Friday, September 28, 2012

Pecutan Akhir .... memang perlu kerja kuat


Selepas sahaja keputusan peperiksaan percubaan PMR diumumkan,  pelajar-pelajar tingkatan 3 mengikuti program pecutan akhir yang disusun oleh pihak sekolah.  Di dalam program ini, pelajar-pelajar  dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan berdasarkan pencapaian mereka di dalam peperiksaan percubaan. Jadual waktu disusun baru agar setiap kumpulan murid dapat dibimbing dan diberi latihan berterusan.   Jadual waktu kolaboratif yang meletakkan dua orang guru di dalam satu sesi kelas dilaksanakan agar sewaktu seorang guru menerangkan jawapan di depan, seorang guru lagi boleh memberi tunjuk ajar kepada pelajar yang masih tidak memahami sesuatu pelajaran di belakang.

Selang beberapa hari pula saya akan mengumpulkan para pelajar selepas perhimpunan pagi dengan tujuan mengingatkan mereka supaya perlu bekerja keras untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Antara 'modal' saya  ialah 'kamu nak ambil PMR ni sekali sahaja seumur hidup, jadi mesti buat yang terbaik, tidak ada orang yang amabil PMR dua kali.  !  Kedua: Cuba bayangkan betapa kecewanya ibubapa kamu jika keputusan PMR kamu nanti "biasa-biasa" sahaja. Akan terasa penat lelah ibubapa menghantar dan mengambil kamu ke asrama setiap dua minggu sekali.... kalau keputusan tak cemerlang, lebih baik sekolah dekat rumah sahaja!   Bila saya bercakap perkara di atas, saya lihat muka pelajar-pelajar tu 'gayat' saja.

Saya memberi contoh ada antara pelajar yang dapat 9A dalam PMR tahun lepas, pencapaiannya dalam peperiksaan percubaan taklah berapa baik. Ada seorang tu cuma memperolehi 1A sahaja, tetapi bila peperiksaan sebenar, beliau memperolehi 9A.... Jadi semua kamu berpeluang memperolehi banyak A seeperti mana pelajar-pelajar tahun lepas...

 
Mereka dah berjanji akan merealisasikan target sekolah di dalam peperiksaan PMR nanti.... Janji mesti ditepati !!!




No comments:

Post a Comment