Saturday, June 30, 2012

Hari Kokurikulum dan Hari Koperasi SMAMAM


Pada hari Sabtu 30 Jun 2012 telah diadakan Program Hari Kokurikulum dan Hari Koperasi di sekolah ini. Program sehari suntuk itu sesungguhnya telah mendapat kerjasama semua warga SMA Al Mizan dengan jayanya. Program bermula seawal 7.30 pagi dengan majlis perasmian, kemudian pertunjukkan kawad kaki oleh unit berunifom, ceramah keselamatan dan insuran, pameran kesihatan, pertandingan mewarna dan sebagainya.Kehadiran ibubapa dan waris para pelajar juga amat menggalakkan.  Gerai-gerai yang dibuka oleh para pelajar mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Semua jualan habis... tapi tak pasti  habis dijual atau habis dimakan selepas itu...  Apa pun gambar-gambar berikut menunjukkan kemeriahan program pada hari itu....
  



Kain rentang Program Hari Kokurikulum dan Hari Koperasi........

Persembahan kawad kaki oleh Johan Kawad Kaki GO Daerah K. Kangsar dua tahun berturut-turut....

Persembahan unit-unit berunifom SMA MAM

Gerai-gerai jualan oleh para pelajar puteri....

Gerai-gerai jualan para pelajar putera...

Mari, mari, mari !!!

Betulke yang engkau orang tulis ni... jualan makanan jepun...

Lagu Maher Zain ni ditujukan kepada ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah ...

Mencuci kereta RM6, mencuci motosikal RM3, mari-mari hari ini sahaja!




1 comment: