Saturday, March 10, 2012

Banyaknya password yang nak diingat…


Dunia pendidikan masa kini telah banyak berubah. Dalam dua tiga tahun kebelakangan ini saja bermacam-macam pembaharuan telah diadakan. Perkembangan pesat ICT menyebabkan segala urusan pentadbiran, permohonan dan pemprosesan maklumat menggunakan talian secara on-line. Oleh itu semua warga pendidik mesti peka dengan perkembangan begini. Semua mesti celik IT dan mesti mengaplikasikan sendiri maklumat dan data menggunakan ICT.

Setiap kita mempunyai alamat email masing-masing. Semua kita mempunyai akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri. Setiap guru juga mesti menggunakan SAPS untuk memproses markah peperiksaan. Kita juga mesti tahu membuka dan mencetak slip gaji bulanan masing-masing. Malahan berbagai-bagai lagi system secara talian on-line telah diguna pakai pada masa sekarang.

Apa yang saya nak catatkan kali ini, setiap aplikasi dan system itu memerlukan kita memasukkan nombor ID dan Kata Laluan (password) bagi ‘log-in’ nya. Tanpa memasukkan no. ID dan password yang betul, kita tak boleh mengakses perisian tersebut. Dek kerana terlalu banyak, No ID dan Password yang nak diguna pakai, menyebabkan kadang-kadang kita terlupa atau tersilap pakai kepada aplikasi yang lain pula. Akibatnya kita tak boleh log in ke laman tersebut.

Dalam bulan Feb dan Mac ini pula, guru-guru penolong Kanan dan pengetua kena mengisi SKPM 2003 dan SKPM 2010 secara online. Diceritakan ramai yang dah lupa ID dan password untuk memasuki e-nkra dan e-penaziran itu, kerana ianya digunakan sekali dalam setahun sahaja. Jadi ramailah yang menalifon ‘helpdesk’ untuk mendapatkan no. password yang baru…

Berikut saya turunkan beberapa alamat website yang memerlukan kita no-ID dan password untuk memasukinya. Untung jika kita menggunakan password yang serupa setiap kali… tapi kalau terbocor, habis semua website kita orang lain boleh masuk….

1. e- filing (LHDN) : https://e.hasil.gov.my

2. SAPS : http://saps.moe.gov.my

3. e-Penyata Gaji : http://www.anm.gov.my/index.php

4. e-operasi : http://apps.moe.gov.my/eoperasi

5. e-GTukar : http://apps.moe.gov.my/epgo/dr_login/sign_up.cfm

6. e-Maklum : http://emaklumweb.anm.gov.my/

7. SGM : http://apps1.moe.gov.my/sgm/

8. Portal NKRA : http://nkra.moe.gov.my/

9. e-Nazir : http://www.moe.gov.my/enazir/index.php

Dan banyak lagi….. Untuk tidak lupa no ID dan password-password berkenaan eloklah ditulis dan disimpan di tempat yang selamat….

Tetapi mujur no ID dan password website: http://zuhairimanong.blogspot.com/

ini saya masih ingat, jika tidak, tak dapatlah saya buat 'entry' baru...


3 comments:

  1. Tu la kan senang kalau web kerajaaan yang rakyat nak masuk satu password aje dan web guru satu password je. Yang perlu dibuat letakkan semua web guru dalam satu portal dan cuma link saja kan mudah gitu. Kalo saya perdana menteri saya akan wujudkan satu lagi jawatan mengisi maklumat dan data guru. Banayk wo, bukan kasi senang kerja mahu kasi susah lagi ada, ayo.... Sori cekgu Zuhairi teremosi he he

    ReplyDelete
  2. setuju dgn cgu ok.. kalo nk wujudkan jawatan baru tu, kalo boleh bior la bukan cgu yg nguruskan.. cgu2 nk ngajor..

    ReplyDelete
  3. Setuju.. dgn cadangan cikgu berdua...

    ReplyDelete