Semua khusuk membaca Tahlil.... Semoga pahala bacaan Tahlil ini 'sampai' kepada roh-roh datuk, ayahanda serta saudara kami yang telah mendahului kami ...Amin!!! |
Majlis kemudian santai dan berbual mesra serta bertanya khabar.... sambil menikmati juadah yang disediakan atau bergambar kenang-kenangan.... |
Seronoknya bila dapat berjumpa sanak saudara yang tinggal jauh dari kampung halaman... |
Ha masih ada lagi, mari, mari ! petugas-petugas yang menyediakan air minuman... |
Lepas itu keluarga Hj Abdul Aziz. Ada 62 orang semuanya. Yang tak hadir keluarga Khalid Ulu Yam sahaja... |
Ini pula wakil keluarga Wan Chu Saerah. Ada 11 orang sahaja. Kesemua mereka tinggal di KL. Walau pun jauh, tetap semangat untuk hadir... |
Hai ini apa pula? Oh dah nak balik... jam sudah 12.30 nak solat Jumaat! |