Wednesday, March 23, 2011

Keputusan SPM 2010 membanggakan…

.
Keputusan SPM 2010 sekolah saya yang diumumkan pada hari ini agak membanggakan warga sekolah. Walaupun keputusan itu taklah seberapa cemerlang dibandingkan dengan sekolah-sekolah yang terkenal, namun bagi kami di luar bandar ini yang telah melaksanakan pelbagai program akademik untuk membantu calon-calon, keputusan itu amat memuaskan hati.

Peratus keseluruhan (berdasarkan kelulusan BM) adalah 97.3 peratus berbanding 94.2 peratus pada tahun 2009. Lebih mengembirakan lagi 58 orang calon mendapat A dalam BM. Cuma 4 orang pelajar sahaja yang gagal BM dari sejumlah 150 calon yang mengambil peperiksaan tersebut. Sebenanya daripada 4 orang pelajar itu, 3 orang daripadanya telah berhenti sekolah dan hanya datang mengambil peperiksaan sahaja. Jika mereka tidak hadir menduduki peperiksaan, tentulah peratus lulus sekolah ini lebih tinggi.

Dari segi GPS pula, sekolah mencapai 5.77 berbanding 6.15 pada tahun 2009. Ini juga satu pencapaian yang seingat saya, kami tak pernah mencapainya sebelum ini. Mengikut ranking sekolah pula, sekolah ini adalah di kedudukan 12 daripada 22 buah sekolah di daerah Kuala Kangsar.

2 orang pelajar kami nobatkan sebagai pelajar terbaik dan dianugerahkan sijil penghargaan pada majlis ringkas yang dibuat sebelum keputusan rasmi diedarkan kepada semua calon-calon. Pelajar tersebut ialah Hojita bt Itam yang mendapat 8A2B dan Muhamad Aizat b. Abdul Razak yang mendapat 7A1B2C. Untuk makluman, Hojita ialah pelajar orang asli iaitu anak kepada Tok Batin Kampung Hulu Bekor, Manong.

Pada tengah hari tadi, sekumpulan 4 orang pelajar 5 Sains 2 tahun 2010 menjemput saya ke kantin. Mereka mengatakan cikgu mesti datang kerana kami nak belanja cikgu makan. Saya tanya kenapa. Mereka mengatakan mereka memperolehi A dalam Matematik yang saya mengajar mereka. Sebaik sampai di kantin, mereka minta saya order apa saja. Lantas saya kata, saya mahu ’chicken chop’ … tapi bila order, malang sekali , mak cik kantin tak buat ‘chicken chop’ pulak hari ini…..

Saya mengucapkan sebeliun terima kasih dan tahniah kepada semua warga sekolah yang menyumbang di atas kejayaan ini. Betullah apa yang saya selalu katakan kepada pelajar-pelajar, kejayaan anda adalah kejayaan warga sekolah. Semua warga sekolah gembira dan puas hati pada hari ini. Semasa contact time sebelah petang, tuan pengetua pula belanja makan mee goreng kepada semua guru. ish, ish, ishhh!

Hojita menerima sijil penghargaan dari pengetua

Muhamad Aizat juga menerima sijil penghargaan

Mengambil keputusan dari guru tingkatan

Suspen menerima slip keputusan...

Terima kasih cikgu, terima kasih cikgu.... syukur!

Menerima ucapan tahniah dari cikgu Tn Hj Rahimi

.

5 comments:

  1. Tahniah utk adik adik junior saya ni...tahniah juga utk guru-gurunya yang berusaha gigih utk mencapai kejayaan

    ReplyDelete
  2. Wa syabas SMKSTAr atas peningkatan tu. Juga buat Hojita Ramli dasat dia ni.

    ReplyDelete
  3. hojita mmg cemerlang...semasa sya mengajarnya di 4SN1..tahniah padanya...mmg wajar kerana adik beradiknya mmg cemerlang...bangga walopun mengajar mereka sekejap

    ReplyDelete
  4. wah.. hebat student2 sekolah manong skrg.. tahniah wat warga2 pendidik semesta dgn usaha cikgu2x sekalian..

    ReplyDelete
  5. Wah! Bangga dgn result SPM SMKSTA, walaupun dah tak jadi warganya. Result SMKSTA mengatasi RMM... Tahniah buat guru2 yg bersusah payah utk pelajar2nya. (dlm hati, saya masih lagi warga SMKSTA...)

    ReplyDelete