Majlis Hari Anugerah 2010 telah selamat dijalankan pada petang hari Isnin. Majlis yang diadakan untuk menghargai kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum itu dirasmikan oleh En Isyanuddin b. Hj. Hussin, Pengarah Kolej Komuniti Teluk Intan. Walaupun Majlis Hari Anugerah tahun ini agak lewat diadakan, namun ia tetap meriah dengan kehadiran ramai para pelajar, bekas pelajar dan ibubapa. Lebih-lebih lagi ianya diadakan di dewan besar yang baru dan telah dihias cantik.
En Isyanuddin ialah bekas pelajar sekolah ini tahun 1974-76. Antara yang menarik perhatian saya dalam ucapannya ialah beliau mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang mengajar anak-anak buahnya yang ada di Manong ini. Katanya ajarlah anak-anak didik kita dengan sungguh-sungguh. Jangan sering merungut awal-awal lagi mengatakan mereka budak yang lemah dan bodoh. Kalau nak mengajar budak yang pandai pergilah ke sekolah yang lain. Kita telah diamanahkan mengajar di sini, rezeki kita di sini, maka ajarlah murid-murid kita itu, katanya.
Nasihat En Insyanuddin itu mengingatkan saya, ”pada zaman dulu kala”, ada guru yang mahu murid yang pandai sahaja dalam kelas MPV yang di ajarnya, dia tak mahu murid yang lemah-lemah. Sedangkan dia memang telah dilatih untuk mengajar murid yang begitu. Tak ingatkah dia masa kursus nak jadi guru dulu... lagi pun KPM memang tubuhkan kelas MPV ni untuk budak-budak yang begitu-begitu... Kalau budak pandai tak payah suruh dia masuk kelas MPV, biarlah dia masuk kelas Sains tulin yang mencabar tu....

Berikut gambar kenangan di majlis tersebut....
Persembahan pelajar tingkatan 2A
Tetamu kehormat 4 orang (eh bolehke?)
Eh ni apa pulak...terlindung tak nampak...
Oh majlis penyampaian hadiah, 'cameraman' atas pentas rupanya....
salam, cikgu...kalau tak silap sy, en.isyanudin tu sebelum jd pengarah kolej komuniti dia pernh jadi ketua jabatan hal ehwal pelajar kat politeknik ungku omar..sy dlu pernh jd student poli ungku omar..jadi kenal la dia...=)
ReplyDeletepernah bersembang kosong dgn dia..he's a very nice person....=)
Pertama kali buat majlis anugerah di dewan beso, banyak perkara kena perbetul. Tahniah buat semua!
ReplyDelete