Monday, September 27, 2010

Catatan Minit Curai

PERHIMPUNAN BULANAN PENGURUSAN PENDIDIKAN
DAERAH KUALA KANGSAR
27 SEPTEMBER 2010
Tempat : Dewan PPD Kuala Kangsar Masa : 9.00 pagi

TN. HJ. MARAZLAN B. AMRAN (PPD)

1) Terima kasih kpd P/GB atas pengurusan yang mantap
2) Terima kasih kpd P/GB yang telah mengadakan program peningkatan peperiksaan awam dan ’program darurat’ peperiksaan awam.
3) UPSR telah dilaksanakan dengan baik.
4) JPN/PPD/sekolah adalah organisasi terancang memandu sistem pendidikan. Pengarah/PPD/pengetua adalah watak utama yang perlukan kerjasama yang mantap dari staf untuk menghasilkan matlamat organisasi. Mari kita mantapkan organisasi masing-masing.
5) Pengurusan aduan dan isu. Sekolah mesti ada strategi untuk kurangkan.
6) Buku Rekod P/GB – PPD nak tandatangan buku rekod P/GB (bahagian perancangan tahunan). Minta semua P/GB bawa BRP ke PPD pada minggu hadapan.
7) Guru bertugas di luar sekolah. Minta mereka sediakan tugasan bertulis untuk diberikan kepada guru relief.
8) Wujudkan persekitaran sekolah kelas pertama. Seluruh sekolah adalah Pusat Sumber- boleh beri maklumat kepada semua orang. Pertama- Pejabat, ke-2 kantin dan ke-3 tandas jadikan seperti tandas hotel)
9) Pelancaran Bulan Bahasa di Indera Mulia pada 5.10.2010. Pengetua bawa Guru Bahasa bersama-sama.
10) Hari Guru Peringkat Daerah 2010 di SMK Sultan Tajul Ariffin Manong pada 16.10.2010. Dirasmikan oleh YAB Menteri Besar. – Mesyuarat perlaksanaannya pada petang ini, 27.10.2010.
11) Program selepas peperiksaan awam mesti disedia dan dilaksanakan
12) Maksud Perubahan – indikator kpd keberkesanan pendidikan. Mesti lebih baik dari yang sebelumnya. Menurut pengarah, perlu ada anjakan yang jelas – pep. Awam mesti lebih baik (Top 7)
13) Lawatan Kerja Pengarah ke PPD Kuala Kangsar pada 25.10.2010 (Isnin) 9.00 pagi
Kehadiran semua pegawai PPD, Semua Pengetua dan semua GB (Tidak boleh wakil). Datang lebih Awal.
14) Setiap sekolah sediakan brosur sekolah masing-masing. Hantar ke PPD 2 hari sebelum lawatan pengarah.
15) Kandungan brosur (i) Latar belakang sekolah (ii) Nama Pentadbir Sekolah (iii) Keistimewaan sekolah (iv) 4 program utama yang dirancang untuk peningkatan akademik. (v) 4 program utama yang dirancang untuk peningkatan kokurikulum. (vi) Program tertentu untuk tingkatkan imej sekolah.



TN HJ ZAHARUDDIN B AHMAD ZAYADI (Pen. PPD PSO)

1) Laksanakan Program Induksi Guru Permulaan jika terima guru baru
2) Taklimat STANDARD GURU MALAYSIA – Setiap Sekolah Dibekalkan satu CD
3) Mohon taklimatkan SGM kepada semua guru di sekolah.
4) Minta setiap guru buat penilaian kendiri tentang SGM daripada portal BS KPM

EN ABD. RASHID B. RAFEI (Pen. PDD PPB)

1) Taklimat untuk 45 buah sekolah sahaja yang diedarkan salinan grant tanah sekolah termasuk SMK Sultan Tajul Ariffin (3 grant tanah)
2) Lengkapkan maklumat dengan pensil dan hantar balik ke PPD sebelum hari Jumaat 1.10.2010
3) Ambil gambar bangunan di tanah itu ( 2 keping gambar bagi setiap satu grant tanah)
4) Tolong fotostat salinan grant tanah untuk simpanan fail sekolah.

TN. HJ. SAMSUDDIN B. MD ZAINAL ABIDIN (Pen. PPD Akademik)

1) Membentangkan analisis pencapaian Pep. Percubaan SPM
2) Mohon laksanakan plan tindakan Program Darurat SPM 2010
3) Isu – bilangancalon TH terlalu ramai.

EN. MEOR AHMAD ZUBAIRI (Penyelia TMK)

1) Tarikh tutup kemasukan ke SBP 15.10.2010
2) Data SMM – didapati tidak tepat. Menyukarkan pemilihan Bantuan Netbook.
3) NetBook bukan percuma.- (Netbook + broadband) pelajar kena bayar RM20.00 sebulan
4) Majlis Penyampaian pada 11.10.2010

PN. KAMILATON NAHAR (Penyelia Kanan HEM)

1) Maklumat tentang e-kasih pendtaran dibuat oleh ketua keluarga sendiri bukan oleh pihak sekolah
2) Pada tahun 2011, ibubapa yang berdaftar dengan e-kasih sahaja akan diberi bantuan.


PERHIMPUNAN BULANAN TAMAT JAM 1.00 PETANG

Dicatat oleh:

1 comment: