Diceritakan pada suatu ketika, ada dua orang sahabat baik.
Seorang daripada mereka bernama Muhamad dan seorang lagi bernama Ahmad. Suatu
hari Muhamad meminta bantuan rakannya Ahmad untuk meminangkan seorang perempuan
untuknya. Lalu, Muhamad pun memberitahu sekian-sekian rumah dan sekian-sekian
orang.
Maka,
Ahmad pun menunaikan hajat Muhamad dengan pergi meminang perempuan tersebut
untuk Muhamad. Namun, lain pula yang berlaku. Bapa perempuan itu berkata, ”Saya
menyukai orang yang datang meminang, bukannya orang yang menyuruh meminang.”
Ahmad menjadi
serba salah. Hendak diterima, bimbang sahabatnya kecewa. Hendak ditolak, rugi
pula peluang sudah berada di depan mata. Lagi pun perempuan yang nak dipinang
itu memang kuat pegangan agama dan cantik manis pula rupa parasnya.
Jadi, Ahmad pun menerima tawaran tersebut. Diringkaskan cerita,
maka berkahwinlah Ahmad dengan perempuan itu.
Sejak hari
itu, Ahmad akan mengelakkan dirinya
daripada bersua muka dengan Muhamad. Ahmad rasa bersalah kerana telah berkahwin dengan perempuan
yang diminati oleh Muhamad. Untuk sekian lamanya, mereka tidak bertemu.
Akhirnya
pada suatu hari, Muhamad dapat juga berjumpa dengan Ahmad.
Ahmad dalam keadaan serba salah memohon maaf kepada Muhamad.
”Aku minta
maaf, wahai sahabatku. Tidak patut aku mengahwini perempuan yang kau sukai.”
Tetapi apa
kata si Muhamad, ”Sebenarnya, akulah yang patut memohon maaf kepada kamu,
Ahmad. Kenapa pula, balas Ahmad. Sudah tertulis jodoh perempuan itu
dengan kamu tetapi aku pulak yang pandai-pandai menyuruh kamu meminang dia
untuk aku.”.......................
Moralnya, Sekiranya semua manusia di dalam dunia
ini berfikiran seperti Muhamad dan Ahmad, sudah tentu tidak ada masalah putus
kawan hanya kerana dituduh "kawan makan kawan" atau memutus
silatur rahmi.
Pendik
kata, kita harus ‘berlapang dada’ dan saling memaafkan kawan-kawan
kita walau apa pun kesalahannya kepada kita. Yang penting kita
sama-sama memaafkan satu sama lain. Lihatlah Muhamad dan Ahmad, yang sanggup merendah diri dan saling memaaf satu sama lain, walaupun bagi sesetengah orang itu kes yang berat. Apa lagi kalau kesalahan-kesalahan kecil sesama kita, tak usahlah diambil hati sangat... berlapang dada lah kita, semoga persahabatan kita dapat diteruskan kerana Allah Taala....
Cerita ringkas ini disampaikan
sebagai selingan di majlis perpisahan En Abdul Rahman b Kulup Wahab Ketua
pembantu tadbir Al Mizan yang dinaikkan pangkat baru-baru ini…..