Saturday, June 30, 2012

Majlis Ihtifal ke-18


Pada 21 Jun 2012 telah diadakan Majlis Ihtifal Ke 18 sekolah ini. Majlis ini merupakan majlis penganugerahan dan penghargaan kepada para pelajar yang berjaya dalam akademik, sahsiah serta kokurikulum sepanjang tahun lepas.  Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Perak, Pn Hjh Salmiah bt Hj Sabran.  Lebih tiga ratus orang ibubapa telah hadir di dewan sepanjang majlis berlangsung.
Selepas selesai majlis ihtifal, diadakan juga majlis penyerahan slip keputusan peperiksaan Pertengahan Tahun kepada ibu bapa / penjaga.....

Persembahan kumpulan Nasyid pelajar putera yang menghiburkan para tetamu dan para pelajar lain...

Kumpulan Dikir Barat juga berjaya 'menghangatkan' majlis hari anugerah ini dengan persembahan yang sangat menghiburkan....

Majlis penyerahan slip keputusan peperiksaan pertengahan tahun kepada ibu bapa /penjaga...

No comments:

Post a Comment