Saturday, August 10, 2013

Perjumpaan Hari Raya yang meriah ....


Perjumpaan Keluarga Cucu Pandak Leman Kali ke-4 yang dijalankan pada 2 Syawal 1434 begitu meriah.  Majlis bermula pada jam 9.30 pagi dan tamat jam 12.30 tengah hari.  Bilangan kehadiran agak ramai juga iaitu 193 orang....

Majlis dimulai dengan ucapan aluan pengerusi yang berbaju melayu warna meron itu...  Sambil menyatakan kesyukuran ke hadrat Ilahi, saya turut gembira dengan kehadiran adik beradik dan sanak saudara di majlis itu.  " Mari kita lupakan pangkat atau kedudukan kita ... sebaliknya kita merapatkan silatur rahim dan mengingati bahawa kita adalah  adik beradik dan kawan sepermainan ....serta di sini lah kampung kelahiran dan tempat kita dibesarkan ...

Kemudian Majlis Tahlil diadakan.  Disedekahkan pahala bacaan Tahlil ini kepada  roh-roh ahli keluarga kami yang telah kembali ke RahmatuLlah. Ini termasuklah Almarhum datuk kami Hj Pandak Leman, opah kami, Hjh Teh Fatimah, ayahanda-ayahanda kami almarhum Hj Zakaria, Hj Abdul Aziz dan Hj Mahayuddin serta emak saudara kami Hjh Umi Zamawi, Hjh Saerah,  saudara kami Mohamad Humaidi dan Abdul Latif  serta anakanda kami Abdul Fattah.

Semua khusuk membaca Tahlil.... Semoga pahala bacaan Tahlil ini  'sampai' kepada roh-roh datuk, ayahanda serta saudara kami yang telah mendahului kami ...Amin!!!

Majlis seterusnya ialah ucapan beberapa orang wakil JK Keluarga Cucu Pandak Leman.  Banyak yang mencuit hati para hadirin, namun ada juga yang menyebabkan rasa sebak dan merah mata... maklumlah berjumpa setahun sekali iaitu pada hari raya....teringat pula kisah suka duka masa dulu-dulu.... 

Ada ketikanya gegak ketawa, kemudian sayu pula mengingatkan orang yang tersayang... Namun semuanya berpuas hati dengan majlis yang diadakan.  Malahan semua yang hadir berkata majlis seperti ini sangat ditunggu-tunggu pada setiap tahun...


Bagi menyerikan majlis disampaikan hadiah-hadiah seperti kehadiran 'bertuah', hadiah untuk baby yang lahir dari Syawal 1433 hingga Syawal 1434,  hadiah duit raya  untuk kanak-kanak dan remaja yang belum berumah tangga,  anak-anak yang melangsungkan pertunangan dan sebaginya.  Terima kasih kepada penderma-penderma....




Majlis kemudian santai dan berbual mesra serta bertanya khabar.... sambil menikmati juadah yang disediakan atau bergambar kenang-kenangan....

Seronoknya bila dapat berjumpa sanak saudara yang tinggal jauh dari kampung halaman...

Yang pasti tarikh 2 Syawal setiap tahun ditunggu oleh keluarga kami kerana tarikh ini kami akan berkumpul dan mengeratkan silatul rahim. Dulu semasa ayah-ayah kami masih ada, kenapa kita tak buat majlis serupa ini ya?  Kalau ada, tentu lebih bermakna lagi....

Ha masih ada lagi,  mari, mari !  petugas-petugas yang menyediakan air minuman...

Setelah itu, kami adakan sesi bergambar mengikut keluarga masing-masing.  Mula-mula keluarga Hj Mahyuddin.  Yang tidak hadir keluarga Hjh Mariatul Qabtiah, Hjh Jamaliah dan keluarga Zulamali.... hai tahun lepas pun tak ada juga? 

Kemudian keluarga Hj Zakaria.  Lihatlah ada 52 orang semuanya.  Yang tak ada hanya keluarga Dr Zahari  dan keluarga Ihsan kerana berhari raya di rumah mertua... Harap-harap tahun dapat adjust semula supaya pada 2 Syawal dapat beraya di sini... 

Lepas itu keluarga Hj Abdul Aziz. Ada 62 orang semuanya.  Yang tak hadir keluarga Khalid Ulu Yam sahaja...

Ini pula wakil keluarga Wan Chu Saerah. Ada 11 orang sahaja. Kesemua mereka tinggal di KL.  Walau pun jauh, tetap semangat untuk hadir...

Hai ini apa pula?  Oh dah nak balik... jam sudah 12.30 nak solat Jumaat!



No comments:

Post a Comment