Wednesday, September 1, 2010

Darihal 'band berbuka' dan 'sambung tarawih'...

Catatan I:

Malam ini saya berbuka di hotel. Bukan nak megah berbuka di hotel. Bukan juga tak pernah berbuka di hotel. Cuma kali ini agak lain sikit. Semasa berbuka itu ada pula kumpulan 'band' menghibur secara 'live'. Lagu-lagu yang dinyanyikan termasukan lagu-lagu 'kontemperori' dan 'slow rock'. Masya-Allah...

Catatan II:

Tarawih malam ini di masjid yang cantik, masih baru dan sangat selesa untuk beribadat. Semasa awal tarawih, saya pandang belakang ada dekat 10 saf. Dalam hati bersyukur Alhamdulillah, rupanya di bandar-bandar lebih ramai orang solat daripada di kampung-kampung. Tapi dekat akhir tarawih, bila pandang belakang tinggal 2 saf setengah sahaja.

Selesai solat saya bertanya kawan, rupanya yang ramai-ramai tadi solat 8 rokaat sahaja,
lepas itu balik. Katanya mereka sambung tarawih di rumah.

Dalam perjalanan balik, nampak ramai yang berkopiah dan bersongkok singgah di kedai-kedai makan dan warung-warung bersembang sambil minum secawan kopi. Belum sampai rumah lagi. Belum lagilah sambung tarawih di rumah! Masya-Allah

.

No comments:

Post a Comment