Tuesday, January 12, 2010

"Vest' hikmat..

Seorang guru dari sekolah ini yang telah bertukar ke negeri lain menghantar sms kepada saya agar selalu-selalulah menulis berita tentang sekolah ini. Katanya dia seorang "followers" blog saya. Itulah rupanya bila dah berjauhan, "rindu'lah kat sekolah ini, maklumlah tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat mencari rezeki...

Untuk itu, kali ini saya ceritakan sedikit perubahan yang berlaku dalam seminggu dua ini. Kalau sesiapa datang ke sekolah ini, mereka akan dapati keadaannya agak "tenang" kerana pelajar-pelajarnya tidak bergerak bebas keluar bilik darjah lagi semasa P&P sedang berjalan. Eh, eh macam mana tu?

Setiap pelajar yang keluar kelas mesti memakai 'vest' yang disediakan. Tiada 'vest' tiada ronda-ronda, hatta nak ke bilik air pun tak boleh jika tiada memakai 'vest' ini. Jadi, kena tahanlah sampai waktu rehat untuk qada hajat... Kalau didapati merayau-rayau tanpa 'vest', siaplah kena dengan ustaz Azhar, cikgu Damahuri atau cikgu Hairul Fadli.

AlhamduliLlah, setakat hari ini, banyak kesan positif dapat dilihat. Rupa-rupanya 'vest' ini benar-benar 'hikmat'. Keadaan sekolah lebih terkawal. Suasana lebih kondusif. Diharap dapat bertahan sampai bila-bila....

Lihatlah gambar-gambar budak sekolah ini memperagakan 'vest' kebenaran keluar kelas itu bila mereka tahu saya nak ambil gambar mereka....




.

4 comments:

  1. Baru tahu Tajul punya penangan, hahahaha

    ReplyDelete
  2. gambar2 yang ditangkap tu mmg kaki rayap pun cikgu....huhu kalu sari tak kuar kelas mser p&p mmg tak sah...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih sbb sudi penuhi permintaan saya. Tahniah kepada Lembaga Disiplin dan PK HEM baru. Pesan kat ustaz kalau tak cukup vest, boleh bagi budak2 tu pakai jeket keselamatan. Jimat sikit. SMKSTA tetap di hati! Mantan HEM.

    ReplyDelete