Saturday, July 28, 2012

Ihya Ramadhan di al Mizan








Banyak aktiviti dirancang dan dilaksanakan di bulan Ramadhan yang mulia ini di SMA Maahad Al-Mizan. Antaranya Solat jamaah zohor dan tazkirah pada setiap hari.  Dengan izin tuan pengetua, waktu P&P selepas rehat dipendekkan 5 minit setiap waktu bagi membolehkan P&P tamat pada jam 2.00 petang. Selepas itu semua guru dan pelajar berkumpul di Surau Tuan Guru Hj Omar Maahad AlMizan untuk solat zohor secara berjamaah. Selepas solat zohor diadakan tazkirah berkaitan ibadah puasa yang disampaikan oleh para guru dan muallim sekolah ini secara bergilir-gilir. 
Alhamdulillah, setakat hari ini iaitu selepas seminggu kita berpuasa aktiviti ini berjaya berlajan lancar  sebagaimana yang dirancang. Semoga mendapat keredhaan Allah jua, Amin.





No comments:

Post a Comment