Tuesday, March 20, 2012

Keputusan I’dadi dan Thanawi Menggembirakan

.

Sehari sebelum keputusan SPM tahun 2011 diumumkan, hari ini pihak sekolah menerima keputusan peperiksaan I’dadi dan Thanawi bagi tahun lepas. Peperiksaan I’dadi diduduki oleh pelajar-pelajar tingkatan 2, manakala peperiksaan Thanawi diduduki oleh pelajar-pelajar tingkatan 4. Kedua-dua peperiksaan tersebut dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Majlis Agama Islam Negeri Perak. Kesemua pelajaran bagi kedua-dua peperiksaan tersebut menggunakan bahasa pengantar bahasa Arab.

Alhamdulillah, keputusan kedua-dua peperiksaan tersebut menunjukkan prestasi yang membanggakan. Keputusan itu lebih baik berbanding tahun sebelumnya dari beberapa aspek.

Bagi peperiksaan I’dadi, seramai 134 calon menduduki peperiksaan tersebut. Daripadanya 12 orang memperolehi pangkat “Mumtaz”, 48 memeperolehi pangkat “Jayyid Jiddan”, 57 orang mendapat Jayyid manakala 11 orang memperoleh pangkat “Maqbul”. Cuma 6 orang sahaja yang memperolehi pangkat Rasib (Gagal). Secara keseluruhan 128 daripada 134 calon telah lulus iaitu 95.5 peratus.

Manakala bagi peperiksaan Thanawi, seramai 76 calon telah menduduki peperiksaan, dan seramai 3 orang memperolehi pangkat “Mumtaz”, 21 Jayyid Jiddan, 32 Jayyid dan 13 lagi memperolehi Maqbul. Hanya 7 calon yang mencapai Rasib, menjadikan bilangan lulus seramai 69 orang atau peratus lulusnya sebanyak 90.8%.

Setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas kepada semua calon-calon bagi kedua-dua peperiksan tersebut. Terima kasih juga diucapkan kepada semua ustaz dan ustazah yang telah mendidik pelajar-pelajar tersebut. Dengan memperolehi pencapaian dalam peperiksaan I’dadi dan Thanawi ini, para pelajar telah memrealisasikan hasrat ibubapa mereka menghantar anak-anak ke sekolah agama. Semoga pencapaian seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa…



.

1 comment:

  1. tahniah untuk para guru, pelajar dan juga pihak sekolah..

    ReplyDelete