Thursday, May 3, 2012

AlMizan juara Kawat Kaki (GO) Daerah Kuala Kangsar


Pada 2 Mei 2012 telah diadakan Pertandingan Kawad Kaki Badan Kerajaan (GO) Peringkat Daerah Kuala Kangsar di SMK Simpang Beluru. Sebanyak 13 buah pasukan mengambil bahagian.

Pasukan Kawad SMA Maahad Al Mizan telah diumumkan menjadi Johan Keseluruhan dan Ketua Platon SMA Al Mizan iaitu Amirul telah dipilih sebagai ketua platon terbaik. Pencapaian ini mengulangi pencapaian tahun lepas di mana Al Mizan menjadi johan Daerah dan mencapai Tempat Ke-3 di peringkat negeri Perak.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telibat. Begitu juga kepada guru-guru penasihat pasukan kawad tersebut.  Tidak sia-sia masa yang diambil begitu banyak membuat latihan sejak sebulan yang lalu. Betullah kata pepatah melayu, di mana ada kemahuan, di situ ada kejayaan. Pokoknya anda telah ada kemahuan dan membuktikan anda boleh berjaya walaupun tahun ini pasukan kita tidak dilatih oleh anggota Bomba Kuala Kangsar, tetapi hanya berlatih sendirian.

Syabas dan tahniah sekali lagi. Semoga terus berlatih untuk pertandingan di peringkat negeri pada 11 Mei nanti.
Bergambar sejurus sebelum berangkat ke SMK Simpang Beluru pada 2 Mei yang lalu...




No comments:

Post a Comment