Tuesday, January 11, 2011

Akses Slip Gaji

.
Mulai bulan Oktober 2010, semua kakitangan kerajaan tidak lagi menerima slip gaji atau penyata gaji pada setiap bulan. Di sekolah saya, perkara ini telah dimaklumkan kepada semua guru pada suatu mesyuarat pada bulan Oktober itu. Slip gaji dan laporan pendapatan tahunan boleh diakses dan dicetak sendiri dari laman web ANM oleh semua penjawat awam.

Perkara ini juga telah diperjelaskan di dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 3 / 2010 ; Pelaksanaan Sistem e-Penyata Gaji dan eLaporan.

Mengikut amalan sekarang, Penyata Gaji Bulanan dan Penyata Pendapatan Tahunan Penjawat Awam dicetak dan diedarkan oleh Pejabat Perakaunan kepada penjawat awam melalui Pusat Pembayar Gaji manakala laporan bulanan dicetak dan diedarkan oleh Pejabat Perakaunan kepada Pusat Pembayar Gaji dan Pusat Tanggungjawab. Tetapi, selepas ini, semua urusan perlu dilakukan melalui Sistem e-Penyata yang telah dibangunkan selaras dengan peningkatan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.


Kalau ada sesiapa lagi yang tak pernah akses laman web slip gaji itu, maka bersama ini saya tuliskan cara Mendapatkan Penyata Gaji Bulanan itu secara Online:

1. Pergi ke laman web Akauntan Negara Malaysia dan klik akses sistem
>> http://www.anm.gov.my/public_html/bm/default/epenyata.php

2. Paparan berikut akan dikeluarkan. LOGIN dengan menggunakan No.KP dan Kata Laluan yang telah dipilih untuk terus masuk ke dalam Sistem e-Penyata Gaji.



3. Bagi yang pertama kali menggunakan sistem, klik Pertama Kali Mendaftar. Penuhkan ruangan yang diperlukan. Bila dah lengkap, Klik OK

4. Setelah berjaya, anda bolehlah mengakses sistem untuk memaparkan penyata gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan anda.

Jadi, penyata gaji ataupun slip gaji bulanan yang akan didapati selepas ini ialah berupa lebih terang dan akan dapat diakses sehari sebelum pembayaran gaji bagi setiap bulan. Kawan-kawan yang belum buat, cubalah buat sendiri……

Lihatlah Slip gaji baru lebih jelas, terang dan bersaiz A4...


.
Dah tak payah lagi buang keratan tepi slip gaji macam dulu-dulu...
.

2 comments:

  1. Kalo Bank nak bagi pinjam loan suruh dia orang online je dan printa kan sonang tu

    ReplyDelete
  2. cari2 bahan, oops dah sampai kemari.. he..he..nice blog!
    boleh bantu member dpt info ..

    ReplyDelete