Friday, March 30, 2012

Tahniah Calon I'dadi, Thanawi dan SPM 2011

.

Sebagai menzahirkan kegembiraan di atas pengurniaan Allah SWT akan pencapaian peperiksaan Idadi, Thanawi dan SPM yang keputusannya telah diumumkan baru-baru ini, pihak sekolah membina kain rentang menerangkan data-data keputusan peperiksaan tersebut. Gambar calon-calon yang cemerlang di dalam peperiksaan itu juga dipamerkan di kain rentang tersebut. Ketiga-tiga kain rentang itu digantung di depan astaka agar boleh dilihat oleh para pelajar pada setiap hari.




Diharapkan calon-calon peperiksaan awam tahun 2012 ini mengambil ingatan dan berusaha bersungguh-sungguh agar pencapaian di tahun ini akan lebih gemilang... jadikan pencapaian tahun lepas itu sebagai cabaran dan wajib diatasi pada peperiksaan kali ini....

Ada pelajar bertanya saya, sekiranya ramai pelajar dapat cemerlang, adakah gambar-gambar mereka semua akan diprint di kain rentang juga... Saya jawab, jika seratus orang cemerlang, kita akan gantung gambar seratus orang itu sepanjang korodor tingkat dua agar boleh dilihat oleh semua orang! Pelajar yang bertanya itu tersenyum simpul dan berlalu...

.

Friday, March 23, 2012

Analisis SPM SABK

.
Hari ini saya mewakili pengetua menghadiri Mesyuarat Bersama Pengetua SABK Berkaitan Peningkatan Kecemerlangan 2012 di Ipoh. Di dalam mesyuarat itu diedarkan analisis keputusan SPM bagi kesemua 22 sekolah SABK di negeri Perak. Sekali lagi Al Mizan di ranking ke-2 sama seperti rankingnya di daerah Kuala Kangsar.

Kalau sudah TOVnya di ranking ke-2, tentulah ETRnya tahun ini ranking pertama di kalangan sekolah SABK...

Thursday, March 22, 2012

AlMizan di ranking ke-2 lagi…



Alhamdulillah, keputusan SPM 2011 yang diumumkan kelmarin telah mengembirakan warga sekolah saya. Walaupun keputusan tersebut tidak mencapai target yang saya harap-harapkan tetapi ianya telah meningkat berbanding tahun sebelumnya.

Calon SPM SMA Almizan telah mencapai peratus lulus 100% berdasarkan pencapaian lulus Bahasa Melayu. Kesemua 92 orang calon itu telah mencapai pencapaian cemerlang dalam BM dengan 64 daripada 92 calon itu memperolehi gred A manakala selebihnya mencapai gred B dan C. Tidak ada calon yang mencapai D dan E.

Daripada 10 mata pelajaran yang diambil oleh calon-calon sekolah ini, 7 mata pelajaran mencapai kelulusan 100%. Mata pelajaran tersebut ialah BM, BI, Sejarah, Mathematics, Science, Tasawwur dan PSQ. Hanya BA, Perdagangan dan PSI yang tak capai 100%.

Paling menggembirakan mata pelajaran Science, di mana seramai 73 orang calon atau 79.3% telah mencapai gred A. Atau lebih tepat lagi 27 calon mendapat gred A+, 30 calon memperolehi gred A dan 16 calon pula memperolehi gred A-. Kenapa pula boleh jadi begini? Kenapa pula terlalu gembira? Sebenarnya nak beritahu kat kawan-kawan saya, di sekolah kami ini tidak ada sebuah pun makmal sains dan tidak ada seorang pun pembantu makmal. Guru-guru mengajar sains dengan membawa radas-radas dan peralatan ke dalam bilik-bilik darjah sahaja….!

Dari segi GPS pula, sekolah saya memperolehi 4.02. GPS ini lebih baik berbanding GPS Kuala Kangsar iaitu 5.15, GPS negeri Perak iaitu 5.20 dan GPS kebangsaan iaitu 5.04. Kedudukan GPS 4.02 ini menjadikan SMA Maahad AlMizan di ranking ke-2 di daerah Kuala Kangsar dan ke 28 di negeri Perak.


(Klik 2X untuk lihat ranking sekolah-sekolah)


Walaupun begitu masih terdapat kekurangan dengan keputusan SPM kali ini, iaitu bilangan pelajar ‘straight A’. Sekolah ini masih belum berjaya melahirkan pelajar ‘semua A’ ini. Cuma ada seorang pelajar memeprolehi 8A, manakala 8 orang lagi memperolehi 7A. Selebihnya memperolehi 6A, 5A dan sebagainya. Nak buat macam mana, para pelajarnya bukan pelajar pilihan seperti SBP, SBPI, MRSM dan SMKA.

Ke hadrat Allah didoakan semoga pencapaian SPM tahun 2012 akan lebih gemilang….






Analisis SPM 2011



PUTRAJAYA – Seramai 559 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010.


Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata daripada jumlah itu, seramai 506 adalah calon sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi calon dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan berbanding masing-masing, 363 dan 40 calon pada tahun 2010.

“Pencapaian keseluruhan calon SPM 2011 bertambah baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 5.04, berbanding 5.19 pada tahun 2010,” katanya pada majlis pengumuman analisis peperiksaan SPM di sini hari ini.

Beliau berkata seramai 468,808 calon menduduki peperiksaan itu tahun lepas.

.