Tuesday, August 28, 2012

Perjumpaan Hari Raya Cucu Pandak Leman Meriah


Perjumpaan Hari Raya Keluarga Cucu Pandak Leman yang diadakan pada 2 Syawal yang lalu telah berlangsung dengan begitu meriah. Seramai 172 orang ahli keluarga cucu-cucu almarhum Tn Hj Pandak Leman telah hadir pada hari Isnin bersamaan 20 Ogos 2012 tersebut.  Berikut sebahagian gambar kenangan majlis Perjumpaan Hari Raya itu......




Majlis dimulai dengan bacaan Tahlil dan doa ke hadrat Allah SWT

Masing-masing khusuk mendoakan kesejahteraan ahli keluarga yang telah kembali ke RahmatuLlah

Time yang ditunggu-tunggu menikmati jamuan raya..

Sabo- sabo.... semua akan dapat !

Acara menyampaikan duit raya kepada anak-anak kecil

Mesti ada menarik di depan tu...

Yang datang dari Kuala Lumpur ni minta maaf kerana terlewat sikit.....
Sekarang masa untuk bergambar mengikut keluarga masing-masing
Okey ready....

Susun dulu cantik-cantik.....





Tuesday, August 14, 2012

Perjumpaan Hari Raya Aidilfitri Keluarga Cucu Pandak Leman


Tarikh : 2 Syawal 1433 H bersamaan 20 Ogos 2012 (Hari Isnin)
Masa  :  10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat : Perkarangan Rumah Cikgu Fairuzzabadi dan Puan Suzilawati
Semua Cucu Hj Pandak Leman dan keluarga masing-masing dijemput hadir....  Ingat temu janji kita!!






Monday, August 13, 2012

Mencari malam Al Qadar




Berikut saya kongsikan artikel ringkas dari Artikel iluvislam.com (mohon izin….)

Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini.

Pernah di malam itu al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan!

Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah S.A.W mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T sambil diikuti oleh para Sahabat R.A.

Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri dan sebagainya.

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :

1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.

2. Memahami bahawa di mana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.

3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.

4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.

5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.

6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.

7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.

8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.

Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. 
Amin.


Atlet berpuasa tetap menang emas Olimpik




Atlet warga Britain yang berasal dari Somalia iaitu Mohammad Farah atau lebih dikenali dengan gelaran Mo Farah telah memenangi pingat emas acara larian 10,000 meter di Olimpik London 2012. Mo Farah berkata “Selama Ramadhan, saya berpuasa, walaupun hal itu bukan sesuatu yang mudah bagi olahragawan”.

LONDON - Mo Farah menciptakan sejarah baru sebaik  mampu menamatkan larian di tempat  pertama marathon 10 ribu meter lelaki.  Pelari keturunan Somalia itu meraih pingat  emas dengan catatan masa  27 minit 30,42 saat.  Sementara pingat perak diraih pelari AS, Galen Rupp dan pingat  gangsa diperoleh Tariku Bekele dari Ethiopia.

Puluhan ribu penonton yang memenuhi  Stadium Olympic, London, bersorak- menyambut prestasi atlet tuan rumah tersebut.

Pencapaian Farah itu merupakan prestasi tertinggi Britan di peringkat Olimpik. Dia mengungguli dua atlet Britan sebelumnya, Mike McLeod dan Liz McGolgani yang mendapat pingat perak Olimpik 1984 dan 1988.


Giliran Tazkirah




Syukur ke hadrat Allah SWT yang mengizinkan kita menjalani ibadat puasa pada tahun ini. Pada giliran saya petang ini, saya ingin membawa  renungan  kita mengenai ibadat puasa yang kita lakukan di zaman ini berbanding dengan  ibadat puasa yang telah dialami oleh para Sahabat Rasulullah di zaman kegemilangan Islam dahulu.

Ada pendapat setengah-setengah orang yang salah yang  mengatakan apabila sampai bulan puasa, kita mesti menumpukan kepada ibadat tersebut secara khusus dan meninggalkan aktiviti harian yang biasanya dibuat pada hari-hari lain di bulan-bulan selain Ramadhan.  Menurut mereka, kita tidak perlu melakukan perkara lain selain puasa, solat,  mengaji al Quran dan membuat sedeqah jariah.

Sedangkan jika kita lihat catatan sejarah, Rasullah dan para sahabat melakukan berbagai perkara malahan beberapa peperangan juga berlaku di bulan puasa. Bayangkan berperang di padang pasir yang panas terik.  Namun  dilakukan juga demi perjuangan untuk menyebarkan agama Allah SAW dan meninggikan syiar Islam.

Pertama:  Perang Badar

Tarikh perang Badar adalah 17 Ramadhan 2Hijrah.
Nombor yang sentiasa diingati adalah 313 (bilangan tentera Islam) yang menentang 1000 tentera Quraisy.
Suasana perang yang dahsyat itu berlaku ketika para sahabat sedang berlapar puasa.
berperang bukan macam lawan bola. kalau main kasar ada pengadil, bila penat ada player lain boleh ganti. Peperangan atas dasar Aqidah ini meletakkan tengkuk di hujung pedang, pelaburannya adalah nyawa.

Jumlah tentera yang tidak seimbang itu menyebabkan Rasulullah berdoa kepada Allah SWT sambil bermunajat: "Ya Allah! Ya Tuhanku! Perkenankan apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Ya Tuhanku! Jika Jemaah Islam ini binasa, maka tidak akan ada lagi orang yang akan menyembah-Mu di bumi ini."

Dengan pertolongan Allah SWT Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya telah berjaya mengalahkan pasukan kafir Quraish meskipun secara fizikal dan material memihak kepada Quraish.

Kedua : Perang Khandak .

Pada bulan Ramadan tahun 5H pula, Rasulullah SAW dan para sahabat melakukan persiapan untuk Perang Khandak. Persiapan dilakukan dengan menggali parit (khandak) di sekeliling kota Madinah. Masa itu tidak ada “back-ho” macam sekarang.  Semua dilakukan dengan tangan.  Mengorek parit seluas yang tidak memungkinkan kuda melompat, bayangkan…Taktik yang diusulkan oleh Salman Al-Farisi ini tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab sebelum ini. Peperangan Khandak akhirnya terjadi pada bulan Syawal dan berakhir pada bulan Dzulkaedah dengan kemenangan berpihak kepada kaum muslimin setelah Allah SWT menurunkan bantuan-Nya berupa angit ribut menghancurkan kekuatan tentera kafir Quraish.
Nabi dan sahabat ikat batu di perut menahan lapar semasa bekerja.

Ketiga : Pembukaan Kota Mekah .

Satu lagi peristiwa penting berlaku pada 21 Ramadan 8H yakni Fathul (pembukaan) Mekah. Rasulullah SAW. keluar dari Madinah pada 10 Ramadan dan berpuasa, lalu diikuti para sahabat. Mereka berbuka di suatu tempat yang dipanggil Mukaddid (antara Asfan dengan Amjad). Mekah jatuh ke tangan kaum muslimin tanpa pertumpahan darah. Menurut Ibnu Ishaq, penaklukan itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Ramadan. Peristiwa penting ini telah menyaksikan berapa ramai dari para sahabat khasnya golongan muhajirin menitiskan air mata gembira kerana kejayaan mereka menawan¡ kembali kota yang dulunya menjadi tempat mereka dihina dan diseksa di dalam perjuangan menegakkan agama Allah.


Kejayaan umat Islam pada waktu itu bukan sahaja dapat menakluki Mekah, bahkan hasil penaklukan kota Mekah itu telah menyebabkan penduduk Mekah yang dahulunya kafir telah berbondong-bondong memasuki agama Allah SWT. Ini terkandung di dalam al-Quran.


Keempat : Tentera Islam mendarat di Pantai Andalusia (Sepanyol).

Pada bulan Ramadan tahun 91H, pasukan tentera Islam mendarat di selatan Pantai Andalusia (Sepanyol) dan terus berjihad. Kemudian pada Ramadan tahun berikutnya Panglima Thariq bin Ziyad berjaya mengalahkan Raja Roderick.

Kisah Thariq -  setelah armada tempornya sampai – dia berucap “ Kita datang ke sini tidak untuk kembali… kita hanya ada dua pilihan, menakluk negeri ini dan mengembangkan Islam atau kita shahid!

Tentera Thariq 7,000 orang lwn 100,000 org (7 lwn 100)

Kelima : Salahuddin Al-Ayyubi mengalahkan tentera salib di Baitul Maqdis.

Pada Ramadan 584H pula menyaksikan Panglima Islam yang terkenal, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib. Tentera Islam menguasai daerah-daerah yang sebelumnya dikuasai oleh tentera Salib. Oleh kerana bulan Ramadan, penasihat-penasihat Salahuddin menyarankan agar dia berehat kerana risau ajalnya tiba, tetapi Salahuddin menjawab "Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam". Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas benteng Shafad yang kuat.

Kesimpulannya,  Para pejuang Islam melakukan perkara besar di bulan Ramadhan sama seperti di bulan-bulan lain. Kita bagaimana? Malunya.  Bila sampai giliran kita untuk melakar sejarah… macam Thariq bin Ziyad.?

Jihad kita cumalah jihad melawan nafsu tidur.  Perang kita mungkin cuma memerangi nafsu yang nak makan macam-macam  ketika berbuka.  Kejayaan kita mungkin berjaya  mengkhatamkan 30 juzuk al-Quran jer di bulan ramadhan ini. ..Oh, malunya. Sekadar itu sahajakah jihad kita?
Semoga kita mendapat keampunan dari Allah SWT jua.





Wednesday, August 8, 2012

Risalah Ramadhan 1433 Bil 2 (SPI JPN Perak)




AZAM DI BULAN RAMADHAN

1. Khatam Al_Quran

2. Taubat Nasuha

3. Melakukan amalan Soleh dengan Is-tiqamah

4. Memperbanyakkan amalan kebaikan

5. Memperbaiki akhlak dan pekerti dengan orang lain

6. Menyampaikan dakwah Islam

7. Mempertingkatkan ibadah dan meran-cang apa yang perlu dilakukan untuk ibadah tersebu





AMALAN SUNAT DI BULAN RAMADHAN

1 . Keutamaan sahur dan men-takhirkannya selama tidak khuatir akan terbitnya fajar
2 . Segera berbuka puasa apabila sudah masuk waktu berbuka
3 . Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka .
4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa .
5. Bersiwak atau menggosok gigi .
6. Bermurah hati dan banyak menderma .
7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran .
8. Memberi makan untuk berbuka puasa .
9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
10. Giat beribadah pada 10 hari ter-
akhir Ramadhan



PERKARA YANG PERLU DIELAK SEMASA BERPUASA


1.. Meninggalkan perkara-perkara mazmumah 2. Meninggalkan perbuatan yang lagha (sia-sia)
3. Meninggalkan perbuatan mencerca dan memerangi termasuk per-cakapan bohong.
4. Meludah di masjid
5. Membiarkan anak bermain mercun berdekatan masjid, deringan telefon bimbit berbunyi, menoleh kiri dan kanan sewaktu menunaikan solat.
6. Lelaki hadir ke masjid dengan berbau busuk, perempuan pula ber-wangian.
7. Tidur semula selepas sahur
8. Banyak berdoa tetapi tidak memahami apakah maksud doanya



PERISTIWA-PERISTIWA PENTING DI BULAN RAMADHAN

1. PERISTIWA BADAR

Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah ber lakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.

2 ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH

Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain ber-perang.

3 Panglima Tariq B Ziad berjaya mengalahkan tentera Roderick pada bulan Ramadhan tahun ke 92 hijrah yang membawa kepada pembukaan Andalusia( Sepanyol)

4 Penurunan kitab-kitab Samawi :

 Suhuf Nabi Ibrahim– Awal Ramadhan

 Kitab Taurat Nabi Musa– 6 Ramadhan

 Kitab Injil Nabi Isa—13 Ramadhan

 Kitab Al-Quran– 17 Ramadhan

Risalah Ramadhan 1433 Bil 1 (SPI JPN Perak)




SEJARAH PUASA

Awal turunnya kewajiban shaum Ramadhan adalah pada bulan Sya’ban tahun kedua Hijriyah, atas dasar ini para ulama berijma’ bahwa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasal-lam menunaikan ibadah shaum Ramadhan selama hidup-nya sebanyak sembilan kali.




DALIL PUASA

Firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagai-mana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa (al-Baqarah, 2:183).

Hadis riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim dari-pada Sahl bin Sa’d. yang maknanya: “Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, di mana memasuki daripadanya orang orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melalu-inya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain ber-hak memasukinya”.


KELEBIHAN BERPUASA

1. Puasa itu adalah perisai. Perisai yang dimaksudkan di sini ialah perisai dari api neraka. Barangsiapa yang mahu terdinding dirinya daripada api neraka, maka hendaklah ia berpuasa.

2. Menghalang seseorang manusia daripada perla-kuan negatif.

3. Menghiasi diri dengan sifat sabar.

4. Bau mulut orang yang berpuasa sebenarnya di sisi Allah ianya amat wangi dan harum bahkan baunya adalah lebih wangi dari bauan kasturi

5. Puasa itu amat besar pahalanya yang akan diberi oleh Allah. Pernyataan Allah di dalam hadith me-lalui lisan nabiNya “dan puasa itu bagiKu dan Aku-lah yang akan membalasnya”

6. Kebajikan dan pahala kurniaan Allah di dalam bu-lan puasa akan dilipatgandakan olehNya dengan 10 kali ganda. Gandaan ini merangkumi segala amalan-amalan sunat dan kebajikan lain seperti sedekah, bacaan al-Quran, zikir, iktikaf dan sebagainya.





SOAL JAWAB PUASA

Soalan 1: Apakah kita dibolehkan memberus gigi selepas waktu subuh ketika berpuasa?

Jawapan: Sengaja bersugi atau memberus gigi dalam ber-puasa dengan benda basah atau kering tidaklah membatalkan puasa. Tiada ada perselisihan para ulama dalam masalah ini. Namun menurut Imam Syafei memakruhkan memberus gigi setelah tergelincir matahari dengan tujuan untuk menghilangkan bau mulut.

Soalan 2: Bagaimana pula jika kita sudah terbiasa mema-sukkan air ke dalam hidung ketika berwudhuk? Begitu juga, ketika mandi wajib selepas masuk waktu subuh kerana berjimak di malam sebe-lumnya, kita dikehendakki meratakan air ke seluruh kulit. Bagaimana kita hendak merata-kan air ke dalam cuping telinga? Dikhuatiri air akan termasuk ke dalam telinga.?

Jawapan: Memasukkan air ke dalam hidung ketika ber-wuduk pada bulan Ramadhan tidaklah mem-batalkan puasa, kerana memasukkan air disini bukanlah menyedutnya hingga ke dalam tetapi cukup saja dengan membersihkan rongga hidung tersebut. Begitu juga dengan membasuh telinga, cukup membasuh diluarnya saja tidak-lah sampai memasukkan air ke dalam rongga telinga bagi menghilangkan dahaga.


.