Wednesday, January 19, 2011

Sukan pada bulan Jun...

.
Seminggu dua ini heboh guru-guru memperkatakan tentang sukan tahunan yang tak boleh dilaksanakan pada awal tahun seperti tahun-tahun lepas. Saya ditanya oleh rakan-rakan mengenai hal tersebut. Tetapi jawapan saya cuma, “ ada arahan dari JPN” , Itu sahaja… kerana itu yang saya dimaklumkan oleh PK Koku.

Dalam perbincangan dengan pengurusan sekolah pada masa cuti akhir tahun dulu, kami pun tak perasan tentang hal ini. Sebab itu, perancangan latihan sukan dan tarikh temasya olahraga sama seperti tahun-tahun lepas, iaitu pada awal tahun sebelum tarikh MSSD.

Ada juga maklumat yang didengar, tarikh sukan kena dilewatkan, kerana negeri Perak menjadi tuan rumah MSSM pada tahun ini. Tapi tak ada kepastian, kerana tidak ada surat mengenainya.

Saya membuka portal KPM dan mencari maklumat tentang Program Sukan Sepanjang Tahun.

Nak tahu apa yang saya jumpa? Ada dua surat arahan dari KPPM mengenai hal ini. Malahan arahan ini telah dikeluarkan setahun yang lepas...

Pertama, surat KP. BSSK.302-02/03/002(17) bertarikh 14 Januari 2010 menegenai Jadual Pelaksanaan Program Sukan dan Permainan Sekolah Sepanjang Tahun.
Dalam surat ini ditegaskan bahawa Kejohanan Olahraga Sekolah tidak perlu lagi terikat dengan takwim MSSM

Kedua, surat KP (BPSH-SPDK)201/005/02(38) bertarikh 19 Februari 2010 mengenai Penganjuran Program Kehohanan Olahraga Sekolah-sekolah. Dalam surat ini menegaskan Mesyuarat Pengurusan KPM Bil.3/2010 telah memutuskan bahawa semua pengetua dan Guru Besar hendaklah akur dan patuh kepada surat siaran supaya menganjurkan program sukan tahunan mulai bulan Jun.

Di bawah ini saya 'scan'kan kedua-dua surat tersebut. Klik dua kali pada surat itu untuk membacanya....




1 comment:

  1. serba salah dibuatnya..akur atau ingkar perintah..Kami yg jadi mangsa....sukan daerah akhir bln Feb.alamak cepatnya.

    ReplyDelete