Ungkapan di atas mengingatkan saya kepada cerita seorang jaga sekolah kepada saya baru-baru ini. Ceritanya begini…
Pada cuti hujung minggu yang lepas, sewaktu ibu bapa melawat anak-anak mereka di sekolah ini, tiba-tiba seorang wanita (umur dalam jangkaan 30-40 tahun) memasuki pintu pagar sekolah. Nak jadikan cerita, wanita ini sebenarnya tidak bertudung, memakai seluar dan ber T-shirt sahaja. Beliau memohon berjumpa dengan ‘anaknya’ yang baru masuk ke sekolah ini. Tak pasti pulak yang dia nak jumpa itu anak betul atau anak saudaranya…
Pada papan kenyataan di pintu masuk sekolah ada tertulis, “SILA BERPAKAIAN MENUTUP AURAT DI DALAM KAWASAN SEKOLAH”. Memanglah, bukankah sekolah ini sekolah agama? Sudah tentulah hendak laksanakan syariat, bila lagi? …. Jadi bukan kah tindakan pihak sekolah itu amat wajar… bukan kah itu cara paling berhikmah mengajak kaum wanita khususnya menutup aurat? Bukannya di luar, tapi dalam ‘wilayah al mizan’ saja!
Jaga sekolah saya ini seorang yang tegas. Maklumlah bekas anggota tentera… Beliau lantas memberitahu wanita itu, “Maaf Puan, dalam kawasan sekolah ini, mesti menutup aurat!” Beliau terus menunjukkan tulisan di papan kenyataan tersebut.
Nak tahu apa respon puan tadi. Beliau berhenti di depan jaga tadi. Matanya tegak memerhatikan jaga tersebut. Apa yang di dalam fikirannya, Allahu Aklam! Tiba-tiba dia berkata, “ Oh itu… itu Tak Ada Hal!” Lantas dia pusing ke belakang menuju ke keretanya. Dia mengambil sehelai tudung selendang pendek dan singkat dan menutup kepala ala kadar… Dia berjalan masuk kawasan sekolah dan dengan senyum melalui di depan jaga yang menegurnya tadi.
“Macam ini, OK? Tanyanya kepada jaga tersebut.
Jaga itu menjawab , Ok… Saya “tak ada hal”, saya hanya jalankan tugas!
Sejak jaga itu bercerita kepada saya, saya selalu teringat ungkapan “tak ada hal” itu…
Memang saya tak ada hal, kome ada hal?
semoga ibu tersebut mendapat hidayah...
ReplyDeletemacam-macam hal
ReplyDeleteRespek la itu jaga memang jawapan yang genius la.
ReplyDelete