1 ½ jam itu, beliau bersalaman dengan semua pelajar-pelajar lelaki ting.3.

Monday, September 27, 2010
Catatan Minit Curai
PERHIMPUNAN BULANAN PENGURUSAN PENDIDIKAN
DAERAH KUALA KANGSAR
27 SEPTEMBER 2010
Tempat : Dewan PPD Kuala Kangsar Masa : 9.00 pagi
TN. HJ. MARAZLAN B. AMRAN (PPD)
1) Terima kasih kpd P/GB atas pengurusan yang mantap
2) Terima kasih kpd P/GB yang telah mengadakan program peningkatan peperiksaan awam dan ’program darurat’ peperiksaan awam.
3) UPSR telah dilaksanakan dengan baik.
4) JPN/PPD/sekolah adalah organisasi terancang memandu sistem pendidikan. Pengarah/PPD/pengetua adalah watak utama yang perlukan kerjasama yang mantap dari staf untuk menghasilkan matlamat organisasi. Mari kita mantapkan organisasi masing-masing.
5) Pengurusan aduan dan isu. Sekolah mesti ada strategi untuk kurangkan.
6) Buku Rekod P/GB – PPD nak tandatangan buku rekod P/GB (bahagian perancangan tahunan). Minta semua P/GB bawa BRP ke PPD pada minggu hadapan.
7) Guru bertugas di luar sekolah. Minta mereka sediakan tugasan bertulis untuk diberikan kepada guru relief.
8) Wujudkan persekitaran sekolah kelas pertama. Seluruh sekolah adalah Pusat Sumber- boleh beri maklumat kepada semua orang. Pertama- Pejabat, ke-2 kantin dan ke-3 tandas jadikan seperti tandas hotel)
9) Pelancaran Bulan Bahasa di Indera Mulia pada 5.10.2010. Pengetua bawa Guru Bahasa bersama-sama.
10) Hari Guru Peringkat Daerah 2010 di SMK Sultan Tajul Ariffin Manong pada 16.10.2010. Dirasmikan oleh YAB Menteri Besar. – Mesyuarat perlaksanaannya pada petang ini, 27.10.2010.
11) Program selepas peperiksaan awam mesti disedia dan dilaksanakan
12) Maksud Perubahan – indikator kpd keberkesanan pendidikan. Mesti lebih baik dari yang sebelumnya. Menurut pengarah, perlu ada anjakan yang jelas – pep. Awam mesti lebih baik (Top 7)
13) Lawatan Kerja Pengarah ke PPD Kuala Kangsar pada 25.10.2010 (Isnin) 9.00 pagi
Kehadiran semua pegawai PPD, Semua Pengetua dan semua GB (Tidak boleh wakil). Datang lebih Awal.
14) Setiap sekolah sediakan brosur sekolah masing-masing. Hantar ke PPD 2 hari sebelum lawatan pengarah.
15) Kandungan brosur (i) Latar belakang sekolah (ii) Nama Pentadbir Sekolah (iii) Keistimewaan sekolah (iv) 4 program utama yang dirancang untuk peningkatan akademik. (v) 4 program utama yang dirancang untuk peningkatan kokurikulum. (vi) Program tertentu untuk tingkatkan imej sekolah.
TN HJ ZAHARUDDIN B AHMAD ZAYADI (Pen. PPD PSO)
1) Laksanakan Program Induksi Guru Permulaan jika terima guru baru
2) Taklimat STANDARD GURU MALAYSIA – Setiap Sekolah Dibekalkan satu CD
3) Mohon taklimatkan SGM kepada semua guru di sekolah.
4) Minta setiap guru buat penilaian kendiri tentang SGM daripada portal BS KPM
EN ABD. RASHID B. RAFEI (Pen. PDD PPB)
1) Taklimat untuk 45 buah sekolah sahaja yang diedarkan salinan grant tanah sekolah termasuk SMK Sultan Tajul Ariffin (3 grant tanah)
2) Lengkapkan maklumat dengan pensil dan hantar balik ke PPD sebelum hari Jumaat 1.10.2010
3) Ambil gambar bangunan di tanah itu ( 2 keping gambar bagi setiap satu grant tanah)
4) Tolong fotostat salinan grant tanah untuk simpanan fail sekolah.
TN. HJ. SAMSUDDIN B. MD ZAINAL ABIDIN (Pen. PPD Akademik)
1) Membentangkan analisis pencapaian Pep. Percubaan SPM
2) Mohon laksanakan plan tindakan Program Darurat SPM 2010
3) Isu – bilangancalon TH terlalu ramai.
EN. MEOR AHMAD ZUBAIRI (Penyelia TMK)
1) Tarikh tutup kemasukan ke SBP 15.10.2010
2) Data SMM – didapati tidak tepat. Menyukarkan pemilihan Bantuan Netbook.
3) NetBook bukan percuma.- (Netbook + broadband) pelajar kena bayar RM20.00 sebulan
4) Majlis Penyampaian pada 11.10.2010
PN. KAMILATON NAHAR (Penyelia Kanan HEM)
1) Maklumat tentang e-kasih pendtaran dibuat oleh ketua keluarga sendiri bukan oleh pihak sekolah
2) Pada tahun 2011, ibubapa yang berdaftar dengan e-kasih sahaja akan diberi bantuan.
PERHIMPUNAN BULANAN TAMAT JAM 1.00 PETANG
Dicatat oleh:

Majlis Hari Anugerah
Majlis Hari Anugerah 2010 telah selamat dijalankan pada petang hari Isnin. Majlis yang diadakan untuk menghargai kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum itu dirasmikan oleh En Isyanuddin b. Hj. Hussin, Pengarah Kolej Komuniti Teluk Intan. Walaupun Majlis Hari Anugerah tahun ini agak lewat diadakan, namun ia tetap meriah dengan kehadiran ramai para pelajar, bekas pelajar dan ibubapa. Lebih-lebih lagi ianya diadakan di dewan besar yang baru dan telah dihias cantik.
En Isyanuddin ialah bekas pelajar sekolah ini tahun 1974-76. Antara yang menarik perhatian saya dalam ucapannya ialah beliau mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang mengajar anak-anak buahnya yang ada di Manong ini. Katanya ajarlah anak-anak didik kita dengan sungguh-sungguh. Jangan sering merungut awal-awal lagi mengatakan mereka budak yang lemah dan bodoh. Kalau nak mengajar budak yang pandai pergilah ke sekolah yang lain. Kita telah diamanahkan mengajar di sini, rezeki kita di sini, maka ajarlah murid-murid kita itu, katanya.
Nasihat En Insyanuddin itu mengingatkan saya, ”pada zaman dulu kala”, ada guru yang mahu murid yang pandai sahaja dalam kelas MPV yang di ajarnya, dia tak mahu murid yang lemah-lemah. Sedangkan dia memang telah dilatih untuk mengajar murid yang begitu. Tak ingatkah dia masa kursus nak jadi guru dulu... lagi pun KPM memang tubuhkan kelas MPV ni untuk budak-budak yang begitu-begitu... Kalau budak pandai tak payah suruh dia masuk kelas MPV, biarlah dia masuk kelas Sains tulin yang mencabar tu....

Berikut gambar kenangan di majlis tersebut....
Persembahan pelajar tingkatan 2A
Tetamu kehormat 4 orang (eh bolehke?)
Eh ni apa pulak...terlindung tak nampak...
Oh majlis penyampaian hadiah, 'cameraman' atas pentas rupanya....
Sunday, September 26, 2010
Untuk Majalah Sekolah...
Eh, eh apa hal ni, ramai-ramai bawa kerusi ke padang?
Ada pula ramai cikgu yang beri arahan... apa tu?
Opp, tuan pengetua pun ada....
Oh, nak bergambar rupanya....
( Nota: Nak tengok jelas muka cikgu-cikgu tu, klik 2x pada gambar....).
Surat Terbuka Untuk Pelajar 5RT
Kehadapan pelajar-pelajar 5RT 2010
Sesungguhnya tiada kata mampu saya lafaz atau bebelkan sebagai tanda saya sangat kecewa. Sudah banyak kali saya patah hati. Sudah banyak kali saya putus asa dalam mengajar dan dalam mendidik kalian, anak-anak orang. Namun kalian tetap begitu juga. Ponteng menjadi hobi dan makanan ringan yang cukup enak terutama pada bulan Ramadhan.
Setiap nasihat yang diberi, kalian telan dalam ego dan dendam lantaran bosan dengan nasihat, kritikan serta ajaran/didikan. Lantas di manakah berkatnya ilmu yang kalian terima? Dalam redha seorang guru kalian cabar dengan tingkah tidak bijaksana,umpama beruk diberikan bunga. Dalam menjawab banyak merapu, banyak ketawa walaupun kerap disindir, sindiran bagai satu kebanggaan mercu tanda 5RT.
Anak-anak Melayu ku, kamu semua anak orang, bukan anak orang-orang. Hari-hari bagi kalian adalah kemerdekaan. Merdeka daripada cengkaman manusia yang cuba menunjukkan jalan masa depan yang cerah agar kalian tidak menyesali diri suatu hari nanti.
5RT, ketawa lah sepuas-puasnya . Jangan lupa satu hanri nanti orang lain akan ketawa melihat kamu. Larilah sejauh mana kamu hendak. Jangan lupa satu hari nanti kebahagian akan lari dari pada kamu. Menipulah selagi ada ruang…. nanti tak tertipu olehmu apabila berdepan Allah SWT.
(Surat terbuka di atas saya nampak tertulis di papan putih kelas tersebut. Tak tahu lah cikgu mana yang begitu kecewa tu dengan perangai bebudak 5RT tahun ni… Saya tanya bebudak tu, mengapa kome nakal sangat… cikgu yang rajin dan sungguh-sungguh nak mendidik, kome main-mainkan saja tak dengar katanya, mana nak dapat belajo macam tu… … seorang budak lantas menjawab, “itu dulu cikgu, sekarang lepas raya ni dah okey dah…..” )
Saturday, September 25, 2010
Ke KLIA
Hari Jumaat malam Sabtu minggu lepas saya menghantar Rusydi ke KLIA untuk berangkat ke Jordan
Seramai lebih 100 orang pelajar tajaan JPA untuk program perubatan dan pergigian ke Timur Tengah (Mesir dan Jordan) berlepas pada jam 5.30 pagi hari Sabtu dengan pesawat MAS.
Semalaman itu tidak tidur. Dalam perjalanan balik, saya berhenti di R&R Jejantas Sungai Buluh dan tidur dalam kereta selama 3 jam. Lepas itu barulah tak ngantuk…
Friday, September 10, 2010
SMS Hari Raya
Kad raya di sebelah adalah satu-satunya kad raya yang saya terima pada tahun ini. Hanya sekeping sahaja. Macam mana nak dapat kad, saya sendiri pun tidak menghantar kad selamat hari raya kepada orang lain.
Zaman sekarang orang tak berminat lagi menghantar ucapan hari raya melalui kad. Orang kini mengunakan perkhidmatan SMS sahaja untuk mengucapkan selamat hari raya kepada kawan-kawan atau saudara mara yang jauh.
Berikut saya abadikan SMS-SMS yang saya terima dari kawan-kawan pada hari raya ini:
1. Lemang ketupat dimasak segera, Buat santapan di hari mulia, 1 Syawal kian menjelma, Ampun dan maaf dari kami sekeluarga. Drp Fairuz & family Manong, KK.
2. Slm aidil fitri maaf zahir batin from Atan loji air Manong
3. Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin, sempena bulan yang mulia ini eratkan silaturrahim supaya orang melayu bersatu, kuat, berani dan sama-samalah ujudkan jaringan ekonomi melayu perjuangkan demi agama, bangsa dan tanah air. Drpd. Hj. Yat
4. Assalam. Insya-Allah moga iman kita tiada digugat dari segala pancaroba keduniaan yg lagha, motivasi sebulan sbg bekalan menuju hari muka, Selamat Hari Raya. Ikhlas dari abg Adib + Kak Fuziah sklga. Taman Bunga Raya
5. Salam. Selamat Hari Raya. Mohon kemaafan segala salah dan silap. Tk – Drpd Ustaz Taufik, JPN
6. Setelah sebulan di madrasah ramadhan didoakan semoga kita mendapat TAQWA yang dijanjikan. Salam aidilfitri maaf zahir batin dari Ust. Osman sekeluarga (Sungai Siput)
7. Ya Allah yang sedang membaca SMS ini adalah saudaraku yang sangat baik padaku. Berikanlah dia kenikmatan dalam ibadah. Perkayakan dia dengan kesabaran dan kasih sayang, hidupkanlah nuraninya, muliakanlah wajahnya dengan ketaqwaan, amin. Selamat menyambut hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Dari Saya. (En Halim Saad, Terung)
8. Assalamu alaikum. Selamat Hari Raya, Kullu Ammin wa antum bi khair! Dari Ust Meor Nazri
9. Terima kasih tuan haji, Saya pun sama la. Selamat Hari Raya Maaf Zahir batin. – drpd Ust. Azhari Zain
10. Selamat Hari raya, maaf zahir batin. Drpd. Nazri Bahador sekeluarga
11. MMS – Takbir Raya. Drp Khairun Nasri Clifford
12. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf lahir batin. Drp. Sabki (SK Lempor)
13. Assalamu alaikum wr. Wb. Selamat Hari Raya Aidil fitri. Maaf Zahir dan Batin. Takbir dan Tahmid memenuhi alam, bersyukurlah kerana mendapatkan kemuliaan Ramadhan, hiasi Syawal dengan Kemaafan, Ikhlas drpd. Hj. Kamaruzaman (Murad), Hjh Normah dan keluarga.
14. Allahu Akbar, (3X)...Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin, drp Cg. Kamaruddin (Hashim) dan keluarga.
15. Assalamu alaikum, TK Tn Hj. Sememangnya .... Indah langit kerana awan, indah laut kerana kebiruan, indah Ramadhan kerana keinsafan, indah aidilfitri kerana kemaafan. Sesungguhnya... hidup ini menjadi indah jika masih ada rasa maaf. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Drp Munizam & fmly.
16. Salam. Sebening air wuduk, sesuci Al Quran, semerdu alunan zikir, seindah solat 5 waktu, setenang hati yang tiada rasa benci atau dendam. Jika tangan X sempat berjabat, jika muka tak sempat bertatap, bukalah pintu kemaafan. Selamat menyambut HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN, drp Cikgu Zabidi sekeluarga (Timb. PPD Hulu Perak)
17. Jika kesilapan semalam belum terampun, ”MAAFKANLAH”... Jika kesilapan hari ini menyakitkan hati, ”LUPAKANLAH”.... Jika kesilapan esok mendatang, janganlah dibawa ke AKHIRAT,...Ingin ku Mohon ampun dan maaf andai...terkasar bahasa, terlanjur bicara, kerana ku juga insan biasa. Selamat Hari raya maaf Zahir dan batin....drp. Cikgu Ramlee Saad sekeluarga.
18. Selamat hari Raya Maaf Zahir dan Batin drp Mokhtar Pandak Ahmad
19. Salam aidilfitri maaf lahir batin. Drp Hj Shamsuddin Pen. PPD
20. Selamat Hari Raya. Wassalam...Drp Hj Zamaili
21. Tangan dihulur tak kesampaian, Senyum diukir tak kelihatan, SMS dikirim tanda ingatan, Di Aidil fitri kita bermaafan. Selamat hari Raya Maaf Zahir & Batin dr Zuraida (RPS Ipoh) dan FAMILY.
22. Selamat Hari Raya. Maaf kalau ada salah dan silap tutur kata atau kelakuan. Hj. Roseli dan keluarga (Seberang Perak)
23. Slmt hari raya semoga semangat ramadhan dibawa dalam kehidupan hingga ramadhan tahun hadapan dan hari akan berlalu adalah hari tanpa dosa... Selamat ari Raya maaaf zahir batin...Hj Salim (Clifford) sekeluarga.
24. Sama2...maaf zahir Batin ...ust Radzi Ismail (SBPI Gopeng)
25. Andai hati sebening kaca, tentu tiada yang akan terluka, andai bibir berkata mulia, tentu tiada yang akan tersiksa, andai kata selembut sutera, tentu tiada yang akan kecewa...tapi hati, bibir dan kata tiada pernah ada yang sempurna, hanya maaf tulus yang bisa hapuskan noda dan dosa. Salam Idulfitri, Maaf Zahir & Batin..- Rohizan, Suami & Korga.
26. Salam, terima kasih cikgu Zuhairi atas ingatan... Sebening air wuduk, sesuci Al Quran, semerdu alunan zikir, seindah solat 5 waktu, setenang hati yang tiada rasa benci atau dendam. Jika tangan X sempat berjabat, jika muka tak sempat bertatap, bukalah pintu kemaafan. Selamat menyambut HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN, drp cikgu Norliah Lazim & Keluarga (Pengetua Cemerlang SMK Clifford)
27. Allahu Akbar 3X, La ila ha ilLahu WalLahu Akbar. Allahu Akbar, wa lilLahilham.. Selamat Hari raya Idulfitri. Minal aidin wal faizin. Maaf zahir dan batin. Drp Ramali Abd Rahman (SIS) sekeluarga.
28. Salam aidilfitri maaf zahir dan batin. Ramadhan berlalu Syawal menjelma. Ada yang gembira ada yang berduka, « taqabballahu minnaa wa minkum « Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu semua. Dengan rendah diri menghulur tangan kemaafan dari Dr (H) Junaidi n Famili.
29. T.kasih. Selamat Hari raya. Esok kita jumpa insya-Allah – Hjh Anisah SMT Kemunting
30. Masak lemang sambil berdiri, untuk hidangan di aidil fitri, Nak kirim kad raya esok posmen dah cuti, bukan lupa tradisi, tapi ikut teknologi terkini di hujung jari, SMS pengganti diri, SELAMAT AIDIL FITRI, Maaf zahir batin...drp Pn Durrah
31. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... Ya Allah, di bulan yang penuh barakah, Rahmat dan Magfirah, kau berkatilah saudara aku yang baik ini, limpahkan rezekiMu kepadanya, bahagiakan ia dan keluarganya, mudahkan urusan. Terimalah ibadahnya serta ampuni segala dosanya dan kedua ibubapanya. Maaf Zahir dan Batin...En. Fadhil Kantin.
32. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN drp Ramli Sharif
33. Satu Syawal menjelang tiba, Takbir bergema menggegar jiwa, Sekiranya ada salah dan dosa, Ampun dipinta di hari mulia...Salam aidilfitri maaf zahir & batin – drpd Noor Shidah dan keluarga.
34. Tq. Slamat hr raya aidilfitri.. ampun maaf dipinta dr ku, Nur Fyezura:-)
35. Takbir bersahutan, Syawal tiba jua, Mohon kemaafan. Moga puasa penuh rahmatNya. Selamat Aidilfitri – En. Mohd. Azam Pengetua SMK Tun Perak
36. Sama2 tq maaf zahir dan batin – Azhar Mahamod
37. Lapar berpuasa terketar-ketar, bila berbuka lega rasanya, Kad raya tak sempat nak hantar, SMS pun boleh dikira grand juga!! Mulut terkadang salah berucap, mata terkadang salah melihat, hati terkadang salah menduga, Mohon maaf, ampun dipinta. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI – drp Anas & famili (Langat, Selangor)
38. Sama-samalah kita mendapatkan keberkatan-Nya. Amin. Maaf zahir dan batin – Faizun Beluru.
39. Minal aidil wal faizin, kullu a’min wa antum bikhair. Maaf zahir batin. Dari kami d Muar (Husnul)
40. Assalam, tanganku hulur tak kesampaian, senyumku ukir tak kelihatan, sms ku kirim tanda ingatan, di aidil fitri kita bermaafan. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir & Batin. Salam kepada semua. Drp MIOR & keluarga (En. Mior Ahmad – Pengetua SMK Hamid Khan)
41. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin – Ahmad Badli Sah SMK Tan Sri Abdul Aziz Lenggong
42. Ya Allah, akhir Ramadhan yang barkah ini, muliakan dan sayangi saudaraku ini, bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya, berkati rezekinya, kuatkan imannya, beri kenikmatan ibadah puasanya, jauhkannya dari fitnah, suburkan benih keislaman pada zuriat dan keturunannya dan masukkannya dan keluarganya dalam syurgaMu tanpa hisab, Amin, Ya Allah. Selamat Hari raya Aidil fitri, maaf zahir dan batin. – Arif, Ju + anak2.
43. Ya Allah, d penghujung Ramadhan yang penuh barakah ini, dan menjelang Syawal yang mulia, ku mohon Kau berkati & muliakan saudaraku ini. Anugerahkan kebahagian untuk dirinya & keluarganya, kurniakan ia segala kekuatan & kegagahan iman, limpahi & berkati rezekinya, tinggikan darjatnya, makbulkan segala hajat, doa & taubatnya. Amin Ya rabbal’alamin. Salam Syawal minal aidil walfaaizin... maaf zahir & batin. – dari Farid Ipoh sekeluarga.
44. Selamat Hari Raya Aidil fitri. Maaf Zahir dan Batin. Drp Adnan Rejab & keluarga. TQUM
45. SMT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN – KAMIL N FAMILI (Pengetua)
46. Mualaikum mussalam...sama-samalah kita menyambutnya. Tq – Fauzi Shaari Simpang Beluru
47. Salam aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin – Halimhusairy
48. Ramadhan berakhir aidilfitri dinanti, bersama kita eratkan mesra, tangan dihulur maaf dipinta, semoga gembira di hari raya. MAAF ZAHIR BATIN. Dengan ingatan tulus ikhlas daripada Noriani sekeluarga.
49. Ok. Sama-sama, Tq – Hj Kamal Tsung Wah

50. Selamat h.raya maaf z & batin. Drp Mior Othman SMKBM
51. Adat jauh berberita, adat dekat puji memuji, andai berbicara tersilap kata, maaf dipinta sepuluh jari. "Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H" Semoga Allah menerima amal ibadah kita semua, amin ya Rabuul Alamin. Mohon Maaf Zahir dan Batin - Pn. Nurul Uyun
Catatan :
SMS yang saya ’send to many’ berbunyi... Salam, Semoga Ramadhan yang berlalu telah berjaya mengubah sempadan IMAN kita kepada yang lebih baik. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Maaf Zahir dan Batin. Drpd. Zuhairi Manong.
.
.
Gambo Raya...
Bertakbir dari rumah ke rumah pada malam hari raya...
Para tetamu menjamah kueh raya... pagi raya
Jemputlah makan jangan malu-malu....petang raya
Melayani anak-anak saudara...
Mohon maafle, tak cukup kerusi, terpaksa bersila ....
Anak-anak sibuk menolong di dapur....
Yang ni tak kira lain, asyik TV sahaja.....
Memperagakan baru raya......
Taklimat Solat Hari Raya
Salam. Tuan-puan sidang jamaah sekelian. Pertama sekali kita memanjatkan kesyukuran yang amat sangat ke hadrat Allah SWT kerana kita telah selesai menunaikan ibadat Puasa iaitu rukun Islam yang ke-3 untuk tahun ini. Marilah kita berdoa semoga Allah SWT menerima amalan puasa yang telah kita lakukan. Pada pagi ini kita berkumpul beramai-ramai di masjid kerana menunaikan solat sunat aidilfitri.
Dalam surah alBaqarah ayat 183 yang memerintahkan kita berpuasa, bermaksud ”wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana juga dijawibkan ke atas orang-orang yang terdahulu dari kamu. Semoga kamu sekelian menjadi orang yang bertaqwa”. Persoalan yang boleh kita renungkan, adakah amalan puasa kita selama sebulan itu telah dapat mengubah sempadan iman kita, kepada manusia baru yang lebih bertaqwa kepada Allah SWT. Jika kita berjaya mencapai tahap tersebut, maka beruntunglah kita, dan bersyukurlah, dan layaklah kita merayakan kemenangan di aidilfitri ini.
Sempena hari baik, bulan baik ini, saya mewakili pengerusi dan ahli jawatakuasa masjid Sultan Yusuf serta imam pegawainya mengucap Selamat Hari Raya Aidil fitri, Minal a’idin wal fa’izin. Marilah kita rayakan hari ini dalam suasana mengikut syariat Allah SWT dan janganlah pula melakukan kerja-kerja dimurkaiNya.
Seperti biasa, disampaikan kafiat menunaikan solat sunat aidilfitri. Solat ini hukumnya sunat muakkad iaitu sunat yang sangat-sangat dituntut, kerana Nabi SAW tidak pernah meninggalkan solat ini semenjak ia diperintahkan sehinggalah baginda wafat.
Lafaz niat.....
Maksudnya, Sahaja aku solat sunat aidilfitri dua rokaat mengikut imam kerana Allah
Taala.
Kemudian kita membaca doa iftitah. Sesudah itu kita bertakbir sebanyak 7 kali. Diselangi
takbir-takbir itu dengan bacaan tasbih.....
Takbirnya 7 kali dan tasbihnya 6 kali......
....

Wednesday, September 8, 2010
1 Syawal ditentukan melalui rukyah, hisab
29 Ramadhan 1431 H
Malaysia menggunakan kaedah rukyah (cerapan) dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukyah (kebolehcerapan) untuk menentukan awal Syawal, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
Beliau berkata perbezaan penentuan tarikh hari raya antara negara-negara Islam termasuk Malaysia disebabkan wujudnya perbezaan matlak iaitu perbezaan terbit dan terbenamnya hilal (anak bulan).Perkara itu juga bergantung kepada penentuan pihak berkuasa agama di negara masing-masing sama ada menggunakan kaedah rukyah sahaja, hisab sahaja atau kedua-duanya, katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata hasil mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kalender Islam pada 13 April lalu, satu laporan penetapan tarikh awal anak bulan syawal telah dikemukakan kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bagi rujukan untuk menentukan awal syawal."Kriteria imkanur rukyah ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk tidak kurang daripada dua darjah dan jarak lengkung (hilal dan matahari) tidak kurang daripada tiga darjah," katanya.
Wan Mohamad berkata satu lagi kaedah ialah ketika hilal terbenam apabila umur hilal tidak kurang daripada lapan jam (kaedah ini diambil kira selepas ijtimak berlaku).Di Malaysia, katanya, data kajian bagi tiga bulan utama iaitu Ramadan, Syawal dan Zulhijjah berpandukan koordinat dua titik rujukan iaitu melihat kepada koordinat Tanjung Atiam, Sabah (stesen paling timur) dan koordinat Tanjung Chincin, Pulau Langkawi (stesen paling barat).
Bagi menentukan awal Syawal 1431, proses cerapan akan dilakukan pada petang hari merukyah hilal (cerapan anak bulan) Syawal pada 29 Ramadan bersamaan 8 Sept 2010.Cerapan itu akan dilakukan di 30 tempat cerapan rasmi yang dimaklumkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dan proses cerapan di peringkat negeri lazimnya diketuai oleh mufti negeri."Hasil cerapan akan dipanjangkan segera ke pengetahuan Penyimpan Besar Mohor Raja-raja serta diumumkan segera setelah mendapat perkenan raja-raja," katanya.

Thursday, September 2, 2010
10 malam yang akhir - (2)
Berikut saya copykan satu artikel yang saya ambil dari satu laman web berkaitan 10 malam yang akhir untuk kita kongsikan bersama.
Amalan terbalik orang kita, 10 malam pertama bulan Ramadhan masjid dan surau penuh manakala pasaraya kosong tetapi di 10 malam terakhir Ramadhan, masjid dan surau lengang di pasaraya penuh. Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri dan memang diakui oleh semua orang.
Sedangkan di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan tersembunyinya satu malam yang sungguh berkah yang dikatakan malam itu lebih baik dari seribu bulan. Umat Islam wajib percaya dan seharusnya di cari malam Lailatul Qadar pada malam-malam terakhri bulan Ramadhan bukannya malam-malam itu kita shopping maut untuk persediaan Hari Raya.
Ini berdasarkan firman Allah Ta’ala:
Ertinya: “Bulan Ramadhan adalah bulan yang diturunkan di dalamnya al-Quran”. QS. al-Baqarah: 185
dan al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan, dan Allah Ta’ala berfirman:
Ertinya: “Sesungguhnya kami telah menurunkan al-Quran pada lailatul qadar”. QS. al-Qadar:1.
Jika dikumpulkan dua ayat ini maka akan menjadi sangat jelas bahwa lailatul qadar di bulan Ramadhan manakala hadis Nabi Muhammad SAW mengatakan malam Lailatul Qadar itu di 10 malam terakhir di bulan Ramadhan .
Ini berdasarkan hadis berikut:
“Aisyah RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Bersungguh-sungguhlah mencari lailatul qadar di sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan”, di dalam riwayat Bukhari: “Sentiasa Rasulullah SAW beriktikaf di sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan, beliau bersabda: “Bersungguh-sungguh untuk mencari lailatul qadar di sepuluh terakhir bulan Ramadhan”. Di dalam riwayat Bukhari: “Carilah…”. HR. Bukhari, no. 2020 dan Muslim, no. 1196.
Lailatul Qadar lebih ditekankan adanya di malam-malam ganjil daripada malam genap:
Ini berdasarkan hadis berikut:
“Aisyah RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Bersungguh-sungguhlah mencari lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan”. HR. Bukhari dan Muslim
Tanda-tanda malam Lailatul Qadar
Malangnya ada di kalangan masyarakat kita pula mengisahkan cerita Lailatul Qadar yang tersilap yang boleh membawa kepada kurafat berkenaan tanda-tanda malam Lailatul Qadar diantaranya: pohon sujud, bangunan-bangunan tidur, air tawar berubah masin, anjing-anjing tidak menggonggong, dan beberapa tanda yang jelas batil dan rosak.
Ini kerana tidak adanya dalil baik dari al-Quran ataupun hadis yang mendukungnya.
Bagaimanakah tanda-tanda yang benar berkenaan dengan malam yang mulia ini ? Nabi Muhammad SAW pernah mengabarkan kita di beberapa sabda beliau tentang tanda-tandanya, iaitu:
1. Udara dan suasana pagi yang tenangIbnu Abbas R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya matahari terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)
2. Cahaya mentari lemah, cerah tidak terik pada keesokan harinyaDari Ubay bin Ka’ab RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar ” (HR Muslim)
1. Di pagi harinya, matahari terbit tidak memancarkan cahaya yang terik, Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: “Matahari terbit pada harinya tidak mempunyai sinar”. Hadits riwayat Muslim, no. 1762.
2. Malam yang cerah, tidak panas tidak juga dingin, Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: “Sesungguhnya aku diperlihatkan lalilatul Qadar kemudian dilupakan dariku dan ia ada di sepuluh terakhir (dari bulan Ramadhan) dan ia adalah malam yang baik dan cerah, tidak panas dan tidak pula dingin, seakan-akan di dalamnya ada bulan purnama yang menerangi bintang-bintang, syaitan-syaitan tidak keluar sampai terbit fajar”. HR. Ibnu Khuzaimah, 3/330 dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam shahih Ibnu Khuzaimah, 3/330.
Ertinya: “Lailatul Qadar tidak panas tidak juga dingin matahari pagi harinya bersinar lemah kemerah-merahan”. HR. Ibnu Khuzaimah, 3/332 dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih al-Jami’, no. 5351.
3. Malam yang terang, tidak panas, tidak sejuk, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor kepada syaitan), Rasulullah SAW bersabda:
Artinya: “Sesungguhnya tanda lailatul qadar bahwasanya adalah malam yang bersih cerah, seakan-akan di dalamnya bulan terang tenang, tidak panas tidak juga dingin, dan tidak boleh bintang dijatuhkan di dalamnya sampai pagi, dan sesungguhnya tandanya adalah matahari pagi harinya terbit sejajar tidak mempunyai sinar seperti bulan pada malam purnama dan tidak halal bagi syaitan untuk keluar bersamaan dengannya pada malam itu”. HR. Ahmad, no. 22765.
Hendaknya memperbanyak membaca doa اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى pada Lailatul Qadar:
Hal ini berdasarkan sebuah riwayat dari Aisyah RA beliau bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Wahai Rasulullah, jika aku mahu berjumpa akan lailatul qadar, apakah yang aku baca?”, beliau bersabda: “Hendaknya kamu mengucapkan:
Ertinya: “Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf (dari kesalahan), mencintai maaf, maka maafkanlah aku (dari kesalahan-kesalahanku)”. HR Ibnu Majah, no. 3982.
4.Orang yang beribadat pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Allah tidak seperti malam-malam lainnya.
Wallahulam,

10 malam yang akhir - (1)
Dalam blog ini setahun yang lepas saya ada kongsikan 'tips' mencari malam lailatul qadar. Namun semuanya itu Allah yang Maha Mengetahui. Allah yang menentukan siapa yang dapat ganjaran 'beribadat 1000 bulan' tersebut.
Walaupun begitu, peluang yang datang setahun sekali ini jangan kita lepaskan. Marilah kita berusaha bersungguh-sungguh mendapatkannya. Masih ada masa lagi.... Insya-Allah.

http://zuhairimanong.blogspot.com/2009/09/petuanya.html
.
Wednesday, September 1, 2010
Darihal 'band berbuka' dan 'sambung tarawih'...
Catatan I:
Malam ini saya berbuka di hotel. Bukan nak megah berbuka di hotel. Bukan juga tak pernah berbuka di hotel. Cuma kali ini agak lain sikit. Semasa berbuka itu ada pula kumpulan 'band' menghibur secara 'live'. Lagu-lagu yang dinyanyikan termasukan lagu-lagu 'kontemperori' dan 'slow rock'. Masya-Allah...
Catatan II:
Tarawih malam ini di masjid yang cantik, masih baru dan sangat selesa untuk beribadat. Semasa awal tarawih, saya pandang belakang ada dekat 10 saf. Dalam hati bersyukur Alhamdulillah, rupanya di bandar-bandar lebih ramai orang solat daripada di kampung-kampung. Tapi dekat akhir tarawih, bila pandang belakang tinggal 2 saf setengah sahaja.
Selesai solat saya bertanya kawan, rupanya yang ramai-ramai tadi solat 8 rokaat sahaja,
lepas itu balik. Katanya mereka sambung tarawih di rumah.
Dalam perjalanan balik, nampak ramai yang berkopiah dan bersongkok singgah di kedai-kedai makan dan warung-warung bersembang sambil minum secawan kopi. Belum sampai rumah lagi. Belum lagilah sambung tarawih di rumah! Masya-Allah

Selamat Bertugas Di Tempat Baru
Mulai 1 September 2010, seorang guru sekolah ini, En Hairolzaman b. Mat Nor akan bertukar dari sekolah ini dan akan bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar sebagai Fasilinus (Fasilitator Literasi dan Numerisasi Sekolah).
En. Hairolzaman yang merupakan guru Bestari sekolah ini mula bertugas di sini pada 1 Jun 2006 yang lalu. Beliau banyak memberi sumbangan terutamanya menguruskan Pusat Akses dan menyediakan persembahan multimedia semasa majlis-majlis utama sekolah. Beliau mengakhiri tugasnya di sini pada hari Isnin 30 Ogos 2010.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan dan dedikasi beliau selama beliau bertugas di sini. Selamat bertugas di tempat baru yang lebih mencabar!
"Clock-out" terakhir dari En. Hairolzaman (gambar ihsan cikgu Rajak)
.
Subscribe to:
Posts (Atom)