1. Kali terakhir saya berjumpa ustazah Rasmah pada majlis MTQ di SKM Sultan Tajul Ariffin pada 3 Mac lepas. Beliau terlebih dahulu menyapa saya, Apa khabar Tuan haji? Saya jawab, Alhamdulillah, baik.... " 'Datin' apa khabar? tanya saya pula, beliau kata ...Baik!
(nota: "Datin" ialah panggilan kami kepada ustazah)...
2. Tajuk berita dalam Metro muka surat 2 hari ini, mungkin tak ada kesan apa bila membacanya jika kita tak kenal orangnya, tetapi bagi saya dan rakan-rakan yang mengenali beliau, tajuk "Maut kejar suami, anak" agak kasar dan macam tak patut...
Walau apa pun, didoakan semoga Allah SWT meletakkan roh allahyarhamah bersama-sama para Solihin, Shuhadah serta para Anbiya , Amin Ya rabbal Alamin!!!
.
Tuesday, March 20, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment