Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua adik beradik, sanak saudara, rakan-rakan taulan dan semua jemputan yang telah dapat hadir ke rumah saya pada 25 Ogos 2012 yang lepas bagi meraikan majlis walimatul urus anak saya. Budi baik dan kerjasama tuan-puan semua amat saya hargai dan tak dapatlah saya membalasnya....
| Adik beradik dan sanak saudara bergotong royong membuat persiapan majlis kenduri... |
| Petang Jumaat 24 Ogos 2012, seramai empat pasangan pengantin diijab qabulkan di Masjid Sultan Yusuf Kampung Jeliang.... Menurut orang kampung ini satu rekod! |
| Selepas majlis akad nikah, pasangan pengantin datang ke rumah, berjumpa dan berkenalan dengan sanak saudara... |
| Majlis kenduri dihadiri sanak saudara, sahabat handai dan rakan taulan |
| Tetamu dipersilakan menikmati jamuan yang disediakan... |
| Terima kasih kerana sudi hadir ke majlis kenduri saya ini.... |
| Sebahagian hadirin sedang menjamu selera.... |
| Sambil dihiburkan dengan lagu-lagu Islamik oleh DJ yang didatangkan khas... |
| Pelajar-pelajar al Mizan turut meramaikan kahadiran majlis kenduri ini.... |
| Sekalung penghargaan kepada Tuan PPD Kuala Kangsar yang turut hadir... |
| Rombongan pengantin sampai kira-kira jam 2.30 petang.... |
| Kumpulan kompang dari Kampung Jeliang memeriahkan kedatangan "raja sehari".... |
| Si kembar itu juga turut hadir.... |
| Terima kasih kerana sudi hadir... |
| Sanak saudara bergambar dengan pengantin di dalam rumah.... |
| Berkumpul beramai-ramai pada sebelah malam.... anak-anak kecil paling gembira... |
| Makan kek dan menyaksikan majlis 'buka hadiah' ....... |
| Terima Kasih daripada Kami Sekeluarga.... |
Tahniah Cikgu kerana menerima menantu...
ReplyDelete