Friday, September 10, 2010

Taklimat Solat Hari Raya

Salam. Tuan-puan sidang jamaah sekelian. Pertama sekali kita memanjatkan kesyukuran yang amat sangat ke hadrat Allah SWT kerana kita telah selesai menunaikan ibadat Puasa iaitu rukun Islam yang ke-3 untuk tahun ini. Marilah kita berdoa semoga Allah SWT menerima amalan puasa yang telah kita lakukan. Pada pagi ini kita berkumpul beramai-ramai di masjid kerana menunaikan solat sunat aidilfitri.

Dalam surah alBaqarah ayat 183 yang memerintahkan kita berpuasa, bermaksud ”wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana juga dijawibkan ke atas orang-orang yang terdahulu dari kamu. Semoga kamu sekelian menjadi orang yang bertaqwa”. Persoalan yang boleh kita renungkan, adakah amalan puasa kita selama sebulan itu telah dapat mengubah sempadan iman kita, kepada manusia baru yang lebih bertaqwa kepada Allah SWT. Jika kita berjaya mencapai tahap tersebut, maka beruntunglah kita, dan bersyukurlah, dan layaklah kita merayakan kemenangan di aidilfitri ini.

Sempena hari baik, bulan baik ini, saya mewakili pengerusi dan ahli jawatakuasa masjid Sultan Yusuf serta imam pegawainya mengucap Selamat Hari Raya Aidil fitri, Minal a’idin wal fa’izin. Marilah kita rayakan hari ini dalam suasana mengikut syariat Allah SWT dan janganlah pula melakukan kerja-kerja dimurkaiNya.

Seperti biasa, disampaikan kafiat menunaikan solat sunat aidilfitri. Solat ini hukumnya sunat muakkad iaitu sunat yang sangat-sangat dituntut, kerana Nabi SAW tidak pernah meninggalkan solat ini semenjak ia diperintahkan sehinggalah baginda wafat.
Lafaz niat.....
Maksudnya, Sahaja aku solat sunat aidilfitri dua rokaat mengikut imam kerana Allah
Taala.
Kemudian kita membaca doa iftitah. Sesudah itu kita bertakbir sebanyak 7 kali. Diselangi
takbir-takbir itu dengan bacaan tasbih.....
Takbirnya 7 kali dan tasbihnya 6 kali......
....

No comments:

Post a Comment