Friday, March 11, 2011

Keputusan SPM Belum Keluar, Dah bergaji RM1200

.
Seorang pelajar sekolah saya, Mohamad Ridzuan bin Ismail Rathzi, 17 tahun, yang sedang menunggu keputusan SPM telah pun mendapat pekerjaan dengan bergaji RM1200.00 sebulan.Pelajar berkenaan adalah pelajar MPV dari kelas 5 Katering dan Penyajian tahun 2010.

Hari Rabu 9 Mac 2011 yang lepas, pelajar ini hadir ke sekolah berjumpa guru-guru dan menceritakan yang beliau telah bekerja sejak 2 bulan yang lepas di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Beliau menyatakan yang dia balik kerana bercuti selama 3 hari.

Saya telah memanggil pelajar tersebut dan menemuduga bagi mendengar sendiri cerita daripadanya. Untuk makluman, pelajar ini merupakan satu-satunya pelajar lelaki yang mengambil kursus Katering dan Penyajian pada tahun lepas, pelajar-pelajar yang lain semuanya pelajar perempuan. Memang beliau merupakan pelajar yang kuat semangat dan sebab itu mampu ‘berseorangan’ di kelasnya selama 2 tahun di tingkatan 4 dan tingkatan 5. Beliau menyimpan cita-cita menjadi seorang ‘chef’ pada masa depan.

Saya menanyakan bagaimana beliau mendapat pekerjaan di hotel The Royale Bintang Damansara itu. Beliau menceritakan semasa menghadiri temuduga beliau tidak membawa sebarang sijil kerana sijil SPM memang belum keluar dan sijil MPV pun masih belum dapat. Namun beliau menceritakan kepada pegawai penemuduga yang beliau telah belajar Katering dan Penyajian di tingkatan 4 dan 5 serta telah menghabiskan 11 module yang disyaratkan.

Mohamad Ridzuan kemudian diminta membuat beberapa jenis masakan dan ‘dessert’. Menggunakan pengalamannya semasa belajar dan minatnya yang mendalam dalam bidang katering dan penyajian, beliau telah berjaya mempersembahkan masakannya serta ‘dessert’ yang menarik hati penemuduga. Dari situlah Mohamad Ridzuan telah diterima bekerja di hotel berkenaan dengan gaji bulanan yang dinyatakan di atas. Jawatan yang disandangnya itu dipanggil ‘steward’

Hotel yang terletak di Mutiara Damansara itu adalah hotel 4 bintang. Hotel itu menyediakan hostel untuk pekerja-pekerjanya. Mohamad Ridzuan menginap dihostel ini dengan bayaran sewa RM80.00 sebulan.


Mohamad Ridzuan ketika saya temubual. Dah bergaya dia sekarang ni.


Nota:

(i) Tahniah diucapkan kepada Mohamad Ridzuan.
(ii) Walaupun tidak cemerlang dalam akademik, namun kemahiran yang dipelajari dalam kelas MPV telah membantu beliau mendapatkan pekerjaan.
(iii) Semoga Mohamad Ridzuan berjaya di dalam kerjayanya.
(iv) Kisah kejayaan Mohamad Ridzuan harus dicontohi oleh pelajar Katering Penyajian yang lain.

3 comments:

  1. PEMBETULAN...steward bhagian lain....bkn dessert..cool kicthen bru btul bhagian dessert..

    ReplyDelete
  2. razali bin basiranApril 4, 2011 at 2:53 PM

    syabas mohamad Ridzuan atas ketabahan dan kesunnguhan kamu yang memiliki minat yang begitu tinggi dalam bidang katering dan berpeluang pula membina kerjaya dan cita-cita untuk menjadi chef di masa depan dengan memulakan tapak d sebuah hotel.Dalam usia yang masih muda begitu banyak peluang untuk belajar dan menimba seberapa banyak ilmu dan pengalaman.

    ReplyDelete