Kepada guru-guru yang baru bertukar ke sini, diucapkan selamat menjalankan tugas di tempat yang baru yang penuh permai ini. Semoga cikgu-cikgu ini dapat memberi sumbangbakti yang besar untuk menjayakan visi dan misi sekolah. Visi sekolah "SMKSTA gemilang 2010" menghendakkan semua guru yang berkomitmen tinggi dalam mendidik anak bangsa di sekolah ini.
Kepada anak-anak tingkatan satu pula, penghijrahan mereka ke sekolah ini adalah sebahagian sejarah hidup mereka sendiri. Menjejakkan kaki buat pertama kali ke sekolah menengah bererti mereka memasuki alam remaja dan bukan lagi alam kanak-kanak sebagaimana mereka di sekolah rendah dulu. Walaupun kebingungan pada awalnya, namun setelah diberi orientasi dan suaikenal selama 3 hari, mereka nampaknya telah dapat menyesuaikan diri dan bersedia untuk bersekolah di sini.
Sebahagian pelajar tingkatan satu mengikuti majlis suaikenal
Kepada semua pelajar-pelajar samada yang baru, mahupun yang lama, marilah bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan jangan bunyak membuat 'hal' dan salahlaku disiplin, kerana itu akan mengganggu proses P&P yang dirancang oleh guru dan pihak sekolah. Alangkah bertuahnya, jika semua pelajar menumpukan perhatian kepada apa yang dicakapkan oleh guru-guru, tentu semua perkara dapat dijayakan tanpa sebarang masalah. Banyak perancangan akan dapat dilaksanakan dengan berkesan jika semua pelajar memberi sokongan bersama-sama.
Istimewanya sekolah ini mempunyai dataran kejat tempat pelajar membaca surah Yassin pada pagi hari Jumaat
Mungkin pada minggu depan ini, sekolah kita akan didatangi oleh 5 orang guru lagi, kerana bilangan berjawatan yang diperuntukkan adalah seramai 62 orang guru, manakala bilangan yang ada, cuma baru 57 orang sahaja. Kepada guru-guru V, W, X, Y dan Z tersebut, saya juga mengucapkan selamat datang dan menjadi pasukan yang kuat yang bekerja sederap menjayakan pendidikan anak-anak didik di sekolah ini.
masing2 muka excited....baru2 lagi yer masuk sekolah menengah...
ReplyDeleteassalammualaikum...cikgu ape khabar harap cikgu sihat dan masih kuat untuk mencurah kan ilmu untuk anak2 cikgu...saya pan bekas anak murid cikgu tahun 2003..anak murid yang paling byk masalah..hurm tak tahu lah ingat ke tak...terasa rindu pulak dengan cikgu lame..cikgu manisah ade lg x kt sekolah tu?kalau ade kirim kan salam saya pada dia..ni alamat emel saya qistinaqis65@yahoo.com.my
ReplyDelete