Banyak aktiviti dirancang dan dilaksanakan di bulan Ramadhan
yang mulia ini di SMA Maahad Al-Mizan. Antaranya Solat jamaah zohor dan
tazkirah pada setiap hari.Dengan izin
tuan pengetua, waktu P&P selepas rehat dipendekkan 5 minit setiap waktu
bagi membolehkan P&P tamat pada jam 2.00 petang. Selepas itu semua guru dan
pelajar berkumpul di Surau Tuan Guru Hj Omar Maahad AlMizan untuk solat zohor
secara berjamaah. Selepas solat zohor diadakan tazkirah berkaitan ibadah puasa
yang disampaikan oleh para guru dan muallim sekolah ini secara
bergilir-gilir.
Alhamdulillah, setakat hari ini iaitu selepas seminggu kita
berpuasa aktiviti ini berjaya berlajan lancar sebagaimana yang dirancang. Semoga mendapat
keredhaan Allah jua, Amin.
Presiden Amerika Syarikat Barack
Obama dan isterinya Michelle hari ini menghantar ucapan selamat menyambut
Ramadan kepada umat Islam di seluruh dunia terutama orang Islam di Amerika.
Obama berkata Ramadan tahun ini membawa makna yang istimewa kepada rakyat di
Timur Tengah dan Afrika Utara yang berani mencapai demokrasi dan penentuan diri
dan bagi mereka yang masih bergelut mendapatkan hak universal mereka.
"Amerika terus berdiri bersama-sama mereka yang mencari peluang untuk
memutuskan nasib mereka sendiri, untuk hidup bebas daripada keganasan dan
kekejaman dan untuk bebas mengamalkan kepercayaan mereka," katanya dalam
satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur, hari
ini.
Obama berkata di Amerika, Ramadan mengingatkan mereka bahawa Islam merupakan
sebahagian daripada jalinan yang mewujudkan masyarakat di negara itu, dan dari
perkhidmatan awam kepada perniagaan, dari penjagaan kesihatan dan sains dengan
seni, orang Islam Amerika membantu mengukuhkan negara dan memperkaya kehidupan
Amerika.
"Walaupun Ramadan mempunyai makna yang mendalam bagi 1.5 bilion orang
Islam di seluruh dunia, ia juga satu peringatan kepada semua umat manusia bagi
semua kepercayaan berhubung komitmen terhadap keadilan, kesaksamaan dan belas
kasihan yang dikongsi bersama oleh semua agama besar.
"Atas semangat itu, saya berharap satu bulan penuh keberkatan bagi umat
Islam di seluruh Amerika dan di seluruh dunia dan saya menanti-nanti untuk
sekali lagi menjadi tuan rumah majlis iftar (berbuka puasa) di White House.
Ramadan Kareem," katanya.
Dua minggu lepas saya ke KL. Di luar pintu sebuah pasaraya
telah terpampang kain rentang besar “Jualan Aidilfitri”. Sedangkan masa itu masih belum masuk bulan
ramadhan. Begitu juga gedung-gedung kain
di sepanjang Jalan TAR telah membuat jualan lelong aidilfitri dengan melelong kain
untuk baju raya. Di Pasaraya Sogo ribuan orang berkumpul di luar, rupanya hari itu hari sogo meraikan
pengunjungnya. Yang ada kad saja yang
dapat masuk. Yang tak ada kad macam saya tunggu kat luar. Ingatkan ada apa tadi
melihatkan orang begitu ramai… Jualan Hari Raya Aidilfitri juga! Bukan jualan bulan Syaaban!
Dalam perjalanan balik, dengar ceramah dalam radio di
kereta.. Ustad yang berceramah, menceritakan betapa kita pada hari ini lebih
banyak membuat persiapan menyambut hari raya daripada menyambut puasa. Puasa yang banyak ganjaran itu semacam mahu
diketepikan sahaja, tetapi kita hanya nak menyambut “hari kemenangan” selepas
puasa itu sahaja. Apakah betul kita “menang”? Kita “menang” melawan siapa? ”
Sehari dua sebelum puasa saya memerhatikan di pekan kuala
dan pekan manong tempat saya ini, para ‘peniaga sambilan’sudah sibuk membuat
persiapan untuk berniaga pasar ramadhan.. Gerai-gerai sementara didirikan di tepi jalan
untuk berniaga mulai hari Sabtu ini. Bukanlah
salah… itulah rahmat bulan yang mulia… Soalnya jika asyik nak mencari untung
berniaga sahaja, sempatkah masa untuk membuat amal ibadat di bulan yang penuh
rahmat dan keberkatan ini… Sedangkan
ganjaran yang lebih besar disediakan Allah SWT bagi orang-orang yang menunaikan ibadat di
bulan puasa dengan sebenar-benarnya…
Di sini saya copykan satu artikel dari sumber: http://abuzulfiqar.tripod.com/id39.html Untuk kita baca dan renungkan hakikat puasa dalam erti
kata yang sebenarnya…..
HAKIKAT IBADAH PUASA
Sabda Rasulullah SAW:
“Puasa itu separuh daripada sabar.”
(Turmizi & Ibnu Majah)
Dan baginda juga pernah bersabda:
“Sabar itu separuh daripada iman.”
(Abu Naim)
Berpandukan
maksud kedua-dua hadith di atas, bolehlah dibuat kesimpulan bahawa puasa itu ¼
(suku) daripada iman. Sesiapa yang tidak menunaikan puasa, bermakna dia telah
kehilangan 25% daripada imannya sekalipun dia rajin melakukan ibadah-ibadah
lain.
Sabda Rasulullah SAW dalam hadith Qudsi
pula:
“Setiap perbuatan yang baik, pahalanya sepuluh kali sampai kepada tujuh ratus
kali, selain daripada puasa. Maka puasa itu adalah bagi-Ku dan Aku akan
membalasnya.”
(Bukhari & Muslim)
Daripada
hadith ini pula, fahamlah kita rupa-rupanya pahala untuk orang-orang yang berpuasa
teramatlah besar. Apabila kita melakukan sesuatu amal yang baik, pahalanya
terhad kepada tujuh ratus kali sahaja sedangkan untuk ibadah puasa… Allah saja
yang tahu ganjarannya. Alangkah ruginya mereka yang tidak berpuasa.
Ini bersesuaian sekali dengan firman Allah SWT dalam Al Quran, surah Az Zumar
ayat 10 yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu akan dibayar pahala mereka dengan
tiada terbatas.”
Oleh kerana
sabar itu separuh daripada iman, dan puasa itu pula separuh daripada sabar,
maka ganjaran pahala yang disediakan oleh Allah SWT Yang Maha Pemurah untuk
orang-orang yang berpuasa adalah tidak terbatas. Alangkah pemurahnya Tuhan.
Sudah sewajibnyalah kita menjadi hamba yang bersyukur.
Berikut
adalah beberapa berita gembira untuk orang-orang yang berpuasa, yang
dikhabarkan oleh Rasulullah SAW dalam hadith-hadith baginda:
“Syurga itu mempunyai sebuah pintu yang dinamakan Ar Rayyan yang tidak memasuki
pintu itu selain daripada orang-orang yang berpuasa. Dan dijanjikan dengan
menjumpai Allah Taala pada balasan puasanya.”
(Bukhari & Muslim)
“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu yang diberi nama Ar Rayyan,
pada hari qiamat nanti, orang-orang yang berpuasa akan melaluinya, dan dilarang
masuk selain daripada mereka, dan jika mereka semua sudah masuk maka pintu itu
akan ditutup.”
(Bukhari, Muslim, Turmizi & An Nasa’I)
“Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan, kegembiraan
ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya (nanti).”
(Bukhari & Muslim)
“Apabila masuk bulan Ramadhan, maka terbukalah segala pintu syurga dan
terkuncilah segala pintu neraka dan dirantaikan syaitan-syaitan.”
(Turmizi)
“Demi Zat yang menguasai jiwa Muhammad, sungguh bau mulut seorang yang berpuasa
lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi…”
(Bukhari & Muslim)
Oleh itu, tidak perlulah kita bersugi kerana khuatir mulut berbau busuk
lebih-lebih lagi setelah gelincir matahari, makruh hukumnya.
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti (pula) dengan
puasa enam hari pada bulan Syawal, maka dia seolah-olah telah berpuasa
setahun.”
(Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dll)
Sama-samalah kita berusaha mendapatkan puasa 6 pada bulan Syawal ini.
“Barangsiapa yang bangun (beribadah) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh
keimanan dan semata-mata kerana Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya yang
telah lalu. Dan barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan
dan semata-mata kerana Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
(Bukhari, Muslim dll)
Dalam hadith ini, Allah SWT menjanjikan pengampunan dosa-dosa yang lalu sebagai
hadiah untuk orang-orang yang berpuasa dengan syarat puasanya mestilah
semata-mata kerana Allah, bukannya kerana dipaksa atau terpaksa. Mereka yang
berpuasa kerana malu dengan jiran-jiran, kerana dipaksa oleh keluarga, kerana
mengikut budaya setempat, kerana menunjukkan kealimannya dan kerana
tujuan-tujuan lain yang bukan semata-mata kerana Tuhan… tidak termasuk ke dalam
perjanjian ini. Oleh itu, marilah kita sama-sama menanamkan rasa cinta kepada
ibadah puasa dan bulan Ramadhan serta menunaikannya semata-mata Allah.
Berita gembira seterusnya, sabda Rasulullah SAW:
“Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di mana dia berada di jalan Allah
kecuali dengan berpuasa sehari itu Allah akan menjauhkan dirinya dari api neraka
sejauh perjalanan tujuh puluh tahun.”
(Bukhari, Muslim dll)
Bagi mereka
yang berpuasa sedangkan dia berada di jalan Allah seperti keluar berperang,
berdakwah, menuntut ilmu dan seumpamanya, maka lebih besarlah ganjarannya
sebagaimana dalam hadith di atas.
Imam Al
Ghazali memasukkan dua buah lagi hadith berikut dalam kitabnya yang terkenal
iaitu Ihya’ Ulumiddin:
“Tiap-tiap sesuatu itu mempunyai pintu, dan pintu ibadah itu adalah puasa.”
“Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadah.”
Diceritakan dalam sebuah hadith bahawa Abu Umamah r.a. pernah menemui
Rasulullah SAW dan berkata:“Wahai Rasulullah, perintahkanlah kepada saya untuk melakukan
suatu amalan.” Baginda bersabda: “Kerjakanlah puasa, kerana tidak ada amalan
yang setanding dengannya.”
(An Nasa’i & Ibnu Khuzaimah)
Amar beruntunglah orang-orang yang mengerjakan puasa sama ada yang wajib atau
pun yang sunat kerana tidak ada amalan lain yang setanding dengannya.
Namun
begitu, untuk mendapat semua ganjaran-ganjaran besar yang dijanjikan Allah SWT
ini, marilah kita sama-sama menilai di manakah letaknya ibadah puasa kita
memandangkan ibadah puasa itu berada pada tiga tingkat:
1. Tingkat yang bawah- puasa umum/ awam
iaitu orang yang berpuasa dan menjaga daripada makan minum dan bersetubuh
sahaja
2. Tingkat sederhana- puasa khusus iaitu
orang yang berpuasa itu turut menjaga telinga, mata, lidah, tangan, kaki dan
lain-lain anggota
3. Tingkat tertinggi- puasa paling khusus
iaitu orang yang ibadah puasanya bersangkut dengan Allah secara keseluruhannya.
Akhirnya, dengan berpuasa juga kita dapat menyekat perjalanan syaitan di dalam
tubuh badan kita sebagaimana maksud hadith berikut:
“Bahawa syaitan itu berjalan dari anak Adam pada tempat jalan darahnya, maka
sempitkanlah tempat jalannya dengan berlapar.”
(Bukhari & Muslim)
Selalunya
kita banyak makan dan minum, menyebabkan saluran darah kita mengembang. Saluran
darah merupakan tempat syaitan-syaitan berjalan dalam tubuh kita. Apabila kita
berpuasa, saluran darah itu akan mengecil menyebabkan tidak banyak syaitan yang
masuk. Kalau adapun perjalanannya tidak lancar, Apabila aktivitinya tersekat,
kita akan rasa lebih ringan untuk melakukan ibadah dan taat segala perintah
Allah.
Artikel bertajuk "temubual eksklusif" dalam majalah SEMESTA 2011 baru saya jumpa... apa deme tak bagi tahu awal-awal.... Apa pun terima kasih banyak-banyak...
(1)Bulan Ramadhan adalah bulan yang suci. Seperti embun
pagi yang membasahi dedaunan di kala pagi. Embun sejuk yang akan membasuh dan
membersihkan jiwa kita dari segala dosa. Selamat menunaikan ibadah puasa
ramadhan 2012.
(2)Manusia tak pernah Luput dari salah dan hilap
karena manusai bukan mahkluk yang sempurna
di bulan yang suci ini mari kita bermaafan
agar tak ada dendam dan rasa dengki
marhaban ya ramadhan
mohon maaf lahir batin
(3)Marhaban yaa Ramadhan, pucuk selasih bertunas menjulang
dahannya patah tolong betulkan, puasa Ramadhan kembali menjelang, salah dan
khilaf mohon dimaafkan. Selamat Menunaikan Ibadah puasa
(4)11 bln banyak kata sudah di ucapkan
dan dilontarkan tak semua menyejukan
11 bln banyak prilaku yang sudah dibuat
dan diciptakan tak semua menyenangkan
11 bln banyak keluhan, kebencian, kebohongan
menjadi bagian dari diri
Mari kita memaafkan, mohon maaf lahir dan batin
(5)Ya Allah……
Perkayalah Saudaraku ini dengan keilmuan
Hiasi hatinya dengan kesabaran
Muliakan wajahnya dengan ketaqwaan
Karena hanya Engkau Dzat penguasa sekalian alam
Marhaban Ya Ramadhan…
Mohon maaf lahir dan bathin….
(6)gersang bumi tanpa hujan..gersang akal tanpa
ilmu,,gersang hati tanpa iman..gersang jiwa tanpa amal..
marhaban ya ramadhan…………….
selamat menunaikan ibadah puasa mohon maaf lahir dan bathin
jika hati seputih awan jangan biarkan ia mendung,jika hati seindah bulan hiasi
dengan senyuman……..
marhaban ya ramadhan…………….
selamat menunaikan ibadah puasa mohon maaf lahir dan bathin
(7)Esok adalah harapan sekarang adalah pengalaman kemarin
adalah kenangan…yang tak luput dari kekhilafan mohon maaf lahir dan Batin.,
Semoga RAMADHAN kali ini lebih baik dari RAMADHAN tahun lalu.. amin….
(8)Jika HATI sejernih AIR, jangan biarkan ia keruh. Jika
HATI seputih AWAN, jangan biarkan ia mendung. Jika HATI seindah BULAN, hiasi ia
dengan IMAN….”diBulan yg suci ini izinkan kami sekeleluarga MOHAN MAAF LAHIR N
BATHIN.
(9)Andai semua HARTA adalah RACUN, maka ZAKATlah
penawarnya. Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA & TOBAT obatnya, jika
semua BULAN adalah NODA maka RAMADHAN adalah pembersihnya.
Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w. untuk menjaga
gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri
segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian
pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya. "Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah
s.a.w.," gertak Abu Hurairah.
Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian
ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya
banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."
Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan
diberikan kepada fakir miskin? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan
keliru. Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah s.a.w. Maka
bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu
Hurairah?" Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang
miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu
Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,,
lalu dilepaskannya. "Bohong dia," kata Nabi Muhammad s.a.w.:
"Pada hala nanti malam ia akan datang lagi." Kerana Rasulullah
s.a.w. berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun
ditingkatkan. Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan
seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap. "Akan aku adukan kamu
kepada Rasulullah s.a.w.," ancam Abu Hurairah, sama seperti
kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang
miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."
Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun
ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah
s.a.w., dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat
jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah s.a.w. menegaskan :
"Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."
Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh.
Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti
setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika
pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w.
dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali
lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam
itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum
diseret ke hadapan Rasulullah s.a.w.? Kenapa mahu saja ia ditipu
olehnya? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan
kuberikan ampun."
Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok
bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah,
benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian
pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan.
Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada
gerak-gerinya. "Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah s.a.w..
Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau
kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu
Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak
akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata :
"Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat
berguna."
"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin
tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa
Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir
ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada
syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi." Maka pencuri itu pun
dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai
jiwanya sebagai penjaga gudang. Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah
s.a.w. untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada
seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi. "Apa yang dilakukan
oleh tawananmu semalam?" tanya Rasulullah s.a.w. sebelum Abu
Hurairah sempat menceritakan segalanya. "Ia mengajariku beberapa kalimat
yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah.
"Kalimat apakah itu?" tanya Nabi Muhammad s.a.w.. Katanya :
"Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul
Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula :
"Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan
tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."
Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi Muhammad s.a.w. berkata,
"Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap
pendusta." Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bertanya pula :
"Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam
itu?" "Entahlah." Jawab Abu Hurairah. "Itulah
syaitan." jawab Nabi Muhammad s.a.w.
Sekolah ini telah diperiksa oleh 4 orang jemaah nazir
pada 17 dan 18 Julai baru-baru ini.Banyak perkara dapat dipelajari dari kunjungan mereka.Segala kekuatan, kelemahan dan cadangan telah
diperjelaskan secara terperinci.Memang
sangat membantu pengurusan sekolah. Terima kasih.
Jemaah
Nazir Dan Jaminan Kualiti (JNJK) adalah sebuah badan ikhtisas yang telah
ditubuhkan dalam bulan Oktober 1956 atas perakuan Penyata Razak 1956(Perenggan
42-46) dan seterusnya diberi pengesahan oleh Ordinan Pelajaran 1957 (perenggan
92-96). Penubuhan sebuah badan pengawalan dalam pendidikan seperti JNS telah
disarankan semenjak tahun 1938 oleh sebuah Suruhanjaya Khas berkenaan dengan
Dasar Pelajaran (Surat Mesyuarat No 70, Tahun1952) dan Penyata Jawatankuasa
Pelajaran 1956 (Laporan Razak) menyokong penubuhan sistem pengawalan khas bagi
seluruh negara.
Jemaah
Nazir Sekolah terdiri daripada JNJK Ibu Pejabat yang terletak di Putrajaya, 15
JNJK Negeri dan 11 JNS Cawangan, iaitu Cawangan Taiping, Raub, Kulim, Muar,
Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Sibu, Miridan Keningau. JNS diketuai
oleh Ketua Jemaah Nazir(KJN) manakalan JNJK Negeri diketuai oleh Ketua Nazir
Negeri (KNN) dan Ketua Nazir Cawangan (KC) mengetuai JNS Cawangan. Sesuai
dengan hasrat kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-8 untuk memastikan
pendidikan yang bermutu dapat diperoleh dan dinikmati oleh setiap murid di
negara ini, bilangan Nazir Sekolah ditambah. Dalam penstrukturan semula JNJK
pada 1 Mei 2005, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah meluluskan
pertambahan 114 jawatan Nazir Sekolah dan 70 jawatan staf sokongan. JNJK kini
diperuntukkan 660 jawatan: 428 jawatan Nazir Sekolah dan 232 jawatan staf
sokongan. JNJK turut mendapat satu lagi pejabat baru negeri di Wilayah
Persekutuan Labuan.
PerkembanganPenubuhan
JNJK
Pada
peringkat awal penubuhan (1956), JNJK merupakan sebuah organisasi tertutup yang
disebut sebagai Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan (JNSP). Dari segi struktur organisasi,
keanggotaan JNSP pada ketika itu terdiri daripada seorang Ketua Nazir Sekolah,
3 orang Nazir Sekolah di Ibu Pejabat, 3 orang NAzirSekolah di Kawasan Timur, 3
orang di Kawasan Selatan dan seorang Nazir Sekolah di Kawasan Utara. Melalui
Laporan Suruhanjaya Aziz tahun 1970, JNSP menjadi sebuah perkhidmatan tertutup.
Perubahan
Peranan dan Fungsi JNJK
Akta
Pelajaran 1961 Artikel 97 telah memberi kuasa kepada Ketua Jemaah Nazirdan
Nazir memberi nasihat kepada pengurusan sekolah, institusi pendidikan dan guru
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan. Bagi
membolehkan tugasan tersebut dilaksanakan dengan berkesan, Kuasa-Kuasa Am
NazirSekolah (121), diberi kepada Nazir Sekolah bagi membolehkan mereka
"pada bila-bila masa memasuki institusi pendidikan".
Akta
Pelajaran 1961 melalui Artikel 96 (a), telah meletakkan asas tentangmatlamat
penubuhan JNJK. Matlamat tersebut dijelaskan lagi secara terperinci oleh
Jawatankuasa Kabinet 1979 iaitu JNJK diamanahkan untuk
"memerhati,mengawasi, dan menasihati guru supaya mutu pengajian dan
pembelajaran serta pengelolaan pentadbiran di sekolah terpelihara dan
seterusnya dapat diperbaiki.".
Sebagai
institusi pengawal mutu pendidikan negara, JNJK perlu bertinda"without
fear or favour" dan "is not coloured by anything but professional
consideration" selari dengan perkembangan peranan, fungsi dan
tanggungjawab JNJK yang ditentukan oleh Akta Pelajaran.
Objektif
Jemaah
nazir sekolah mempertingkatkan keupayaan jns mengesan tahap kualiti pengajaran
dan pembelajaran di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan yang
lain dengan melakukan pelbagai aktiviti penaziran.
Mempertingkatkan
pengurusan sekolah supaya menjadi efektif dan cekap dengan mengemukakan
syor-syor penambahbaikan.
Mewujudkan
dan menggalakan sikap saling hormat menghormati dan bantu-membantu di kalangan
semua pihak di dalam bidang pendidikan melalui pakatan strategik.
Memelihara
rangkaian maklumat yang cekap dalam pelbagai bidang hala supaya maklumat dan
maklum balas yang betul disalurkan kepada pihak yang sewajarnya dengan segera
bagi perhatian dan tindakan mereka menerusi penglibatan jns dalam pelbagai
jawatankuasa di semua peringkat kpm.
Mengiatkan
program-program peningkatan kecekapan nazir sekolah secara berterusan dalam
bidang penaziran.
Menjalinkan
hubungan kerja yang erat dengan jabatan pelajaran negeri dan pejabat pelajaran
bahagian/daerah bagi memastikan nasihat-nasihat dan syor-syor JNS kepada
institusi pendidikan diberi perhatian.
Visi
JNJK
Institusi Pemastian Standard Kualiti Pendidikan Berwibawa
Misi
Menaziri
dan Mempertingkatkan Kualiti Pendidikan di Institusi Pendidikan Secara
Profesional, Berkualiti dan Beretika
Fungsi
1.
PemeriksaanInstitusi Pendidikan
Memeriksa
institusi pendidikan atau menyebabkan institusi pendidikan diperiksa oleh Nazir
Sekolah pada lat tempoh yang difikirkan sesuai;AP96, Seksyen 117(b).
Apabila
diarahkan supaya berbuat sedemikian oleh menteri, memeriksa sesuatu institusi
pendidikan atau menyebabkan institusi pendidikan itu diperiksa; AP96,Seksyen
117(c).
Menjalankan
apa-apa kewajipan lain berhubung dengan pemeriksaan institusi pendidikan
sebagaimana yang ditetapkan; AP96,Seksyen 117(d),118, 121, 122.
2.
Bimbingan dan Nasihat
Ketua
Nazir atau Nazir Sekolah boleh memberikan nasihat kepada pengelola atau
mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi
pendidikan dan kepada guru-guru tentang perkara-perkara yang berhubung dengan
pengajaran dan kaedah pengajaran;AP96, Seksyen 118.
3.
Penyediaan Laporan
Ketua
Nazir hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Menteri tentang tiap-tiap
institusi pendidikan yang diperiksanya menurut seksyen 117,dan jika laporan itu
dibuat oleh Nazir Sekolah, dia hendaklah mengendorskan apa-apa ulasan yang
disifatkannya sesuai pada laporan itu. AP96, Seksyen 120(1).
Piagam
Pelanggan
Kami
wargaJemaah Nazir Sekolah dengan penuh tekad dan iltizam dalam melaksanakan
tugas dan tanggungjawab yang diperuntukkan di bawah Akta Pendidikan 1996 dengan
ini berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
Melakukan
penaziran secara mesra dan profesional sekurang-kurangnya sekali dalam lat
tempoh lima tahun untuk mengupayakan sekolah dan institusi pendidikan mencapai
kecemerlangan dan standard kualiti pendidikan yang tinggi.
Memberi
khidmat nasihat dan bimbingan yang tepat dan rasional serta bermutu kepada
pihak pengurusan dan guru-guru untuk membolehkan sekolah dan institusi
pendidikan mencapai kecemerlangan.
Memantau
dan membimbing sekolah serta institusi pendidikan menghayati Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan melaksanakan dasar pendidikan negara.
Melakukan
penaksiran dan penilaian kualiti pengajaran guru dan pengurusan sekolah dan
institusi pendidikan secara adil,saksama dan profesional.
Melaksanakan
tugas penaziran dengan cekap,bijaksana, cermat, teliti, beretika dan membina.
Memberi
maklumbalas berasaskan fakta danbukti yang boleh dimanfaatkan oleh sekolah dan
institusi pendidikan dan guru mengikut aktiviti pemeriksaan yang memerlukannya.
Menghasilkan
laporan penaziran yang tepat,objektif, adil dan saksama tanpa dipengaruhi oleh
sebarang keadaan atau kepentingan untuk dimajukan kepada YB. Menteri Pelajaran.
Menjadikan
Jemaah Nazir Sekolah sebuah organisasi yang peka dan responsif terhadap situasi
di sekolah dan institusi pendidikan.