Sunday, January 30, 2011

Kejohanan merentas desa peringkat sekolah

Kejohanan ini telah selamat diadakan pada hari Sabtu 29 Januari yang lalu. Hampir kesemua pelajar lelaki dan perempuan sekolah ini menyertai kejohanan kali ini. Trek yang dilalui adalah trek baru dan berbeza dari tahun lepas. Kali ini, treknya mengikut belakang pekan Manong, ke kampung Changkat, ke RPA 3, klinik dan balik ke sekolah....

Sebaik sahaja kesemua pelajar menamatkan larian, majlis penyampaian hadiah telah diadakan. Rumah Laksamana diumumkan menjadi johan keseluruhan, diikuti dengan rumah Temenggung, Panglima dan Bendahara. Tahniah diucapkan...


Memanaskan badan sebelum berlari....

Para peserta dilepaskan, "Sedia.....Ponnnn!!



Berlari sekuat hati... lebih-lebih lagi bila ada cikgu nak ambil gambar...

Berkumpul untuk majlis penutup dan penyampaian hadiah...

Ketua Rumah Laksamana menerima tropi johan keseluruhan....

Saturday, January 29, 2011

Modul Taaruf – Sesi Mentor Mentee

1. Peserta duduk membuat satu bulatan yang cantik sehingga semua ahli kelompok dapat berpandangan semasa berinteraksi.

2. Mulakan dengan bertanya khabar peserta dan perasaannya ketika memulakan aktiviti. Kemudian teruskan dengan bersuaikenal dengan peserta-peserta.

3. Mentor meminta peserta lain mengenalkan diri segala bergilir-gilir dan menyebut semua nama peserta lain dalam kumpulan.

4. Mentor menerangkan tujuan program mentor-mentee diadakan. Ingatkan etika kerahsiaan dalam kelompok.

5. Terangkan juga teknik duduk di dalam bulatan sebegini boleh diaplikasikan sebagai kaedah mengingati fakta.

Gambar berikut menunjukkan sesi mentor-mentee anjuran unit Bimbingan dan Kaunseling pada 28 Januari 2011.

Duduk dalam bulatan...

Bertanya khabar........

Semua mesti becakap, jangan malu-malu...

Mengenal diri secara bergilir-gilir.....

Sebutkan nama kawan-kawan agar tidak lupa....

Teknik bercakap dalam kumpulan ini boleh juga digunakan sebagai kaedah mengingat fakta...
.

Surat penghargaan dan tahniah...

Pencapaian sekolah saya di dalam peperiksaan PMR yang lepas telah mendapat penghargaan dari Pengarah Pelajaran Negeri Perak dan dari Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Kangsar. Walaupun pencapaian itu tak mencapai sasaran yang kami harapkan dari kalangan calon-calon PMR tahun lepas, namun pencapaian telah menunjukkan peningkatan telah berlaku di dalam kuantiti, kualiti dan juga GPS berbanding tahun sebelumnya.

Berikut saya copykan kedua-dua surat penghargaan dan ucapan tahniah tersebut untuk tatapan kawan-kawan. Klik 2 kali pada surat itu untuk membacanya….



Surat ucapan tahniah dari Tn Pengarah



Surat penghargaan dari Tn PPD.

Ranking sekolah

Amalan me’ranking’kan kedudukan sekolah mengikut pencapaian di dalam peperiksaan awam memang telah lama berlaku. Cuma pada enam atau tujuh tahun dulu ianya dihentikan kerana mendapat bantahan pengetua atau guru besar sekolah. Pada masa itu pendapat ramai mengatakan mana adil untuk me’ranking’kan sekolah-sekolah di bandar dengan sekolah luar bandar atau sekolah berasrama penuh dengan sekolah-sekolah bukan asrama penuh. Ini kerana murid-murid yang berbeza latar belakang antara sekolah-sekolah berkenaan.

Yalah macam sekolah saya yang kedudukannya di luar bandar, yang status ekonomi keluarganya berpendapatan rendah, yang muridnya masih ada yang buta 3M dan pencapaian UPSR mereka tidak menggalakkan, manalah boleh ditandingkan dengan murid sekolah berasrama penuh yang muridnya datang dengan 5A. Sudah barang tentu sekolah di luar bandar macam ini jika dirankingkan akan berada di senarai ke bawah..

Namun, di zaman ‘prestasi diutamakan’ ini, meranking sekolah-sekolah selepas pencapaian peperiksaan awam diumumkan telah dihidupkan semula. Walaupun tidak diumumkan secara meluas, namun senarainya dihebahkan juga setiap kali mesyuarat atau perjumpaan dengan guru-guru. Alasan yang diberi bagi menaikkan semangat berlumba-lumba di antara sebuah sekolah dengan sebuah sekolah yang lain. Malahan antara sebuah daerah dengan sebuah daerah yang lain dan antara sebuah negeri dengan negeri yang lain. Sebab itu kita tahu ranking negeri kita nombor berapa setiap kali peperiksaan awam diumumkan.

Selain itu, dengan adanya NKRA pula sekarang ini, prestasi sekolah secara keseluruhan (bukan akademik sahaja) juga di’ranking’ kan mengikut pencapaian ‘band prestasi’ dan ‘skor komposit’nya. Jadi, sesaorang warga pendidik di sesabuah sekolah kenalah mengetahui sekolahnya ‘band’ berapa dan skor kompositnya berapa.serta ‘ranking’ sekolahnya berbanding sekolah-sekolah lain di dalam negara ini. Kita pula kenalah berlumba-lumba meningkatkan ‘band’ tersebut dari setahun ke setahun, barulah kita di katakan bersaing secara sihat.

Tak usahlah difikirkan sangat sekolah kita sekolah luar bandar, muridnya tidak datang dengan 5A, jadi manakan boleh nak capai 8A atau 9A. Pertama kita kena ‘redho’ kita dihantar mengajar di sekolah luar bandar dengan murid yang sedemikian. Anggapkan rezeki kita ditakdirkan oleh Tuhan di sini. Kedua, bukankah lebih manis dan bermakna jika kita dapat mengubah pelajar yang ‘lemah’ di sini kepada seorang pelajar yang cemerlang. Barulah nampak hasil usaha kita. Ditakdirkan jika tak dapat pun, tidaklah sampai gaji kita dipotong kerananya. Berbanding di sekolah berasrama penuh, yang muridnya memang dah cemerlang, jadi kalau mereka cemerlang dalam peperiksaan awam, itu dah biasalah kerana mereka memang budak pandai... sebaliknya yang dirisaukan pula murid yang pandai itu pula tak cemerlang.

Kesimpulannya, sebagai seorang guru kita wajib berusaha sekuat mungkin untuk menjayakan anak-anak didik kita agar mencapai kejayaan yang gemilang. ‘Back to basic’ yang selalu diperkatakan bermakna kita menjalankan tugas P&P di bilik-bilik darjah secara optimum dan memastikan anak-anak didik kita belajar. Rancang segala strategi dan laksanakan seikhlas hati. Serahkan kejayaan dan kecemerlangan itu kepada Allah yang Maha Esa. Sesungguhnya Allah akan menilai ‘apa yang kita lakukan’, dan bukannya ‘hasil dari apa yang telah lakukan’.

Ingat tak cerita seekor burung kecil yang berulang alik mengangkut air dengan temboloknya lalu mencurahkan ke atas api yang sedang marak membakar Nabi Ibrahim a.s.oleh Namrut. Apabila dia ditertawakan oleh rakan-rakan burungnya yang usahanya itu tak akan berjaya, dia lantas berkata, “Kalau aku ditanya oleh Allah mengapa tidak menolong Nabi Ibrahim, aku akan kata yang aku telah berusaha menolongnya, tetapi kamu apa yang kamu telah lakukan?

Sekain, Wallahu aklam…

Tuesday, January 25, 2011

Menyaksikan Le Tour De Langkawi

Hari ini 25 Januari 2011, pertandingan lumba basikal Le Tour De Langkawi yang sedang berlangsung di negara kita memasuki stage ke-3 iaitu perlumbaan dari Taiping ke Sitiawan sejauh 144.9 km. Para peserta yang dari seluruh dunia tersebut melalui jalan dari Taiping ke Kuala Kangsar kemudian ke Manong, Beruas dan terus ke Sitiawan.

Wakil penaja telah datang ke sekolah menjemput para pelajar menyaksikan perlumbaan yang pertama kalinya melalui jalan Manong itu. Mereka juga mengagihkan bendera-bendera kecil kepada para pelajar. Gambar-gambar berikut menunjukkan keseronokan para pelajar SMKSTA menyaksikan pertandingan Le Tour De Langkawi tersebut ketika melintas di hadapan sekolah pada jam 12.20 tengah hari.



Deretan kereta petugas dan penaja pertandingan berhenti di hadapan sekolah.



Tak sabar menanti peserta lumba basikal




Kereta Pengiring dan marshal pertandingan




Motosikal berkuasa besar menarik minat para pelajar



Dua orang peserta yang mendahului di hadapan sekali. Peserta kedua tu dari Malaysia.



Kelompok besar para peserta berkayuh dengan penuh keringat



Ditepuk sorak oleh para pelajar yang memberi semangat...



Kereta pengiring di belakang para peserta....

Keputusan penuh pertandingan Le Tour De Langkawi itu boleh dilihat di laman web ltdl di alamat berikut:

http://www.ltdl.com.my/2011/results/stage_3/index.asp

.

Sunday, January 23, 2011

Program sekolah orang ...

Hari Sabtu 22 Januari lepas, saya menghadiri majlis Seminar Kebitaraan Pelajar 2011 SMKA Kerian. Di dalam majlis tersebut semua ibubapa pelajar ting. 3, 5 dan 6 dijemput hadir.

Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dengan pembentangan program peningkatan akademik PMR dan SPM yang disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran sekolah. Selepas itu diadakan majlis taklimat dan ceramah keibubapaan yang disampaikan sendiri oleh pengetua baru sekolah tersebut, Ustaz Md. Radzi b Ismail.

Apa yang menariknya progam setengah hari ini mendapat sambutan begitu ramai ibubapa dan penjaga sehinggakan dewan besar sekolah tersebut tidak dapat menampung kehadiran mereka. Selepas taklimat dan ceramah oleh pengetua tersebut, para pelajar ting. 3, 5 dan 6 memasuki dewan dan diadakan majlis pembacaan ikrar dan majlis mengalungkan lencana cemerlang PMR, SPM dan STPM oleh ibu bapa kepada anak masing-masing.

Bila melihatkan begitu ramai ibubapa yang hadir itu, saya terfikir bagaimana kehadiran ibu bapa murid sekolah saya jika program seumpama itu diadakan. Bolehkah kehadiran seumpama itu berlaku di sekolah saya. Kita pernah mengadakan majlis keibubapaan seperti tersebut dengan menjemput penceramah handalan ustaz Abdullah Hairi pada tahun lepas, tetapi kehadiran ibubapa sangat sedikit. Kita selalu mengadakan Program Hari Bertemu Waris bagi memberi peluang ibu bapa berjumpa guru dan menanda tangani report kad peperiksaan pertengahan tahun, tetapi kehadiran tidak pernah mencapai 50%. Bilakah masa yang sesuai yang membolehkan ibubapa hadir begitu ramai ke dewan besar sekolah...



Para pelajar membaca ikrar untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan awam disaksikan oleh ibubapa masing-masing.



Berbual dengan tn. pengetua selepas program selesai.



Jumpa kawan lama...bergambar dengan Ustaz Md Radzi ... Dari kiri Pn. Kasma, Pn. Zaiton Laliah, Pn Zaharah, saya, Ustaz Md Radzi, Cikgu Kamaruddin dan Cikgu Meor Abd. Rahman.

.

Wednesday, January 19, 2011

Sukan pada bulan Jun...

.
Seminggu dua ini heboh guru-guru memperkatakan tentang sukan tahunan yang tak boleh dilaksanakan pada awal tahun seperti tahun-tahun lepas. Saya ditanya oleh rakan-rakan mengenai hal tersebut. Tetapi jawapan saya cuma, “ ada arahan dari JPN” , Itu sahaja… kerana itu yang saya dimaklumkan oleh PK Koku.

Dalam perbincangan dengan pengurusan sekolah pada masa cuti akhir tahun dulu, kami pun tak perasan tentang hal ini. Sebab itu, perancangan latihan sukan dan tarikh temasya olahraga sama seperti tahun-tahun lepas, iaitu pada awal tahun sebelum tarikh MSSD.

Ada juga maklumat yang didengar, tarikh sukan kena dilewatkan, kerana negeri Perak menjadi tuan rumah MSSM pada tahun ini. Tapi tak ada kepastian, kerana tidak ada surat mengenainya.

Saya membuka portal KPM dan mencari maklumat tentang Program Sukan Sepanjang Tahun.

Nak tahu apa yang saya jumpa? Ada dua surat arahan dari KPPM mengenai hal ini. Malahan arahan ini telah dikeluarkan setahun yang lepas...

Pertama, surat KP. BSSK.302-02/03/002(17) bertarikh 14 Januari 2010 menegenai Jadual Pelaksanaan Program Sukan dan Permainan Sekolah Sepanjang Tahun.
Dalam surat ini ditegaskan bahawa Kejohanan Olahraga Sekolah tidak perlu lagi terikat dengan takwim MSSM

Kedua, surat KP (BPSH-SPDK)201/005/02(38) bertarikh 19 Februari 2010 mengenai Penganjuran Program Kehohanan Olahraga Sekolah-sekolah. Dalam surat ini menegaskan Mesyuarat Pengurusan KPM Bil.3/2010 telah memutuskan bahawa semua pengetua dan Guru Besar hendaklah akur dan patuh kepada surat siaran supaya menganjurkan program sukan tahunan mulai bulan Jun.

Di bawah ini saya 'scan'kan kedua-dua surat tersebut. Klik dua kali pada surat itu untuk membacanya....




Bergotong Royong Mengutip Duit

Rakyat Malaysia memang terkenal dengan amalan tolong menolong dan bergotong royong. Sejak zaman berzaman nilai tolong menolong dan bergotong royong ini diamalkan oleh rakyat marhaen terutama di kampung-kampung. Contohnya apabila sampai musim menanam di sawah padi, semua penduduk kampung akan bergotong royong dan bekerja sama menanam anak padi dari satu relung sawah ke satu relung yang lain sehingga tidak terasa kesusahan bekerja di sawah yang terbentang luas.

Sekarang pun amalan tolong menolong ini masih diteruskan. Contohnya apabila berlaku kemalangan jalan raya , ramailah pengguna jalan raya yang lain akan singgah untuk melihat dan membantu mana yang patut.

Tetapi lain pula apa yang berlaku pada petang semalam. Orang ramai bagaikan pesta ’bergotong royong’ mengutip duit syiling yang bertaburan di kilometer 243 lebuhraya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran susur keluar Pedas.

'Pesta' itu berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan. Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW.

Akibatnya ribuan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuh raya sepanjang kira-kira 100 meter. Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengutip duit syiling.

Kehadiran beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka. Orang ramai meninggalkan lokasi itu selepas duit syiling itu habis dikutip tiga jam kemudian.

Nota:
(i) Agak-agaknya, 'gotong royong' yang macam ini dapat pahala ke? Bukankah ada tuan yang empunya wang syiling itu dan dia dalam kesusahan pula.... yang deme 'gotong royong' masuk poket tu tak ada fikirke...
(ii) kalaulah pemandu yang kemalangan ini kena ganti wang syiling yang hilang tu, tak kah kita kasihan dia terpaksa berhutang bank pulak selepas ini...

.

Tuesday, January 18, 2011

Bawang oh bawang…


Beberapa malam yang lepas, saya dan keluarga empat beranak makan di luar.

Nak ceritakan, semasa saya nak membayar bil makanan itu, saya dapati harga makanan tu dah naik kepada RM3.70 sepinggan. Biasanya RM3.50 sahaja. Yang dulu harga RM4.50, sekarang dah naik jadi RM4.70.


Saya lantas bertanya, kenapa harga sepinggan makanan ni naik?

Budak casher tu dengan selamba menjawab, “ harga bawang dah naik yop!”


Tak tahulah saya nak mengulas kenaikan harga ini. Mengapa semuanya mesti ditanggung oleh pengguna? Tidakkah ada cara lain supaya kekalkan harga.

Kelmarin saya bersembang dengan pengusaha kantin sekolah tentang harga bawang. Rupa-rupanya memang harga bawang dah naik dengan mendadak. Dulu cuma RM2.50 sekilo sekarang dah naik sampai RM9.00 sekilo...

Persoalan yang timbul, dah tahu kita memang memerlukan bawang dalam masakan kita, mengapa orang kita tak tanam bawang sendiri? Mengapa asyik impot bawang dari luar negeri?
Itulah yang saya tak dapat jawab ni......

.

Monday, January 17, 2011

Soalan Latih Tubi PMR (Solar)

.
.
Salah satu usaha ke arah MTF (Merealisasikan Top Five) peperiksaan PMR tahun ini, Sektor Pengurusan Akademik JPN Perak telah menyediakan soalan-soalan latih tubi untuk calon-calon PMR 2011. Difahamkan soalan Solar ini akan dikeluarkan di portal JPN setiap dua minggu sekali.

Tahniah kepada Sektor Pengurusan Akademik di atas usaha murni ini. Kepada guru-guru dan para pelajar jangan kesampingkan peluang ini.

Klik pautan di bawah untuk muat turun soalan Solar PMR 2011.

http://pelajaranperak.gov.my/v2/modules/news/article.php?storyid=407

.

Saturday, January 15, 2011

Rileks sekejap


.
Seorang budak berumur 4 tahun mengikut ibunya ke klinik kesihatan. Budak lelaki itu sangat petah bercakap.

Semasa duduk di kerusi menunggu, dia menyapa seorang perempuan yang sedang mengandung.
Dia bertanya perempuan itu, “Mengapa perut mak cik besar sangat?Ada baby ke dalam perut mak cik?”

Perempuan : “Ya adik.”

Kemudian, dia bertanya lagi “Apakah dia baby yang baik dan comel?”

Perempuan itu berkata, “Oh,Insya Allah…Baby dalam perut mak cik ni memangnya baik dan sangat comel.”

Budak itu kelihatan terkejut... dia bertanya lagi…

“Jadi kenapa mak cik memakannya?”

.

Friday, January 14, 2011

Penyerahan Dewan Besar


Hari ini dijalankan Majlis Penyerahan Secara Rasmi Dewan Besar SMK Sultan Tajul Ariffin oleh JKR kepada pihak sekolah.. Walaupun dewan itu telah siap hampir setahun yang lalu, namun beberapa specifikasi yang tidak memuaskan hati kedua-dua pihak menyebabkan penyerahan dewan itu tidak dapat dilaksanakan sehinggalah ianya disiapkan oleh kontraktor berkenaan.

Berikut ialah gambar-gambar majlis ringkas penyerahan dokumen dewan kepada tn. pengetua sekolah.


Tn pengetua menandatangani dokumen penerimaan dewan besar.



Tn PPD Kuala Kangsar dan penolong PPD (Pembangunan) meneliti dokumen



Penolong Jurutera JKR Daerah menyampaikan dokumen kepada tn. pengetua disaksikan oleh Tn PPD



Penolong Jurutera JKR Daerah menyampaikan dokumen kepada Tn PPD Kuala Kangsar

.

Tuesday, January 11, 2011

Akses Slip Gaji

.
Mulai bulan Oktober 2010, semua kakitangan kerajaan tidak lagi menerima slip gaji atau penyata gaji pada setiap bulan. Di sekolah saya, perkara ini telah dimaklumkan kepada semua guru pada suatu mesyuarat pada bulan Oktober itu. Slip gaji dan laporan pendapatan tahunan boleh diakses dan dicetak sendiri dari laman web ANM oleh semua penjawat awam.

Perkara ini juga telah diperjelaskan di dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 3 / 2010 ; Pelaksanaan Sistem e-Penyata Gaji dan eLaporan.

Mengikut amalan sekarang, Penyata Gaji Bulanan dan Penyata Pendapatan Tahunan Penjawat Awam dicetak dan diedarkan oleh Pejabat Perakaunan kepada penjawat awam melalui Pusat Pembayar Gaji manakala laporan bulanan dicetak dan diedarkan oleh Pejabat Perakaunan kepada Pusat Pembayar Gaji dan Pusat Tanggungjawab. Tetapi, selepas ini, semua urusan perlu dilakukan melalui Sistem e-Penyata yang telah dibangunkan selaras dengan peningkatan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.


Kalau ada sesiapa lagi yang tak pernah akses laman web slip gaji itu, maka bersama ini saya tuliskan cara Mendapatkan Penyata Gaji Bulanan itu secara Online:

1. Pergi ke laman web Akauntan Negara Malaysia dan klik akses sistem
>> http://www.anm.gov.my/public_html/bm/default/epenyata.php

2. Paparan berikut akan dikeluarkan. LOGIN dengan menggunakan No.KP dan Kata Laluan yang telah dipilih untuk terus masuk ke dalam Sistem e-Penyata Gaji.



3. Bagi yang pertama kali menggunakan sistem, klik Pertama Kali Mendaftar. Penuhkan ruangan yang diperlukan. Bila dah lengkap, Klik OK

4. Setelah berjaya, anda bolehlah mengakses sistem untuk memaparkan penyata gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan anda.

Jadi, penyata gaji ataupun slip gaji bulanan yang akan didapati selepas ini ialah berupa lebih terang dan akan dapat diakses sehari sebelum pembayaran gaji bagi setiap bulan. Kawan-kawan yang belum buat, cubalah buat sendiri……

Lihatlah Slip gaji baru lebih jelas, terang dan bersaiz A4...


.
Dah tak payah lagi buang keratan tepi slip gaji macam dulu-dulu...
.

Monday, January 10, 2011

Ucapan pertama di perhimpunan


Semalam, tuan pengetua menghantar sms agar saya menyampaikan ucap utama dalam perhimpunan mingguan hari ini. Ini kerana tuan pengetua hendak pergi ke JPN Ipoh untuk suatu hal yang penting. Saya pun mencari sedikit bahan agar dalam ucapan nanti, adalah isi yang nak disampaikan.

Malangnya, kerana agak ramai guru yang berucap dan memberi taklimat, maklumlah sesi persekolahan baru masuk minggu ke-2, maka masa untuk saya berucap utama tu tinggal 5 minit sahaja. Jam 8.20 para pelajar mesti masuk ke kelas untuk sesi P&P yang pertama.

Nak tunggu giliran berucap pada minggu-minggu akan datang, mungkin lambat lagi, kerana selepas ini PK-PK dan GK-GK lain pula akan berucap. Mungkin juga pada masa itu, ada isu lain pula yang nak disampaikan. Jadi bersama-sama ini saya ’copy’kan bahan yang saya bercadang nak sampaikan dalam ucapan tadi....

DAPATAN KAJIAN MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN PELAJAR SPM 2009 NEGERI PERAK

1. PENGURUSAN MASA

a. Mempunyai sistem jadual belajar tersendiri
b. Waktu belajar antara 2 – 5 jam sehari untuk mengulangkaji
c. Belajar secara konsisten dari awal tahun hingga peperiksaan.

2. TUMPUAN PEMBELAJARAN

a. Tumpuan sepenuhnya ketika guru mengajar
b. Duduk di barisan hadapan
c. Sambil mencatat nota
d. Berintraksi dengan guru dan rakan-rakan
e. Rajin bertanya

3. LATIHAN DAN LATIHTUBI

a. Buat latihan dan latihtubi mengikut topik
b. Buat latihan soalan-soalan peperiksaan lepas
c. Banyakkan latihtubi bagi subjek yang lemah dan susah
d. Dibuat secara konsisten dari awal tahun

4. SOKONGAN MORAL IBU BAPA
a. Ibu bapa selalu beri nasihat, rangsangan dan sokongan.
b. Tidak terlalu menekan
c. Menyediakan kemudahan pembelajaran seperti buku rujukan
d. Selalu beri kata-kata bersemangat “You can do it”

5. SOKONGAN RAKAN-RAKAN
a. Selalu berbincang dengan rakan-rakan dan berkongsi idea
b. Saling ingat mengingati dan tolong menolong
c. Saling berkongsi perasaan
d. Bentuk kumpulan belajar sendiri

6. AMALAN PEMAKANAN DAN KESIHATAN

a. Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan
b. Makan makanan berkhasiat
c. Makan ikut masa
d. Tidur dan rehat secukupnya
e. Amal makanan seimbang
f. Melakukan senaman

7. AMALAN AGAMA DAN KEROHANIAN
a. Tidak tinggal solat
b. Banyak berdoa
c. Mematuhi perintah agama
d. Banyak berusaha dan bertawakkal

8. SEMANGAT DAN KEGIGIHAN

a. Tidak mudah putus asa.
b. Sifat ingin tahun secara mendalam
c. Menentukan matlamat dan berusaha bersungguh-sungguh.
d. Sentiasa bersaing secara sihat dengan rakan-rakan
e. Sentiasa memperbaiki diri dan memotivasikan diri

9. AKTIVITI SOSIAL
a. Selalu bersukan untuk kurangkan stress
b. Merehatkan minda setelah siap kerja rumah
c. Bahagiakan masa untuk riadah dan rehat

10. PERSIAPAN SEBELUM GURU MASUK MENGAJAR

a. Baca dahulu untuk dapatkan ‘rough idea’
b. Baca dan cuba fahamkan terlebih dahulu
c. Baca dengan teliti dan sediakan soalan-soalan untuk ditanya
d. Baca dan cuba buat latihan

Friday, January 7, 2011

Pelan Taktikal SMKSTA 2011


VISI SEKOLAH

Melonjakkan Kecemerlangan SMKSTA


MISI SEKOLAH

1. Memantapkan kepimpinan instruksional dan kepimpinan transformasional dalam organisasi.
2. Menjana kecemerlangan akademik berteraskan pembelajaran dan pengajaran berkualiti, berkesan dan kosisten cemerlang.
3. Meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang kokurikulum dan sukan secara kulitatif dan kuantitatif.
4. Memperkasakan sahsiah dan jati diri pelajar berasaskan pembangunan modal insan.
5. Melaksanakan head count sebagai teras utama dalam semua bidang pengurusan pendidikan.
6. Mengamalkan pemantauan dan pengauditan secara menyeluruh serta memanfaatkan dapatan.



OBJEKTIF 2011

1. Pencapaian Peperiksaan Awam
Mencapai kelulusan 70 peratus dalam peperiksaan PMR.
Mencapai kelulusan 100 peratus dalam peperiksaan SPM.

2. Pencapaian NKRA Pendidikan
Mencapai 100 peratus pelajar menguasai kemahiran literasi dan numerasi.
Meningkatkan kedudukan sekolah kepada 1068 daripada 2198 sekolah menengah di seluruh negara.

3. Pencapaian kokurikulum dan sahsiah murid.

Mencapai kedudukan 5 teratas dalam olahraga MSSD dan 3 tempat pertama dalam pertandingan permainan peringkat daerah.
Mencapai penurunan kes ponteng sekolah kepada 4 peratus
Mencapai kehadiran 100% murid dalam aktiviti kokurikulum.
Mencapai sifar kes rokok dalam kalangan pelajar.

4. Pencapaian imej sekolah
Mendapat 3 anugerah peringkat daerah dan 1 anugerah peringkat negeri.



PELAN TAKTIKAL 2011

1. Memantapkan kepimpinan instruksional dan kepimpinan transformasional dalam organisasi.
· Penurunan kuasa (impowerment) kepada PK dan GK dalam pengurusan kewangan sekolah.
· Mesyuarat pengurusan G8 secara berkala.
· Taklimat profesional pengetua
· Bengkel kefahaman SKPM 2010
· Penggunaan buku panduan pengurusan guru dan staf.

2. Menjana kecemerlangan akademik berteraskan pembelajaran dan pengajaran berkualiti, berkesan dan kosisten cemerlang.
· Melaksanakan Dasar kurikulum Sekolah
· Program peningkatan prestasi peperiksaan awam dan peperiksaan dalaman.
· Program peningkatan mata pelajaran.
· Program perkampungan akademik PMR dan SPM
· Program NILAM

3. Meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang kokurikulum dan sukan secara kulitatif dan kuantitatif.

· Perjumpaan mingguan unit-unit kokurikulum:
Unit beruniform – 18 kali
Persatuan akademik – 12 kali
Kelab Permainan – 12 kali
· Program Hari Kokurikulum
· Kejohanan Olahraga Tahunan
· Kejohanan Merentas Desa
· Pertandingan Kawad
· Pertandingan Permainan

4. Memperkasakan sahsiah dan jati diri pelajar berasaskan pembangunan modal insan.
· Program Titian Kasih
· Kem Pengawas
· Program Cegah Ponteng
· Mentor mentee
· Kem anak soleh
· Minggu 3K
· Program sifar rokok

5. Melaksanakan head count sebagai teras utama dalam semua bidang pengurusan pendidikan.
· Pelaksanaan headcount dalam peperiksaan awam dan peperiksaan peringkat sekolah.
· Aplikasi Pengurusan Data HC dan peperiksaan (Sispa)
· Perlaksanaan post mortem
· Perlaksanaan soalan selaras JPN ting. 2 dan 4.
· Perlaksanaan headcount dalam hal ehwal murid dan kokurikulum.

6. Mengamalkan pemantauan dan pengauditan secara menyeluruh serta memanfaatkan dapatan.

· Pemantauan pengurusan akademik, hal ehwal murid dan kokurikulum.
· Pengauditan akademik secara berkala
· Pengauditan semua fail secara berkala




.