Wednesday, September 29, 2010

Amanat PPD


Hari Selasa 28 September 2010, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Kangsar, Tn Hj Marazlan b. Amran telah membuat pemantauan mengejut ke sekolah kami. Dalam pemantauan itu beliau meminta saya mengumpulkan semua pelajar ting. 3 beserta guru-guru mata pelajaran ting. 3 kerana beliau nak menyampaikan amanatnya sebelum peperiksaan PMR berlangsung.

Setelah semua pelajar dan guru tersebut berkumpul di dewan besar, beliau tampil menyampaikan ucapan yang pada saya merupakan nasihat dari “seorang ayah kepada anak-anaknya”. Bermula dengan menceritakan pengalamannya sebagai seorang pelajar di sekolah ini beliau kemudian menasihati pelajar-pelajar agar menggunakan masa dengan sepatutnya dalam seminggu ini untuk membuat persediaan akhir bagi menghadapi peperiksaan PMR. Beliau kemudian menyatakan harapannya dan harapan Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Perak agar calon-calon PMR sekolah ini akan mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.

Beliau juga berdiskusi dengan sebahagian guru mengenai harapan guru-guru berdasarkan headcount yang dibina. Di akhir ucapan selama 1 ½ jam itu, beliau bersalaman dengan semua pelajar-pelajar lelaki ting.3.


No comments:

Post a Comment