Saturday, July 21, 2012

kunjungan nazir ke almizan




Sekolah ini telah diperiksa oleh 4 orang jemaah nazir pada 17 dan 18 Julai baru-baru ini.  Banyak perkara dapat dipelajari dari kunjungan mereka.  Segala kekuatan, kelemahan dan cadangan telah diperjelaskan secara terperinci.  Memang sangat membantu pengurusan sekolah. Terima kasih.

Mari baca siapakan JNJK?
Sumber:

Latar Belakang Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti
Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti (JNJK) adalah sebuah badan ikhtisas yang telah ditubuhkan dalam bulan Oktober 1956 atas perakuan Penyata Razak 1956(Perenggan 42-46) dan seterusnya diberi pengesahan oleh Ordinan Pelajaran 1957 (perenggan 92-96). Penubuhan sebuah badan pengawalan dalam pendidikan seperti JNS telah disarankan semenjak tahun 1938 oleh sebuah Suruhanjaya Khas berkenaan dengan Dasar Pelajaran (Surat Mesyuarat No 70, Tahun1952) dan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Laporan Razak) menyokong penubuhan sistem pengawalan khas bagi seluruh negara.
Jemaah Nazir Sekolah terdiri daripada JNJK Ibu Pejabat yang terletak di Putrajaya, 15 JNJK Negeri dan 11 JNS Cawangan, iaitu Cawangan Taiping, Raub, Kulim, Muar, Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Sibu, Miridan Keningau. JNS diketuai oleh Ketua Jemaah Nazir(KJN) manakalan JNJK Negeri diketuai oleh Ketua Nazir Negeri (KNN) dan Ketua Nazir Cawangan (KC) mengetuai JNS Cawangan. Sesuai dengan hasrat kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-8 untuk memastikan pendidikan yang bermutu dapat diperoleh dan dinikmati oleh setiap murid di negara ini, bilangan Nazir Sekolah ditambah. Dalam penstrukturan semula JNJK pada 1 Mei 2005, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah meluluskan pertambahan 114 jawatan Nazir Sekolah dan 70 jawatan staf sokongan. JNJK kini diperuntukkan 660 jawatan: 428 jawatan Nazir Sekolah dan 232 jawatan staf sokongan. JNJK turut mendapat satu lagi pejabat baru negeri di Wilayah Persekutuan Labuan.

PerkembanganPenubuhan JNJK
Pada peringkat awal penubuhan (1956), JNJK merupakan sebuah organisasi tertutup yang disebut sebagai Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan (JNSP). Dari segi struktur organisasi, keanggotaan JNSP pada ketika itu terdiri daripada seorang Ketua Nazir Sekolah, 3 orang Nazir Sekolah di Ibu Pejabat, 3 orang NAzirSekolah di Kawasan Timur, 3 orang di Kawasan Selatan dan seorang Nazir Sekolah di Kawasan Utara. Melalui Laporan Suruhanjaya Aziz tahun 1970, JNSP menjadi sebuah perkhidmatan tertutup.

Perubahan Peranan dan Fungsi JNJK
Akta Pelajaran 1961 Artikel 97 telah memberi kuasa kepada Ketua Jemaah Nazirdan Nazir memberi nasihat kepada pengurusan sekolah, institusi pendidikan dan guru berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan. Bagi membolehkan tugasan tersebut dilaksanakan dengan berkesan, Kuasa-Kuasa Am NazirSekolah (121), diberi kepada Nazir Sekolah bagi membolehkan mereka "pada bila-bila masa memasuki institusi pendidikan".
Akta Pelajaran 1961 melalui Artikel 96 (a), telah meletakkan asas tentangmatlamat penubuhan JNJK. Matlamat tersebut dijelaskan lagi secara terperinci oleh Jawatankuasa Kabinet 1979 iaitu JNJK diamanahkan untuk "memerhati,mengawasi, dan menasihati guru supaya mutu pengajian dan pembelajaran serta pengelolaan pentadbiran di sekolah terpelihara dan seterusnya dapat diperbaiki.".
Sebagai institusi pengawal mutu pendidikan negara, JNJK perlu bertinda"without fear or favour" dan "is not coloured by anything but professional consideration" selari dengan perkembangan peranan, fungsi dan tanggungjawab JNJK yang ditentukan oleh Akta Pelajaran.

Objektif
Jemaah nazir sekolah mempertingkatkan keupayaan jns mengesan tahap kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan yang lain dengan melakukan pelbagai aktiviti penaziran.
Mempertingkatkan pengurusan sekolah supaya menjadi efektif dan cekap dengan mengemukakan syor-syor penambahbaikan.
Mewujudkan dan menggalakan sikap saling hormat menghormati dan bantu-membantu di kalangan semua pihak di dalam bidang pendidikan melalui pakatan strategik.
Memelihara rangkaian maklumat yang cekap dalam pelbagai bidang hala supaya maklumat dan maklum balas yang betul disalurkan kepada pihak yang sewajarnya dengan segera bagi perhatian dan tindakan mereka menerusi penglibatan jns dalam pelbagai jawatankuasa di semua peringkat kpm.
Mengiatkan program-program peningkatan kecekapan nazir sekolah secara berterusan dalam bidang penaziran.
Menjalinkan hubungan kerja yang erat dengan jabatan pelajaran negeri dan pejabat pelajaran bahagian/daerah bagi memastikan nasihat-nasihat dan syor-syor JNS kepada institusi pendidikan diberi perhatian.

Visi
JNJK Institusi Pemastian Standard Kualiti Pendidikan Berwibawa

Misi
Menaziri dan Mempertingkatkan Kualiti Pendidikan di Institusi Pendidikan Secara Profesional, Berkualiti dan Beretika

Fungsi
1. PemeriksaanInstitusi Pendidikan
Memeriksa institusi pendidikan atau menyebabkan institusi pendidikan diperiksa oleh Nazir Sekolah pada lat tempoh yang difikirkan sesuai;AP96, Seksyen 117(b).
Apabila diarahkan supaya berbuat sedemikian oleh menteri, memeriksa sesuatu institusi pendidikan atau menyebabkan institusi pendidikan itu diperiksa; AP96,Seksyen 117(c).
Menjalankan apa-apa kewajipan lain berhubung dengan pemeriksaan institusi pendidikan sebagaimana yang ditetapkan; AP96,Seksyen 117(d),118, 121, 122.
2. Bimbingan dan Nasihat
Ketua Nazir atau Nazir Sekolah boleh memberikan nasihat kepada pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan dan kepada guru-guru tentang perkara-perkara yang berhubung dengan pengajaran dan kaedah pengajaran;AP96, Seksyen 118.
3. Penyediaan Laporan
Ketua Nazir hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Menteri tentang tiap-tiap institusi pendidikan yang diperiksanya menurut seksyen 117,dan jika laporan itu dibuat oleh Nazir Sekolah, dia hendaklah mengendorskan apa-apa ulasan yang disifatkannya sesuai pada laporan itu. AP96, Seksyen 120(1).

Piagam Pelanggan
Kami wargaJemaah Nazir Sekolah dengan penuh tekad dan iltizam dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diperuntukkan di bawah Akta Pendidikan 1996 dengan ini berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
Melakukan penaziran secara mesra dan profesional sekurang-kurangnya sekali dalam lat tempoh lima tahun untuk mengupayakan sekolah dan institusi pendidikan mencapai kecemerlangan dan standard kualiti pendidikan yang tinggi.
Memberi khidmat nasihat dan bimbingan yang tepat dan rasional serta bermutu kepada pihak pengurusan dan guru-guru untuk membolehkan sekolah dan institusi pendidikan mencapai kecemerlangan.
Memantau dan membimbing sekolah serta institusi pendidikan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan melaksanakan dasar pendidikan negara.
Melakukan penaksiran dan penilaian kualiti pengajaran guru dan pengurusan sekolah dan institusi pendidikan secara adil,saksama dan profesional.
Melaksanakan tugas penaziran dengan cekap,bijaksana, cermat, teliti, beretika dan membina.
Memberi maklumbalas berasaskan fakta danbukti yang boleh dimanfaatkan oleh sekolah dan institusi pendidikan dan guru mengikut aktiviti pemeriksaan yang memerlukannya.
Menghasilkan laporan penaziran yang tepat,objektif, adil dan saksama tanpa dipengaruhi oleh sebarang keadaan atau kepentingan untuk dimajukan kepada YB. Menteri Pelajaran.
Menjadikan Jemaah Nazir Sekolah sebuah organisasi yang peka dan responsif terhadap situasi di sekolah dan institusi pendidikan.


No comments:

Post a Comment