Saturday, April 30, 2011

‘Tanglong 1 Malaysia’ MSSM

Pada 20 hingga 24 Mei akan datang, Warga Pendidikan Negeri Perak akan menjadi tuan rumah Acara Balapan dan Padang MSSM peringat Kebangsaan. Acara Sukan yang bertemakan Mendulang Emas Meraih Kecemerlangan itu akan diadakan di Stadium Perak, Ipoh.

Semasa acara itu nanti, warga pendidikan di Perak ini akan mencatat satu rekod didalam Malaysian Book of Record sebagai acara yang menyediakan ‘tanglong’ 1-Malaysia paling banyak. Dijangka 10,000 ‘tanglong’ 1 Malayisa akan dipasang di stadium itu nanti.

Sehubungan dengan itu, setiap sekolah di negeri ini diminta menyediakan ‘tanglong’ secara sendiri dan dikumpulkan untuk acara itu nanti. Sekolah saya telah pun siap meyediakan 29 unit ‘tanglong’ yang diusahakan oleh 29 pelajar tingkatan 3C di bawah bimbingan Ketua Panitia KHB dan Ketua Panitia PSV. Tahniah dan penghargaan diucapkan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar berkenaan.





Ha...dah siap untuk dihantar ke PPD....



2 comments:

  1. Tahniah buat cikgu-cikgu seni, khasnya Cikgu Hafizah di SMKSTA!

    ReplyDelete
  2. cikgu ni kejenya menerangi org lain...jadilah pengabdi yg mempunyai jati diri...isyik dicucuk hidung jer mana jadi.

    ReplyDelete