Thursday, July 30, 2009

Pantun Baju Batik..

Kini setiap hari Khamis semua kaki tangan kerajaan dikehendaki memakai baju batik. Bagi saya memakai baju batik tidak menjadi masalah, malahan memakai baju batik lebih selesa dibanding dengan memakai uniform KRS pada hari Rabu dan memakai baju melayu pada hari Jumaat.

Cuma saya teringat kira-kira dua tiga tahun dulu, kakitangan kerajaan hanya dikehendaki memakai baju batik pada setiap 1 dan 15 haribulan bagi setiap bulan sahaja. Ramailah kakitangan kerajaan yang terlupa memakainya sebab tidak tentu harinya, kadang-kadang Isnin, mungkin Selasa dan sebagainya. Ramai juga yang tulis dalan dairy masing-masing supaya memakai batik setiap 1 dan 15 haribulan. Pernah satu ketika, pengetua terlupa pakai batik sedangkan semua guru lain memakainya. Hari itu pengetua tak keluar biliklah, segan agaknya.

Pada tarikh 1 dan 15 haribulan yang berikutnya, saya hantar sms kepada pengetua pada malam harinya mengingatkan supaya memakai batik. Esoknya dia tersenyum bila berjumpa saya dan menyatakan ucapan terima kasih kerana mengingatkannya. Lepas itu setiap malam 1 dan 15 haribulan dia pula menghantar sms kepada saya untuk saling ingat mengingat. Smsnya berbentuk pantun, “ Daun palas daun betik, Esok 15 pakai batik…”

No comments:

Post a Comment