Thursday, March 22, 2012

AlMizan di ranking ke-2 lagi…



Alhamdulillah, keputusan SPM 2011 yang diumumkan kelmarin telah mengembirakan warga sekolah saya. Walaupun keputusan tersebut tidak mencapai target yang saya harap-harapkan tetapi ianya telah meningkat berbanding tahun sebelumnya.

Calon SPM SMA Almizan telah mencapai peratus lulus 100% berdasarkan pencapaian lulus Bahasa Melayu. Kesemua 92 orang calon itu telah mencapai pencapaian cemerlang dalam BM dengan 64 daripada 92 calon itu memperolehi gred A manakala selebihnya mencapai gred B dan C. Tidak ada calon yang mencapai D dan E.

Daripada 10 mata pelajaran yang diambil oleh calon-calon sekolah ini, 7 mata pelajaran mencapai kelulusan 100%. Mata pelajaran tersebut ialah BM, BI, Sejarah, Mathematics, Science, Tasawwur dan PSQ. Hanya BA, Perdagangan dan PSI yang tak capai 100%.

Paling menggembirakan mata pelajaran Science, di mana seramai 73 orang calon atau 79.3% telah mencapai gred A. Atau lebih tepat lagi 27 calon mendapat gred A+, 30 calon memperolehi gred A dan 16 calon pula memperolehi gred A-. Kenapa pula boleh jadi begini? Kenapa pula terlalu gembira? Sebenarnya nak beritahu kat kawan-kawan saya, di sekolah kami ini tidak ada sebuah pun makmal sains dan tidak ada seorang pun pembantu makmal. Guru-guru mengajar sains dengan membawa radas-radas dan peralatan ke dalam bilik-bilik darjah sahaja….!

Dari segi GPS pula, sekolah saya memperolehi 4.02. GPS ini lebih baik berbanding GPS Kuala Kangsar iaitu 5.15, GPS negeri Perak iaitu 5.20 dan GPS kebangsaan iaitu 5.04. Kedudukan GPS 4.02 ini menjadikan SMA Maahad AlMizan di ranking ke-2 di daerah Kuala Kangsar dan ke 28 di negeri Perak.


(Klik 2X untuk lihat ranking sekolah-sekolah)


Walaupun begitu masih terdapat kekurangan dengan keputusan SPM kali ini, iaitu bilangan pelajar ‘straight A’. Sekolah ini masih belum berjaya melahirkan pelajar ‘semua A’ ini. Cuma ada seorang pelajar memeprolehi 8A, manakala 8 orang lagi memperolehi 7A. Selebihnya memperolehi 6A, 5A dan sebagainya. Nak buat macam mana, para pelajarnya bukan pelajar pilihan seperti SBP, SBPI, MRSM dan SMKA.

Ke hadrat Allah didoakan semoga pencapaian SPM tahun 2012 akan lebih gemilang….






1 comment: