Friday, July 31, 2009
Dewan Puteri Limau Manis ...
Bilakah dewan besar sekolah kita akan siap? Itulah persoalannya. Apabila ada orang luar datang ke sekolah ini, itu adalah antara soalan lazim yang akan ditanya. Baru-baru ini, di dalam majlis jamuan Anugerah Dermasiswa Yayasan Perak di kantin sekolah kita , Adun Manong YB Dato’ Ramly Zahari juga bertanya saya soalan yang serupa? Gambar di sebelah kiri ini saya ambil pada bulan Julai 2008 manakala gambar di sebelah kanan ini pula saya ambil sebentar tadi (31 Julai 2009). Lihatlah perbezaannya setelah SATU TAHUN!…. Nampak ke? Aduhai …Dewan Puteri Limau Manis !!!
Kata-kata Hikmat ....
Hari ini saya membuka buku nota kecil saya sewaktu mendengar ceramah motivasi beberapa tahun lalu…
Ada 3 kata-kata hikmat untuk kita renungkan bersama-sama:
1. Jangan tunggu hari esok kerana esok tak menjanjikan apa-apa. Walaupun esok akan tiba,namun kita tak tahu esok itu untuk siapa....???
2. Tanpa angan-angan tiada cita-cita,tetapi tanpa usaha cita-cita takkan jadi nyata.
3. Mencari SUSAH itu SENANG, Tapi Menyusahkan,
Mencari SENANG itu SUSAH, Tapi Menyenangkan

Bacaan Yassin....
Pada hari Jumaat, kami ada slot kerohanian selama kira-kira 30 minit iaitu dari jam 7.20 – 7.50 pagi. Semua pelajar Islam berkumpul di dataran blik G untuk membaca Yassin, Bertahlil atau Tazkirah yang dibuat secara bergilir-gilir. Hari ini giliran baca Surah Yassin. Pagi-pagi lagi pelajar yang bertugas telah membentang tikar untuk diduduki oleh para pelajar.
Bacaan Yassin hari ini diketuai oleh alFadzil Ustaz Azhar b Din. Sebelum bermula beliau menerangkan bahawa niat bacaan Yassin kali ini ialah memohon Allah sejahterakan semua warga sekolah ini daripada mara bahaya dan kejahatan. Kita doakan tiada kes salahlaku seperti kecurian dan sebagainya. Bila semua dan tenteram, barulah proses P&P boleh berjalan dengan lancar. Hati pun tenang. Pelajar boleh menghafaz dengan mudah. Dan mereka boleh memperolehi kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan… Eh, eh ini gambar tadi ke?
Thursday, July 30, 2009
Darihal buah pisang....
Hari ini hari Jumaat, teringat saya pada buah pisang. Ada orang bawa pisang ke masjid atau ke surau kerana bersedekah. Mungkin ada niat atau nazar tertentu untuk bersedekah kepada orang-orang masjid. Memang pisang berkhasiat kerana ia mengenyangkan tapi tak membuat orang gemuk. Malah pisang dikatakan sesuai bagi kesihatan dan kecantikan.
Soalnya kenapa beri pisang sahaja. Bawalah durian ke? Buah anggur ke? Buah naga ke?
Bayang kan kalau ramai yang bawa pisang ke masjid dan surau pada sesuatu masa… Siapa yang akan makan pisang di musim buah kayu yang banyak ini. Atau ..ape deme ingat orang masjid ni…
Pantun Baju Batik..
Kini setiap hari Khamis semua kaki tangan kerajaan dikehendaki memakai baju batik. Bagi saya memakai baju batik tidak menjadi masalah, malahan memakai baju batik lebih selesa dibanding dengan memakai uniform KRS pada hari Rabu dan memakai baju melayu pada hari Jumaat.
Cuma saya teringat kira-kira dua tiga tahun dulu, kakitangan kerajaan hanya dikehendaki memakai baju batik pada setiap 1 dan 15 haribulan bagi setiap bulan sahaja. Ramailah kakitangan kerajaan yang terlupa memakainya sebab tidak tentu harinya, kadang-kadang Isnin, mungkin Selasa dan sebagainya. Ramai juga yang tulis dalan dairy masing-masing supaya memakai batik setiap 1 dan 15 haribulan. Pernah satu ketika, pengetua terlupa pakai batik sedangkan semua guru lain memakainya. Hari itu pengetua tak keluar biliklah, segan agaknya.
Pada tarikh 1 dan 15 haribulan yang berikutnya, saya hantar sms kepada pengetua pada malam harinya mengingatkan supaya memakai batik. Esoknya dia tersenyum bila berjumpa saya dan menyatakan ucapan terima kasih kerana mengingatkannya. Lepas itu setiap malam 1 dan 15 haribulan dia pula menghantar sms kepada saya untuk saling ingat mengingat. Smsnya berbentuk pantun, “ Daun palas daun betik, Esok 15 pakai batik…”

Wednesday, July 29, 2009
Pelajar asrama "hysteria"....
Dua orang pelajar asrama sekolah kita mengalami “hysteria” selepas balik dari sekolah petang semalam. Kejadian berlaku kira-kira jam 3.00 petang apabila mereka balik ke asarama setelah selesai makan tengah hari. Mereka ialah seorang pelajar tingkatan 3 manakala seorang pelajar lagi pelajar tingkatan 5. Pelajar tingkatan 3 tersebut dihantar ke hospital Kuala Kangsar oleh warden Cik Qatreen Nada dan kemudian diambil oleh ibubapanya balik ke rumah. Manakala seorang lagi cuba ditenteramkan oleh guru-guru sebelum diambil oleh ibubapanya balik ke rumah juga….
Bahasa SMS...
Sejak adanya telefon bimbit, manusia semakin mudah untuk berhubungan antara satu sama lain walau di mana kita berada. Kita tak perlu mengutus telegraf atau mengutus surat untuk menyampai berita kepada ahli keluarga dan rakan-rakan. Malahan dengan menggunakan telefon bimbit, semua perbualan atau sms dapat dilakukan dengan paling cepat. Malangnya oleh kerana hendakkan terlalu cepat, sedar atau tidak kita telah merosakkan bahasa kita… Apa tidaknya, aspek tatabahasa dan ejaan tidak menjadi pertimbangan lagi. Apa yang penting mesej itu sampai. … Cuba lihat sms yang saya terima pagi ini.. “Akum ckgu sy ly.. Boleh x ckgu tolong sign kn borang jpn..Sb pengetua x ada kan, borang tu ada pda kerani..tq”
En Saharuddin bertukar ke Ipoh
Ketua Pembantu Tadbir sekolah kita, En Saharuddin b. Sukatiau telah mendapat surat pertukaran ke SMK Tuanku Bainun Ipoh mulai 1 Julai 2009. Beliau yang memulakan tugas di sekolah ini pada 1 April 2008 yang lalu setelah bertukar dari JPN Ipoh dengan dinaikkan pangkat sebagai KPT Gred N22. Setiap hari beliau berulang alik dari rumahnya di Chemor dengan jarak kira-kira 70 km sehala. Selama 1 tahun 4 bulan di sekolah ini, beliau telah menjalankan tugas dengan amat baik sekali. Semua guru dan kakitangan sekolah ini berpuashati dengan perkhidmatan beliau.
Saya mewakili semua staf merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada beliau dan berharap beliau akan menjalankan tugasnya dengan lebih cemerlang di pejabat barunya nanti. Beliau masih meneruskan tugasnya di sini hingga minggu hadapan bagi menyiapkan tugas-tugas yang belum selesai....

Peingatan Untuk Pelajar Bermotosikal....
Mulai esok 30 Julai 2009, semua pelajar yang bermotosikal ke sekolah ini dikehendaki memaparkan stiker khas di kenderaan masing-masing untuk memasuki kawasan sekolah. Pihak pengawal keselamatan telah diarahkan supaya menghalang motosikal yang tiada stiker daripada melalui pintu pagar utama.
Langkah yang diambil ini adalah antara keputusan yang tetapkan oleh pihak polis dan pentadbir sekolah bagi memastikan keselamatan pelajar-pelajar. Untuk mendapatkan stiker para pelajar dikehendaki menunjukkan lesen memandu masing-masing bagi direkodkan oleh pihak sekolah. Dengan lain perkataan, pelajar yang tiada lesen memandu adalah dilarang membawa motosikal ke sekolah....
Tuesday, July 28, 2009
Ceramah Teknik Menjawab Soalan SPM
Pada minggu ini, pelajar-pelajar tingkatan 5 sekolah saya menduduki Seminar Teknik Menjawab Soalan SPM di Dewan Blok G. Seminar yang menjemput guru-guru dari dalam dan dari luar sekolah ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan Kaunseling. Ia bertujuan untuk pendedahan kepada bakal calon peperiksaan SPM akan kaedah dan teknik menjawab soalan peperiksaan awam itu. Seramai 133 orang calon sekolah ini dilihat telah mula serius untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Adalah diharapkan usaha ini akan dapat meningkatkan pencapaian sekolah dalam peperiksaan SPM 2009 ini...Dan pada hari ini,pada jam 11.30 hingga jam 2.00 petang, saya menyampaikan slot teknik menjawab paper Mathematics kepada mereka dengan dibantu oleh cikgu Faridahanim dan cikgu Norazam.
Jika ayam sebesar ini.....
Jika ayam sebesar ini, saya fikir
(i) seekor ayam boleh dimakan oleh 100 orang...
(ii) kanak-kanak akan takut kepada ayam
(iii) ayam akan mematuk manusia, jika manusia itu lalai..
(iv) nak sembelih seekor ayam perlukan 10 orang yang gagah untuk menumbangkannya..
(v) najis ayam tu sebesar talam...
(vi) reban ayam lebih besar dari rumah manusia
Anda fikir bagaimana ???
Kegilaan Cikgu-cikgu memiliki blog sendiri
Sejak cikgu Mohd Norazam balik dari kursus guru bestari, beliau tidak kedekut ilmunya, lalu menunjukajar cikgu-cikgu cara bagaimana membuat bolg sendiri. Oleh kerana ramai cikgu-cikgu sekolah ini nak jadi blogger, maka sudah jadi kegilaan cikgu-cikgu bercerita fasal bleg sahaja. Kelihatan PK Hem pun nak jadi blogger juga.....
Tukang Urut Kanan....
Di sekolah, ada cikgu-cikgu berjawatan guru kanan, penolong kanan dan pengetua kanan. Di pejabat kerajaan, ada pegawai-pegawai berjawatan pegawai kanan, penyelia kanan, penghulu kanan, pengurus kanan dan menteri kanan. Baru-baru ini saya dengar di radio dalam rancangan tajaan syarikat jualan langsung mengenai product kesihatan, ada orang dalam syarikatnya berjawatan "TUKANG URUT KANAN"....
Monday, July 27, 2009
Laporan Pemantauan SQ JPN
Pada hari ini sekolah saya dipantau oleh 2 pegawai untuk program SQ JPN Perak. Belum pun selesai pegawai itu menjalankan tugasnya, saya mendapat sms daripada pengetua yang bermesyuarat di Subang Jaya, Selangor bertanyakan apa komen pegawai tu terhadap sekolah kita. Saya hanya balas " Masih belum selesai" Bila saya balik ke rumah, saya terima sms lagi dari pengetua bertanyakan apa komen pegawai itu terhadap sekolah kita. Saya jawab "pemantau kata sekolah kita cemerlang, sama seperti yang kita nilai dalam SKPM". Kemudian pengetua hantar sms lagi, "Alhamdulillah" katanya.
Kenapa "Penolong Kanan" ?
Biasanya gelaran jawatan pegawai kedua di sesuatu jabatan ialah penolong atau timbalan. Contohnya Penolong Pengarah,Timbalan Pengarah, Penolong PPD, Timbalan PPD, Penolong KSU, Timbalan KSU, Timbalan Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan sebagainya... Pegawai tersebut merupakan orang yang kedua selepas Pengarah, PPD, KSU dan menteri tersebut.
Tetapi entah kenapa jawatan untuk cikgu ini pelik sedikit, "Penolong Kanan" ? Adakah "Kanan" itu suatu jawatan? Bukankan elok disebut "Penolong Pengetua" atau "Timbalan Pengetua"
Pening teman memikirnya. Takkan pegawai-pegawai di atas tu tak perasan? Mana orang Bahasa? Mana munsyi dewan? Kenapa biorkan kita cikgu-cikgu ni melalut....

Sunday, July 26, 2009
SMKSTA digeledah pencuri
Pada pagi hari Jumaat 24 Julai 2009, sebaik saja kami sampai ke sekolah, kami digemparkan apabila 5 buah bilik-bilik khas telah dipecah masuk dan digeledah mungkin pada sebelah malam tadi. Bilik-bilik itu ialah bilik guru KHB, Bengkel Kayu 1 dan 2, Bilik Guru, Bilik SPBT dan Stor Sukan. Tidak ada barang-barang hilang kecuali wang tunai kepunyaan Pn Hjh Jamaliah bernilai kira-kira RM20. Pengetua mengarahkan saya membuat paloran Polis. Saya ke Balai Polis Manong dan membuat laporan kes tersebut. No laporan polis ialah 0317/2009. Polis datang menyiasat pada sebelah petang hari. Lihatlah keadaan pintu bilik guru utama yang telah dicungkil dan dirosakkan oleh pencuri-pencuri tersebut.
Tazkirah untuk diri sendiri - Sifat Sombong
Sifat sombong atau angkuh atau ego bermakna membesarkan diri kerana hati merasakan diri mempunyai kelebihan, keistimewaan dan kehebatan. Ia merupakan sifat batin (mazmumah) yang keji. Bahkan ia adalah sifat batin yang sangat jahat.
Dosa dan kesalahan pertama yang dilakukan oleh makhluk Allah terhadap Allah ialah sifat sombong. Iblis enggan sujud kepada Nabi Adam a.s. sewaktu Allah memerintahkannya. Dia membesarkan diri lantaran merasakan dirinya lebih utama dan lebih mulia daripada Nabi Adam a.s. Kejadiannya daripada api sedangkan Nabi Adam a.s. daripada tanah. Itu saja penyebab yang dia rasa dirinya lebih hebat dan istimewa.
Sifat sombong ini hanya layak bagi Allah. Ia 'pakaian' Allah, maka makhluk tidak berhak memakainya. Allah SWT berfirman dalam Hadis Qudsi:
Maksudnya: “Sombong itu selendang-Ku dan keagungan adalah sarung-Ku. Barangsiapa merampas salah satu darinya, Aku lemparkan dia ke Neraka Jahannam.” (Riwayat Abu Daud)
Di antara ayat Quran yang sangat melarang kita memakai sifat sombong ini ialah:
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang meyombongkan diri daripada menyembah-Ku, akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Al Mukmin: 60)

Kereta Hitam Idaman
Saturday, July 25, 2009
Bas Jepun
Pantun Buah Durian
Minggu lepas En Fadhil kantin menghantar beberapa biji buah durian ke rumah saya. Ketika itu saya tidak ada di rumah. Beliau meletakkan buah durian itu di atas buaian besi di depan rumah saya. Apabila saya balik saya dapati ada durian. Saya mengesyaki ianya dihantar oleh En Fadhil sebab beliau pernah berkata nak hantar ke rumah saya supaya saya boleh merasai durian tersebut. Saya pun menghantar SMS kepadanya, BUAH DURIAN DI ATAS BUAIAN, TERIMA KASIH HANTAR DURIAN. Tak lama lepas itu, saya menerima SMS daripadanya pula, SORONG PAPAN TARIK PAPAN, BUAH KERANJI DI DALAM PERAHU, SILALAH MAKAN BUAH DURIAN, ISI DI DALAM SAYA TAK TAHU... Amboi, bukan main lagi dia, kita hantar pantun dua kerat, dia balas pantun empat kerat........
Pemantauan SQ JPN
Pada hari Isnin 27 Julai 2009 ini, sekolah saya akan dikunjungi oleh pemantau SQ JPN. Mereka akan memantau beberapa dokumen dan melihat sendiri kekuatan dan kelemahan sekolah saya.
Belajar buat blog
Hari ini 25 Julai 2009 saya hadir ke Seminar Kajian Tindakan di Bilik Seri Mutiara SMKSTA Manong. Terdapat 6 pembentang kertas kajian tindakan yang saya dengar. Saya mendapat banyak perkara baru. Lepas itu kami ada slot membuat Blog yang diajar oleh guru bestari. Inilah cubaan pertama saya buat blog. Moga-moga saya akan menjadi blogger yang aktif pada masa depan.....
Subscribe to:
Posts (Atom)