‘Makkah' berada di tengah-tengah kota London. Demikian kira-kira judul laporan harian terkemuka Inggeris the Daily Mail pada hujung minggu lalu.
Laporan tersebut menulis tentang Muslim Inggeris yang melaksanakan solat Jumaat di sebuah jalan di London. Mereka terpaksa solat di jalanan lantaran bilik masjid sudah penuh sehingga tidak dapat menampung mereka.
Dalam artikel bertajuk "The Mecca of the city: In a London street, the faithful find a way to pray as their mosque overflows", harian itu melaporkan banyak orang yang merasa terkejut ketika datang ke daerah itu pada Jumaat lalu. Mereka melihat banyak orang berdoa bersama di luar.
'' Hal itu bukanlah pemandangan sehari-hari di Inggeris,'' tulis the Daily Mail.
Dalam bayangan bangunan pencakar langit dan ruang kaca serta baja di Mile Square, beratus-ratus umat Islam berlutut di jalanan melaksanakan Solat Jumaat. Aktiviti selama satu jam di tengah-tengah daerah kewangan London itu ternyata menjadi sangat popular sehingga jamaah memenuhi jalan-jalan di sekitar masjid komuniti kecil.
Para pekerja yang masih memakai sut itu berbaur dengan umat Muslim dari komuniti tempatan Bangladesh. Mereka tumpah sampai ke jalan-jalan di samping Bentley dan daerah perparkiran kereta.
Masjid Brune Street di Spitalfields, London Timur, merupakan masjid yang terdekat untuk solat Jumaat bagi pekerja. Banyak juga jemaah yang datang dari Brick Lane dan Whitechapel. Para pekerja profesional mengisi jalan di bawah bangunan pejabat yang menjulang tinggi. Umat Muslim tanpa kasut melakukan Solat Jumaat dan bersujud menghadap ke Mekah.
Dalam ruangan masjid yang hanya dapat menampung 100 orang, kira-kira 300 umat Islam yang bekerja di sekitar bangunan muncul berbaur bersama penduduk tempatan yang juga ingin menjalani Solat Jumaat. Alhasil, jamaah solat Jumaat meluber hingga ke jalan.
"Itu tumbuh dan berkembang dalam beberapa tahun terakhir," ujar seorang pekerja yang masih mengenakan jas usai Solat Jumaat. "Banyak orang yang merasa terkejut ketika datang ke daerah itu pada hari Jumaat. Kerana, mereka melihat banyak orang berdoa bersama di luar. Mereka melaksanakan solat tepat di tengah-tengah Bandar.''
PETIKAN : http://detikislam.blogspot.com/2012/02/makkah-ada-di-kota-london.html
No comments:
Post a Comment