Wednesday, September 1, 2010

Selamat Bertugas Di Tempat Baru


Mulai 1 September 2010, seorang guru sekolah ini, En Hairolzaman b. Mat Nor akan bertukar dari sekolah ini dan akan bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar sebagai Fasilinus (Fasilitator Literasi dan Numerisasi Sekolah).

En. Hairolzaman yang merupakan guru Bestari sekolah ini mula bertugas di sini pada 1 Jun 2006 yang lalu. Beliau banyak memberi sumbangan terutamanya menguruskan Pusat Akses dan menyediakan persembahan multimedia semasa majlis-majlis utama sekolah. Beliau mengakhiri tugasnya di sini pada hari Isnin 30 Ogos 2010.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan dan dedikasi beliau selama beliau bertugas di sini. Selamat bertugas di tempat baru yang lebih mencabar!


"Clock-out" terakhir dari En. Hairolzaman (gambar ihsan cikgu Rajak)

.

2 comments:

  1. Jawatan En. Hairolzaman bin Mat Noor di PPD KK ialah FASILINUS (Fasilitator Literasi dan Numerisasi Sekolah)

    ReplyDelete
  2. jangan tak join keme ni dah le

    ReplyDelete