Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dengan pembentangan program peningkatan akademik PMR dan SPM yang disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran sekolah. Selepas itu diadakan majlis taklimat dan ceramah keibubapaan yang disampaikan sendiri oleh pengetua baru sekolah tersebut, Ustaz Md. Radzi b Ismail.
Apa yang menariknya progam setengah hari ini mendapat sambutan begitu ramai ibubapa dan penjaga sehinggakan dewan besar sekolah tersebut tidak dapat menampung kehadiran mereka. Selepas taklimat dan ceramah oleh pengetua tersebut, para pelajar ting. 3, 5 dan 6 memasuki dewan dan diadakan majlis pembacaan ikrar dan majlis mengalungkan lencana cemerlang PMR, SPM dan STPM oleh ibu bapa kepada anak masing-masing.
Bila melihatkan begitu ramai ibubapa yang hadir itu, saya terfikir bagaimana kehadiran ibu bapa murid sekolah saya jika program seumpama itu diadakan. Bolehkah kehadiran seumpama itu berlaku di sekolah saya. Kita pernah mengadakan majlis keibubapaan seperti tersebut dengan menjemput penceramah handalan ustaz Abdullah Hairi pada tahun lepas, tetapi kehadiran ibubapa sangat sedikit. Kita selalu mengadakan Program Hari Bertemu Waris bagi memberi peluang ibu bapa berjumpa guru dan menanda tangani report kad peperiksaan pertengahan tahun, tetapi kehadiran tidak pernah mencapai 50%. Bilakah masa yang sesuai yang membolehkan ibubapa hadir begitu ramai ke dewan besar sekolah...
Para pelajar membaca ikrar untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan awam disaksikan oleh ibubapa masing-masing.
Berbual dengan tn. pengetua selepas program selesai.
Jumpa kawan lama...bergambar dengan Ustaz Md Radzi ... Dari kiri Pn. Kasma, Pn. Zaiton Laliah, Pn Zaharah, saya, Ustaz Md Radzi, Cikgu Kamaruddin dan Cikgu Meor Abd. Rahman.
.
No comments:
Post a Comment